Chapter 30: He Cry

2.3K 247 43
                                    

“Ayahanda, anakanda mahu bertanyakan satu perkara.” Aryan menolak pintu bilik kerja ayahandanya tanpa mengetuk pintu. Aydan mengurut dada kerana terkejut menerima kedatangan Aryan secara tiba-tiba. Walaupun Aryan selalu datang mengejut, muncul tiba-tiba, dia masih tidak dapat membiasakan diri dengan sikap anakandanya suka terjah sesuka hatinya.

Aryan masuk dengan muka serius. Ryan juga membontoti Aryan dari belakang. Dari kecik sampai ke besar, Aryan dan Ryan selalu bersama-sama. Tak pernah berpisah. Aydan dan Rese pernah mahu pisahkan mereka berdua kerana dua-dua membawa pengaruh yang tak baik kepada mereka berdua. Aryan nakalnya begitu. Ryan nakalnya begini. Bila bergabung memang meletup.

Buat pertama kali Aydan lihat wajah putera sulungnya serius. Selalunya wajah bosan dan malas sahaja yang dia lihat. Aryan nampak lain sejak tersedar dari mimpi panjangnya.

“Ayahanda, anakanda mahu katakan sesuatu pada ayahanda.” Aryan masih serius.

Aydan meninggalkan kerja yang masih banyak. Jarang sekali Aryan mahu membincangkan hal yang serius. Bila begini, dia perlu beri sepenuh perhatian. Aydan duduk bertentangan dengan Aryan yang sudah tidak senang duduk.

“Hal apa yang anakanda mahu bincangkan?”

“Kenapa Pierce malas sangat nak jaga Sylvania?” soal Aryan.

“Woi, budak!!!” jerkah Pierce yang muncul secara tiba-tiba di hadapan Aryan.

“Apa? Memang betul apa yang aku cakap. Tak adalah Chimera dan Dracaenae terpaksa uruskan Sylvania bagi pihak kau.” Aryan menyilang kaki.

“Sibuk. Apa kau tahu budak?”

“Kau sibuk buat apa?”

“Bukan urusan kau.”

“Biar aku teka.” Aryan tersenyum sinis. Pierce kekal dengan wajah tenang.

“Sibuk jaga masa depan dan masa lalu kan?” Aryan angkat kening.

“Mana kau tahu budak?”

“Betul ke? Aku teka je tadi. Hahaha... Mengelabah teruk muka kau.”

“Boleh tak aku cekik anak kau?” Pierce pandang Aydan untuk meminta izin.

“Aryan, ada apa yang anakanda mahu bincangkan?” Aydan menukar topik.

“Anakanda mahu bertanyakan hal lain. Memandangkan pekerjaan The Unsleeping Dragon ni menarik. Anakanda mahu tahu perkara sebenar dari Pierce.” Aryan pandang Pierce dengan senyuman.

Pierce mengalah. Aryan seakan-akan tugas dia yang sebenar. “Aku diberi tugas menjaga keturunan Aydan Angele. Seperti yang kau tahu, Aydan Angele merupakan calon Dewa Keabadian seterusnya. Disebabkan kejadian yang tidak disangka, gelaran itu digugurkan. Tugas aku menjaga keturunan Aydan Angele sehingga calon Dewa Keabadian muncul.” Mata Pierce beralih pada Aryan.

“Maksud kau calon Dewa Keabadian seterusnya adalah aku?” Aryan menunding jari ke arahnya.

“Aydan kata ada tiga perkara yang dia tinggalkan untuk keturunannya mendapatkan gelaran Calon Dewa Keabadian.”

“Tiga perkara itu the king, the blessing dan the light?” Aryan dapat tahu tiga perkara itu dari kuasanya sendiri, The Will.

“Ya. Memang tak silap lagi kaulah calon seterusnya.”

“Kalau aku tolak?”

“Kau sendiri tahu apa yang akan berlaku. Chaos will fall. Kejahatan dari mana-mana dunia akan cuba takluk Sylvania dan Sky Realm akan terancam.”

Aryan meramas rambutnya yang sudah kusut. Kepalanya serabut. Sejak dia bangun dari tidak sedarkan diri, banyak benda yang perlu dia fikirkan. Calon Dewa Keabadian? Dia tak nak gelaran tu.

Book 3: Aryan The First Prince [✓]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें