EPILOGUE

2.2K 141 127
                                    

Sebulan kemudian...

"Abang Gempa!" Thorn memeluk tubuh Gempa, erat. Dia tersenyum gembira.

"Ye, Thorn?" Gempa membalas pelukan Thorn.

"Thorn saaaayaaaanggg Abang Gempa sangat-sangat!" Luah Thorn.

Gempa tersengih. Dia mengusap kepala Thorn.

"Gempa sayang Thorn berganda-ganda!"

"Yeayy!" Teriak Thorn.

Gempa terkekek ketawa. Kini, dia tinggal bersama adik-adiknya. Gempa bersyukur sangat atas apa yang telah berlaku. Akhirnya, setelah dibenci sejak kecil, mereka mampu menerima Gempa semula.

"Hoi Blaze! Bagi Pikachu aku!" Teriak Hali. Dia mengejar Blaze yang dengan kurang ajarnya, menculik bantal pikachunya :v

"Tak nak! Tak nak!"

"Sini kau!"

"Taufan, berani kau sabotaj gambar handsome aku?!" Teriak Solar pula. Mukanya merah padam akibat terlampau malu dan marah. Mana taknya, Taufan edit gambar dia jadi perempuan dan hantar kat IG?! Warghhh!!!

"Muahahah! Thorn! Jom tolong aku!" Gelak Taufan. Dia memanggil Thorn untuk turut serta mengenakan orang.

"Jom!"

Rumah itu kian bergegar akibat kekecohan yang melanda. Habis berselerak semua tempat dibuatnya.

"Isy isy isy, diorang ni," Gempa menggelengkan kepala.

"Nanti aku tolong kau kemas ye, Gempa?" Muncul kelibat Ais di sebalik dinding sambil memeluk patung paus kesayangannya yang dihadiahi Gempa hari itu.

"Takpelah, Ais. Susahkan kau je," Gempa mengukir senyuman manis apabila Ais duduk di sebelahnya.

"Tak menyusahkanlah. Setakat benda kecil ni tak mampu nak balas apa yang kau dah buat untuk aku dengan yang lain," Ais membalas senyuman Gempa. Terasa hatinya lapang. Dia terasa lebih bahagia apabila mereka hidup bersama.

"Tak sia-sia lepas apa yang dah terjadi kat kita, kan?" Ujar Gempa secara tidak sedar.

Ais mengangguk perlahan. Dia bersandar pada bahu Gempa.

"Tak sia-sia kau halang aku daripada bunuh diri...," ujar Ais sebelum terdengar dengkuran daripadanya.

"Aik? Dah tidur?" Gempa tertawa kecil. Dia merangkul bahu Ais.

"Ye, Ais... Tak sia-sia...,"

*****


Setelah beberapa tahun perkara ni berlaku, akhirnya aku dapat tahu juga apa itu erti kebahagiaan. Aku gembira dan bersyukur sangat. Semua perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang penting, kita cekal dan tabah. Seteruk mana pun adik-beradik kita, jangan pernah putuskan hubungan kekeluargaan! -Gempa🌍

Aku tak sangka semuanya akan berakhir dengan baik. Sebenarnya, seronok juga ada abang ni. Yelah, selama ni kan aku yang digelar abang sulung waktu Gempa takde. Tak sangka tugas abang sulung ni susah jugak. Haih, Gempa. Macam manalah kau boleh bertahan? -Halilintar

Aku bersyukur sangat segalanya dah berakhir! Tak sangka, teruk betul perangai aku dulu. Huh, aku masih bersalah dengan Gempa dan Ais. Aku kagum dapat abang dan adik macam Gempa dan Ais! Teruk macam mana pun aku, Gempa dan Ais tetap menerima aku dengan hati yang terbuka! -Taufan🌀

Wah, happynya hidup aku! Terasa lengkap semuanya! Aku dapat banyak pengajaran daripada semua ni. Kita kenalah sentiasa memaafkan orang walaupun orang tu dah berlaku jahat kat kita. Tapi kalau akulah, aku rasa aku tak mampu nak memaafkan orang begitu mudah. Hebatnya orang yang pemaaf ni! -Blaze🔥

Aku malas nak tulis panjang-panjang sebenarnya... Tapi... Kita kenalah sentiasa bersikap tenang dan positif. Hargailah orang yang support kau macam Gempa yang sentiasa sokong aku! Aku takkan mampu bertahan kalau bukan sebab dia. Okey, bye! Nak tido~ -Ais❄️

Thorn rasa gembira sangat-sangat! Akhirnya, perpecahan ni dah bergabung semula. Hmm, boleh tahan jahat ye Thorn dulu. Thorn minta maaf, Abang Gempa dan Abang Ais! Thorn nak jadi macam Abang Gempa! Sentiasa tidak membalas keburukan dengan keburukan. Agaknya susah tak nak jadi macam tu? Thorn akan cuba! -Thorn🌿

Aku tau aku ni handsome. Heh, sampai Taufan nak sabotaj gambar aku. Okey, aku dah insaf. Aku akui perangai aku ni memang teruk. Walau teruk macam mana pun aku... Aku tetap swag di mata semua orang✌️ -Solar☀️

*****

"Korang!" Teriak Solar, memanggil abang-abang kembarnya.

Semua mata memandang ke arah Solar.

"Pehal?" Tanya Taufan.

"Aku dapat berita yang Bakuga dan kawan sekerja dia dah kena tangkap dengan polis masa buat rompakan!" Ujar Solar dengan girang.

"Bakuga? Yang misai macam Mister Potato tu ke?!" Taufan mula tertarik.

"Ye!"

"Tapi, siapa kawan sekerja dia? Haritu dia sorang je, kan?" Blaze menggaru dagu kehairanan.

"Hmm...," yang lain turut berfikir.

"Biarlah dia. Yang penting, kita ada sesama kita," Kata Gempa disertai senyum lebar.

"Betul! Saaayaaangg Gempa dan Ais!"

Mereka ketawa bersama-sama, kecuali Ais yang sudah nyenyak di sisi Gempa.

'Sayang korang jugak,' desis hati Ais. Walaupun sedang tidur, dia dengar segala-galanya. Ais tersenyum manis.

*****

Penjara Awam, Pulau Rintis

"Nah, makan!" Seorang polis menghulurkan sepinggan nasi lemak kepada Bakuga.

"Isy, apahal menu ni lagi?!" Bentak Bakuga. Dia sudah jemu asyik makan nasi lemak kosong setiap hari.

"Jangan banyak alasan!" Tegas polis itu bersuara. Di mengacukan pistol kepada Bakuga.

"Ah okey, okey!" Bakuga mengambil pinggan itu dengan segera.

"Ni semua salah kaulah, Baguko!"

"Aku pulak? Kau yang salah!" Kawan sekerja Bakuga, Baguko menyalahkan Bakuga pula.

"Aku pulak?!"

"Yelah! Takkan mak cik cleaner kat AEON pulak!"

"Hoi! Aku suruh makan! Bukan bergaduh!" Datang seorang pegawai polis dengan muka yang bengis.

Bakuga dan Baguko menjeling sesama sendiri sebelum kedua-duanya makan dengan hati yang menyimpan penuh dendam...

-FF HSA : THE END-

Hai korang! Ni nak bagitau, kalau ada apa-apa jalan cerita yang membingungkan, comment ye! Hehehe, bye!

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now