HMTA 2 ✨

700 33 4
                                    

Aina mengeluh perlahan. Disandarkan kepalanya pada dinding. Hari ini begitu memenatkannya, tetapi walaupun penat, rasa suka tetap ada kerana dia diajar semua benda dari Aiden.

Cara mempertahankan diri. Cara menggunakan pistol. Boleh cakap semua benda diajar oleh lelaki itu. Aina tersenyum akan itu. Bersyukur dirasai bila lelaki itu hadir dalam hidupnya.

" Sayang, Nah." Aiden menghulurkan botol air mineral pada sang isteri.

" Terima kasih cinta."

Aiden tersenyum menampakkan lesung dipipitnya yang cantik.

" Kasih diterima." Aiden melabuhkan duduk di sebelah sang isteri. Walaupun dah ada kerusi disedia, tetapi Aiden lebih suka duduk di atas lantai. Sejuk!

" Abang nak tanya boleh?" ujar Aina pada sang suami.

" Tanyalah."

" Tempat apa yang abang bawak Aina ni?" tanya Aina pada suaminya. Penasaran!

Aiden angkat kening. Dia tahu soalan ini akan ditanya oleh sang isteri. Manakan tidak ditanya jika dia mana pernah bawa isterinya ke tempat sebegini. Ini kali pertama.

" De'lux. Tempat ni biasanya pengikut abang buat latihan untuk persediaan bertarung dengan musuh. Macam apa yang sayang nampak mula-mula masuk tadi." ujar Aiden pada sang isteri.

Aina mengangguk faham. Patutlah semua nampak sibuk dengan kerja masing-masing. Bertumbuk sakan. Tembak-menembak.

Kagum dirasa kerana semua pengikut Aiden kelihatan bersungguh dalam latihan. Tiada yang duduk saja atau yang rehatkan diri sendiri.

Biasanya mereka akan rehat sepuluh minit dan akan sambung semula perbuatan mereka. Fakta yang dia tengok melalui mata kasarnya tadi.

" Tapi kenapa nama De'lux?" spontan soalan itu keluar.

" De'lux tu daddy abang. Ketua mafia itali sebelum Abang ambil alih tugas daddy." akui Aiden akan perkara sebenar. Kedengaran berat suara itu meluahkan apa yang dirasa. Rasa kehilangan.

Aina diam. Tiada apa-apa riak yang dapat berikan kerana dia sendiri nampak raut wajah sang suami macam terluka bila cakap tentang ayah sendiri. Aina mencapai tangan besar sang suami.

Nak salurkan kekuatan melalui sentuhannya. Dia tahu dalam diam suaminya itu menanggung rasa sedih akan kepergian mummy and daddy lelaki itu.

" Abang... Kalau nak cerita dekat Aina kisah daddy and mummy, Aina sudi dengar. Lagipun Aina berhak tahu akan apa yang terjadi. Aina sudah jadi wifi Abang sekarang." ujar Aina dengan pelat bahasa Englishnya.

Aiden tergelak perlahan. Mood sedihnya kini sudah tiada terbang dibawa lari oleh sang isteri. Ada saja lawak akan isterinya ini. Kelakar betullah!

" Sayang... Wife bukan wifi." Aiden membetulkan ayat yang sang isteri guna. Timbul senyum pada bibir lelaki tampan itu.

" Cuba ikut abang."

" Wi... Fe " gerakan mulut dibuat.

Aina hanya mengikut gerakan mulut sang suami. Bibir sang suami dipandang tanpa berkelip. Gigi dikena pada bibir bawah. Comel je suaminya itu.

" Wi...fe?" kedengaran begitu comel suara itu menyebut. Satu persatu.

Aiden cubit pipi comel sang isteri. Dia betul-betul geram dengan kecomelan Aina. Selalu isterinya buat dia hilang arah dengan kecomelan perempuan itu.

" Sakitlah abang." adu Aina manja, dan itu membuatkan Aiden tergelak bila raut wajah sang isteri sudah bertukar cemberut.

" Sayang yang salah sebab goda abang." Aiden menyalahkan sang isteri yang tidak bersalah.

Aina hanya menjeling tajam sang suami yang sudah tersengih seperti kerang busuk itu.

Aiden berdehem perlahan.

Bersedia nak cerita kisah mummy and daddy. Nafas diambil panjang. Membiarkan kekuatan hadir dalam diam. Masih terbayang akan masa silam dulu kala.

