HMTA 2 ✨

893 33 1
                                    

" Abang... Abang... " kejut Aina pada sang suami yang sedang enak diulit mimpi. Baju sang suami ditarik-tarik. Cepatlah dia dah tak tahan ni.

Aiden buka perlahan-lahan matanya. Raut wajah Aina yang berkerut seribu dipandang aneh. Apa yang terjadi?

" Kenapa ni sayang?" soal Aiden dengan seribu satu persoalan dalam kepala.

" Abang nak pergi tandas."

Bagai nak pengsan Aiden sekarang ini. Aina kejutnya bangun tidur hanya semata-mata nak cakap yang dia nak pergi tandas? Tergeleng Aiden ketika itu.

" Ye sayang... Pergi.."

Belum sempat dia habiskan kata, Aina sudah bergegas ke dalam bilik air. Tercengang Aiden jadinya. Terkerdip-kerdip mata lelaki itu pandang pintu tandas yang sudah tertutup itu.

Mata yang tadinya mengantuk kini segar bugar kerana sang isteri punya pasal. Tubuh yang berbaring kini duduk bersandar pada kepala katil. Mata dipejam seketika. Menanti kehadiran sang isteri.

Bunyi pintu tandas dikuak menarik perhatian Aiden. Aiden pandang tajam Aina yang sedang enak berjalan menuju ke arah katil.

" Sayang duduk sini kejap." arah Aiden pada isterinya itu.

Aiden duduk bersila di atas katil. Tubuh kecil itu diangkat duduk diatas ribanya. Susah kalau nak tunggu Aina. Aina terlalu malu dengannya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa?

Aina mengemam bibirnya rapat. Liur ditelan payah. Gugup rasa sekarang ini sebab kedudukannya dengan Aiden terlalu dekat. Spontan tangannya bermain dengan baju sendiri. Malu!

" Kenapa nak masuk tandas bagitahu abang?"

Aiden melentokkan dagunya pada bahu kanan sang isteri. Dari tepi dia boleh nampak muka itu sudah naik membahang merah bila dia pandang perempuan itu tak berkelip.

" Sebab nak keluar mana-mana kena mintak izin suami, mama cakap." kedengaran begitu naif suara itu. Aina tunduk pandang tangan sendiri.

Aiden menghembus perlahan nafasnya. Tangan naik menyentuh pipi kanan sang isteri agar berpaling ke arahnya.

" Sayang..." seru Aiden lembut.

Kedua bahu sang isteri dipegang lembut.

" Tengok mata abang."

Seperti disuruh, Aina pandang mata biru laut sang suami. Berbahang raut wajah Aina bila mata biru itu pandang lembut akan dirinya.

Aiden gelak perlahan. Seraya itu, kepala digelengkan apabila isterinya itu malu-malu dengannya. Suami isteri masih malu lagi?

" Lain kali... Kalau nak pergi tandas, sayang pergi je tau. Tak payah mintak izin abang." pesan Aiden pada sang isteri.

Hidung kecil itu dipicit geram. Tak kuat picitan itu. Picitan manja. Rengekan dari sang isteri buat Aiden tersenyum suka.

" Tapi abang. Mama cakap, kalau Aina nak pergi mana-mana. Aina kena mintak izin abang." Aina cuba mengatakan kebenaran akan apa yang mama katakan padanya.

Aiden tersenyum dengan jawapan isterinya itu. Aiden mengenggam erat tangan halus milik sang isteri.

Adakalanya kenaifan Aina buat dia rasa geram nak makan isterinya. Banyak kali jugak Aina digomol olehnya hanya kerana sikapnya yang terlalu comel dan kelakar. Geram!

" Memang betul semua tu sayang. Tapi takkanlah sampai sayang kena seksa diri nak minta izin dari abang dulu sebelum masuk tandas." kata Aiden lagi.

Aina mengangguk faham. Tangan dibuat simbol 'okay' kepada suaminya. Mengerti akan apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

" Abang tak nak sambung tidur?" tanya Aina pada sang suami.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) 2 [ EBOOK ]Where stories live. Discover now