°CHAP 16°

2.2K 147 39
                                    

Only if you know how
Much i like you
____________________

       

         Malam itu mereka menjamu makan malam bersama-sama. Melisa yang masih baru dengan suasana dan bahasa yang tidak diketahuinya hanya diam membisu.

      Dia masih lagi terkaku dengan wanita yang seakan-akan dia kenal 5 tahun yang lalu. Tetapi wanita itu tidak menunjukkan sebarang reaksi yang mereka pernah mengenali antara satu sama lain.

        'Alah! Kau silap orang ni! Bukan dia la', dia mengomel sendirian.

        Melisa mengangkat wajahnya apabila terasa seperti ada orang sedang merenungnya. Rupanya zaskia sedang memerhati gelagatnya yang hanya menguis nasi dari tadi.

      "kenapa tak makan nasi tu? Penat tahu zaskia masak makanan Malaysia untuk Melisa. Makanlah sikit. Dari tadi tak jamah", kata zaskia lembut seolah-olah seperti seorang kakak kepada adiknya.

         Hampir menitis air matanya mendengar suara zaskia membuatkan dia kembali merindui seseorang yang sekian lama sudah meninggalkan mereka.

        Qays seperti dapat menghidu sesuatu dari riak wajah Melisa. Dia seperti merahsiakan sesuatu darinya. Melisa memandang ke arah Qays ternyata lelaki itu juga sedang memandang ke arahnya.

         Cepat-cepat Melisa melarikan matanya dari Qays. Qays meletakkan sudu dan garpu sebelum dia berdehem kuat membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya.

        Alec yang baru ingin menyuapkan sudu ke dalam mulut terhenti. Semua menjadi seperti batu diam tak berkutik.

        "I had something to tell you guys. Memandangkan semua ada kat sini bolehlah aku sampaikam hasrat aku", kata Qays memandang satu persatu wajah suci murni bab berlian itu.

        "Alah cakap jelah bising pula. Kacau daun la aku tengah makan", omel Alec sebelum menyuapkan semula nasi itu.

        Dia mengunyah dengan begitu kuat sekali sehingga mengganggu mereka yang lain.

        "Eh kau tak reti makan elok-elok ke? Cu cap cu cap! Tampar sekali tersembur nasi tu", kata Mateo geram.

          Qays yang malas mahu melayan karenah terus memberitahu tanpa simpang - siur.

         "Aku dengan Melisa akan bernikah esok", katanya selamba tanpa memikirkan mereka yang lain.

         Dengan ini terjadilah adegan sembur menyembur di antara mereka. Melisa dan zaskia tersedak. Hayes tersembur pada Mateo manakala Alec tersembur pada Frank.

         "KAU BIAR BETUL?!!", kata mereka serentak. Qays hanya mengangguk.

           "Aku ingatkan kau melawak ja. Tak sangka betul! Alahai Dilon! Sudah-sudah lah bagi kejutan dekat kami", kata Hayes menyapu mukanya dengan tisu yang diberi oleh zaskia.

           "Aku serius. Keputusan aku muktamad. Esok dia akan jadi hak aku. Tiada sesiapa yang boleh menghalang!", kata Qays sebelum bangun dari duduknya.

           "The Fuck? Macam tu ja? Dia ingat ni drama Mak leha tv3 tu? Eh come on la Dilon?!", kata Alec dengan wajah yang basah dengan air itu.

          Melisa yang masih terkejut dan hati yang mendongkol geram akibat sikap Qays yang mahu dia ikut kepala dia sahaja. Dia mengikut langkah Qays yang berlalu keluar dari rumah.

🕊️🕊️🕊️

         " Qays! Stop!" kata melisa memberi amaran tetapi Qays hanya buat tak tahu dan meneruskan langkahnya ke arah kereta. Eh mamat ni! Buat derk je aku panggil dia! Memang nak kena ni!

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now