" Ketika abang berumur tiga belas tahun... Mummy and daddy dah tak ada. Mereka berdua ditembak di depan mata abang sendiri ketika itu. Penjahat tu tak nampak abang menyorok disebalik dinding. Lepas dari mummy and daddy tiada, abang dah berjanji pada diri sendiri akan cari pembunuh tu." kata Aiden dengan penuh rasa dendam.

Aina menelan air liur kesat. Takut tengok raut wajah yang sudah membengis itu. Begitu menakutkannya ketika ini. Perlahan-lahan tangan Aina naik mengusap tangan sang suami. Diusap perlahan-lahan.

" Untuk apa abang cari?"

" Bunuh!"

Cukup sepatah ayat itu begitu menakutkan Aina. Terkerdip-kerdip mata perempuan itu kerana tak percaya apa yang dikatakan oleh sang suami. Bunuh?

" Abang tak boleh lupa apa yang mereka buat pada mummy and daddy sayang..." sebak suara itu kedengaran.

Sebak kerana fikirannya kini berlegar-legar seakan-akan sebuah video pada setiap darah yang tumpah dalam pembunuhan mummy dan daddynya.

" Bagaimana mereka bunuh daddy and mummy beramai-ramai... Sangat menyakitkan hati abang yang dalam. Abang ketika itu hanya mampu berdiri pada dinding dan menangis tanpa bantu mummy and daddy. Abang pengecut! Abang tak berguna! Abang tak patut hidup!" Aiden menyalahkan diri sendiri. Begitu terluka raut wajah tampan itu apabila meluahkan apa yang terbuku selama ini.

Aiden memejam matanya. Menghilangkan rasa begitu sebak sekarang ini. Segala rayuan mummy and daddy kedengaran begitu dekat dengannya. Am I a useless guy? Yes, i am!

" Tolong jangan bunuh kami berdua..." suara rayuan mummy kedengaran.

Satu hunusan pisau masuk ke dalam perut mummynya dan dikeluarkan balik. Dan untuk sekali lagi daddynya pula yang kena sama persis seperti mummynya.

" Allahuakhbar." kalimah Allah keluar dari bibir keluar dari daddynya sebelum dibunuh bertalu-talu.

Beberapa hunusan pisau dicucuk pada perut daddy and mummynya sehingga darah keluar membuak-buak. Hunusan itu berkali-kali dibuat.

Bagai masih baru perkara itu berlaku. Terbayang elok di ruang matanya setiap rintihan mummy and daddy.

Esakan kecil dari sang suami buat Aina pantas memeluk erat suaminya itu. Kini kedudukan kedua lututnya bertemu dengan lantai.

Belakang kepala suaminya itu diusap perlahan. Bagai memujuk budak. Sesekali ubun suaminya dikucup sayang.

Berharap agar suaminya terus kuat. Kini dia tidak nampak sisi ganas mafia yang ada dalam diri suaminya. Tetapi dia nampak sisi lemah yang ada pada suaminya.

Aina tahu bahawa bukan senang untuk Aiden menerima. Masakan dia boleh terima kedua ibu bapa mereka dibunuh depan matanya sendiri.

" Sabar abang... Aina tahu abang kuat. Aina akan selalu ada untuk abang. Kalau abang nak menangis, teruskan. Hambur semua bang. Aina akan selalu ada untuk abang." Pujuk Aina pada sang suami.

Aiden membalas pelukan sang isteri. Erat bagai tak nak lepas. Seketika, raut wajah tampannya dilentok elok diceruk leher sang isteri.

Hanya airmata yang keluar dari celah mata lelaki itu. Dapat dirasai tubuh sang suami sudah bergetar hebat. Mungkin masih dalam emosi sedihnya.

Aina menolak perlahan kepala sang suami agar pandang ke arahnya. Raut wajah kacak itu dipegang dengan kedua tangannya.

Aina dengan penuh kasih sayang mengucup kedua pipi sang suami. Tidak cukup itu, penuh syahdu kelopak mata sang suami dikucup. Aiden memejam rapat matanya. Menghayati rasa cinta yang makin bercambah untuk sang isteri.

Air mata yang keluar dari mata biru cantik itu dikesat perlahan dengan ibu jari Aina. Tak suka tengok airmata lelaki itu jatuh lagi. Biasanya Aiden akan memujuknya begini tetapi biarlah giliran dia pula yang memujuk sang suami.

" Jangan menangis lagi eh? Tak handsome suami Aina kalau menangis." pujuk Aina lembut. Rambut sang suami diusap perlahan. Aiden mengangguk dengan senyuman sikit.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) 2 [ EBOOK ]Where stories live. Discover now