"aik? Kenapa beli dua ais krim? "Tanya Heidi apabila melihat Tengku Izzham masuk ke dalam kereta dengan membeli dua ais krim.Satu magnum almond dan lagi satu ais krim Milo kesukaan izzat.

"laaa untuk Nauralah, Naura kan suka ais krim Magnum Almond ni"kata Tengku Izzham.

"Tengku ingat lagi? "Kata Heidi.

"Ofkos.... Naura marah abang sebab makan banyak ais krim ni"tengku Izzham gelak selepas kata begitu.

Heidi senyum.Banyak betul dirinya senyum sejak jumpa dengan lelaki ni.

---------------------------

"Assalamualaikum babe!!!!! "kata Aini Zulaikha di sebalik corong telefon.

"Waalaikumsalam mak buyunggggg"jawab Heidi.Sahabatnya kini sedang hamil 4 bulan.

"So how?Relay Kau dengan Tengku Izzham macam mana? Okay? "Tanya Aini Zulaikha. Memang Heidi selalu bercerita tentang dirinya dengan Tengku Izzham pada Aini Zulaikha. Maklumlah BFF katakan.

"macam mana apa? Macam tulah"jawab Heidi.

"eh dia ni, aku hempuk kang! Haritu bukan main cerita dekat aku,zu....aku dah jatuh cinta baliklah dengan izz. Aku rasa aku boleh terima dia balik"ejek Aini Zulaikha.

"Ish kau ni melebihlah. "marah Heidi.

Aini Zulaikha gelak.

"Heidi.... Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Kau ingat pesan aku ni, buatlah istikharah kalau kau keliru dengan perasaan kau.In Shaa Allah, Allah akan tolong kau babe. "Pesan Aini Zulaikha.

"ingat.... "

"Kau tahu kan macam mana kisah parents aku? 7 tahun kot parents aku bercerai.... Last last rujuk balik sebab masing masing still mencintai."Kata aini Zulaikha lagi.

"Yaaaa aku ingat. Utuh betul perasaan cinta parents kau eh"

"itulah yang dinamakan kalau dah jodoh tak kemana. Duduk lah jauh mana sekalipun akhirnya akan bersatu juga"

Heidi gelak.

"Kau nak bersalin kat mana?"tanya Heidi.

"bersalinkan dekat kampung halaman aku kot"kata Aini Zulaikha.

"mana? Hospital Sultan Haji Ahmad Shah? "

"Yerlah.... Situ jer hospital kerajaan dekat Temerloh tu. Takkan aku nak bersalin dekat rumah nenek aku kot? "

Heidi gelak. Panjang betul umur nenek sahabatnya itu. Umur sudah 90 puluh pun masih boleh berjalan tanpa tongkat.Maklumlah nenek sahabatnya itu sangat mementingkan penjagaan kesihatan.

"okaylah babe. Aku nak pergi buat susu untuk izzat ni. "Kata Heidi apabila dia lihat anaknya merengek minta susu.

"ha yerlah... Jaga diri, jangan lupa buat istikharah! Ingat Allah tempat kita berserah"pesan Aini Zulaikha lagi.

"ya Zu.... Aku ingat.Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam "

Heidi meletakkan telefon di tepi katil sebelum turun dari katil untuk buat susu untuk Izzat.

Selesai dodoikan anaknya Heidi kembali ambil telefon pintarnya.

Sudah pukul 11.30 malam. Teringat petang tadi keluar ke Taman Tasik Titiwangsa dengan Tengku Izzham. Macam keluarga bahagia ya juga.

Heidi senyum.Entahlah....dia rasa bahagia.

"Biar dia balik dari outstation dululah baru bagitahu dia yang aku dah buka hati untuk dia"kata hati Heidi.

Beep

Mesej masuk. Heidi lihat itu dari Tengku Izzham.

Tengku Izzham :Assalamualaikum sayang.... Dah tidur ker?

Heidi:Waalaikumsalam,belum Kenapa?

Tengku Izzham :saja... Abang tak boleh tidur sebab Naura tak dek kat sebelah abang.

Heidi:🤔🤔Tengku demam ker?

Tengku Izzham :aah, demam rindu. Even baru tadi kita jumpa dah rindu.Tu Abang kata abang tak boleh berpisah dengan Naura. Rindu.

Heidi:Tengku ni😅sah Tengku demam. Pergilah tidur tu. Saya dah mengantuklah Tengku.

Tengku Izzham :boleh Naura dodoikan Abang?

Heidi:Tengku....😆Dahlah saya nak tidur dulu.byebye.

Tengku Izzham :Bye sayang💓good night! I love you! Abang sayang Naura sangat!

Heidi hanya lihat saja mesej itu.

"I love you too abang, Naura pun sayang abang sangat sangat. Good night abang"kata hati Heidi.

Heidi memandang Izzat yang lena disebelahnya.

"Ibu dah buat keputusan sayang.Ibu akan terima ayah semula. Ibu takkan pisahkan anak ibu dengan ayah. Ibu tahu yang izzat pun dah rapat sangat dengan ayah kan?jangan risau sayang. Doakan semua berjalan lancar ya sayang? "Kata Heidi pada anaknya yang tidur.

"Ya Allah permudahkanlah segalanya ya allah. " Kata Heidi sebelum menutupkan mata.

Bersambung....

Anyeong guysssss jangan lupa vote and share cerita vie dekat kawan kawan korang! Also Jangan Lupa follow vie💓

Gamsahamnida💓

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now