10

3 0 0
                                    

         Dia sudah mati idea sungguh dia terasa sunyi. Tiada tempat untuk dia mengadu masalah yang dia alami sekarang. Perancangan papa sangat sukar untuk dia terima. Tengku fareeq bernafas kecil. Ingin saja dia terbang balik ke London untuk berjumpa farah tapi dia tiada daya untuk menceritakan hal yang sebenar.

         Sejak beberapa hari lepas, dia berjumpa dengan menantu pilihan papanya membuatkan dia semakin keliru dengan pilihan yang dia perlu buat. Dia tidak tahu. Dia keliru. Mana perginya dia yang dulu, seorang yang sentiasa tegas membuat keputusan tetapi kenapa kali ini dia takut.

          Tengku fareeq teringat akan perjumpaan itu. Perjumpaan yang sangat sia-sia baginya. Demi farah dia sanggup rendahkan egonya untuk berjumpa firah. Itupun selepas haziq sendiri yang membantunya untuk membuat janji temu dengan firah. Dia harus berjumpa dengan wanita itu. Nekadnya.

Setelah beberapa saat menanti firah akhirnya wanita itu muncul seperti yang janjikan.Impressive. Getus hatinya bila melihat firah seorang yang tepati masa.

“so what do you want from me?” soal tengku fareeq kepada firah.
Firah memandang tengku fareeq. Belum sampai beberapa saat dia melabuhkan punggungnya tengku fareeq sudah menembaknya dengan soalan. Tak sabar langsung.

“I think. It supposed to be me asking you that question” balas firah seraya memandang wajah tengku fareeq tanpa senyuman di wajahnya.

Tengku fareeq memandangnya tajam. Firah langsung tidak getar dengan pandangan itu malahan dia masih lagi menunjukkan wajah selambanya.

“awak nak apa jumpa saya. Kalau awak nak bincang pasal perkahwinan tu. I don’t have any answer for that.” Tambahnya lagi.

“What do you mean you don’t have answer for that then why do you agree with all these nonsense?” soal tengku fareeq berbaur marah. Dia menggengam penumbuknya. Geram melihat wajah selamba wanita itu.

“listen. saya setuju dengan semua ni because I wants my parents to be happy. saya takda niat langsung nak permainkan sesiapa. I just want to do some sacrifice for them. saya tahu yang awak marah pada saya tapi saya harus pentingkan diri saya dari fikirkan perasaan awak.” Jelas firah.

Tengku fareeq diam.

“i know yang awak masih lagi tak setuju dengan perkara ni and its okay kalau awak tolak rancangan ni. tetapi untuk awak dengar yang saya sendiri akan cakap no infront both of my parents sorry it will never happens. saya tak sanggup.” Tambahnya firah. Dia sanggup rendahkan egonya untuk berbual dengan baik.

“so you nak I yang batalkan plan papa i? Then im the only one yang akan nampak jahat dalam plan ni.”soal tengku fareeq. Dia masih kurang berpuas hati dengan tindakan firah.

Firah sekadar mengangkat bahunya.

         Dia juga tidak tahu yang pasti dia setuju depan parents dia tapi bukan depan tengku fareeq. Dia berharap sangat agar tengku fareeq menolak semua rancangan itu. Jadi dia tidak perlu susah-susah untuk buat abah dan uminya sedih.

”no. I pun tak akan cakap no to my parents. I tahu bila I sendiri yang cakap pada papa. Dia tidak akan teragak-agak untuk ambil balik semua yang I dah miliki.” Tengku fareeq menyandarkan badannya pada kerusi. Dia tidak tahu siapa yang harus mengalah sedangkan dua-duanya tidak mahu melukakan hati orang tua mereka.

“i nak you yang tolak plan ni. Berapa pun yang you minta i sanggup bagi” ujar tengku fareeq secara tiba-tiba.

“tengku ingat dengan duit awak yang banyak. Saya akan belakangkan my parents ke? Sorry tengku. Saya bukan macam tu” tegas firah geram. Dia masih tidak mahu mengalah.

Perjalanan Cinta KitaWhere stories live. Discover now