"Dia yang cuba nak raba aku dalam gelap." Memang Akma akan pertahankan diri sendiri.

"Han pula kata kau mulakan dulu. Kau sengaja baring dekat dia dan peluk dia minta dia belai kau. Kau ni memang murah macam ni ke sampai sanggup goda lelaki? Tahu tak dia tu boyfriend aku?" Suara Mila separuh berbisik. Wajah Akma yang menoleh ke arah lain ditarik memandangnya.  "Kenapa tak nak pandang sini? Memang kau tu perasan lawa padahal buruk. Bandingkanlah muka kau dengan aku, aku lagi layak nak digandingkan dengan Hans."

Mila mempunyai darah Kaukasia. Akma hanyalah melayu tulen. Itu yang darah Akma ni sejenis pantang dicabar apatah lagi dipijak.

"Percayalah cakap lelaki tu, Mila. Percayakan dia. Nanti jadi apa-apa jangan cakap aku tak pesan."

"Jadi apa?" soal Mila. Pipi Akma ditolaknya.

"Jangan sampai Hans tu cuma nak ambil mahkota kau dan tinggalkan kau lepas dia dah bosan. Aku kenal lelaki macam dia. Dia takde niat nak kahwin dengan kau."

"Suka hati aku lah. Kau ni kolot."

Akma menepis tangan gadis itu lalu bingkas berdiri. Kaki sakitnya melangkah pergi, cuba berlagak normal padahal buku lalinya membengkak. Hatinya memaki hamun Mila yang telah mematikan seleranya. Baru sahaja dia ingin minum seteguk dua tiramitsu sejuk.

Pandangan sepasang mata dari jauh disedari Akma. Dia menoleh ke sisi. Tiada satu pun yang memandang dia. Gadis itu cepat-cepat berjalan ke arah kelompok pelajar yang sedang menunggu bas untuk pulang ke hostel.

***

"Badrul, kau tak kata pun yang kau ada adik?"

Satu tamparan menyinggah bahu Badrul yang sedang menulis sesuatu di atas kertas. Habis pennya tersasar jauh. Mata dipejamkan menahan sabar. "Aku tengah tulis ni, kan?"

Amir berlabuh di kerusi bersebelahan rakannya. Dia menarik kerusi itu lebih rapat dengan Badrul. Senyuman kecil terbit di bibir apabila ada pustakawan yang menjeling.

"Akma tu adik kau ke? Muka lain je? Atau kau berangkat dengan dia macam trend budak-budak zaman sekarang ni?" Amir mengintai wajah Badrul yang sedang tertumpu pada buku di sebelahnya. Badrul ni kalau belajar, dia suka belajar bersendiri. Tak gemar sangat dengan gangguan, itu yang menjadikan perpustakaan sebagai tempat kegemarannya selepas habis kelas.

"Takde masa aku nak berangkat-angkat. Akma tu adik susuan aku," balas Badrul.

"Oh ya? Dia tu kira rapatlah dengan kau?"

"Hm." Badrul berdehem sahaja.

"Kalau aku jadi adik ipar kau okay tak?"

Pen ditangan berhenti menulis. Badrul menoleh ke arah rakannya itu. "Mir, kau dah ada tunang. Kenapa tanya soalan macam tu?"

"Aku gurau je la," kata Amir. Mukanya berubah apabila Badrul seakan menentang gurauan tidak bermotifnya itu. Amir memuncungkan bibir sendiri.

"Gurau-gurau pun kalau Atikah dengar mesti dia sakit hati. Ujian orang bertunang ni memang akan ada selagi tak disatukan. Jangan buat perangai pula, Amir. Kau tu baru sebulan jadi tunang orang," pesan Badrul. Takut perangai lama Amir datang kembali. Nanti habis berantakan hubungannya dan Atikah kerana orang ketiga.

" Kau ni tak relakslah. By the way, kau dah kahwin ke?" Lengan bersandar pada meja. Amir  menggeledah kotak pensel Badrul kerana bosan.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Muka surat buku diselak lelaki itu tenang.

"Sebab ada baju perempuan dalam bakul baju kau. Secara logiknya, takkanlah kau nak tidur dengan perempuan bukan mahram, kan?" selamba Amir bercakap begitu.

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now