Tengku Izzham senyum sinis.

"Fitnah? Kau fikir aku percaya? Kalau fitnah kenapa kau bukan main seronok peluk peluk dia?tak sengaja? Pening? Kau jangan buat drama boleh tak? "bersahaja sahaja jawapan Tengku Izzham.

"Siapa hantar gambar gambar tu? Mesti perempuan sund*l tu kan! "Tanya Heidi

"Kau dengan dia sama je kalau Kau nak Kata dia sund*l"kata Tengku Izzham bersahaja.

Pang

Heidi tak tahan! Sanggup suaminya sendiri menggelarnya sund*l.

Tengku Izzham terkedu,darahnya terus mendidih setelah ditampar.

"Ummi dengan walid aku sikit pun tak pernah tampar aku! Kau siapa nak tampar aku!? "

"Biar saya ingatkan awak! Saya ni isteri awak! Isteri yang sah,bukannya mistress awak.Awak dah lupakan  ker? Kuat betul ya awak kena mandrem dengan betina tu? "naik satu oktaf suaranya Heidi.

"Kau jangan Kurang ajar dengan aku Heidi Naura! "kuat Suara Tengku Izzham menjerkah Heidi.

"Awak sayang sangat dengan dia sebab dia dengar jer cakap awak kan? Sampai sanggup gugurkan kandungan dia sebab awak suruh! Awak ni bapa jenis apa ha! "

"Cukuplah buat cerita bodoh Heidi! Kau sengaja reka cerita macam tu sebab nak cari salah aku kan!Biar kita sama sama curang kan macam tu yang kau nak kan! "

"saya Ada buktilah"heidi segera mengambil telefon pintarnya untuk menunjukkan gambar grace yang mengandung.

Telefon dihulurkan pada Tengku Izzham

"pergi mampuslah dengan bukti kau!"dia menepis tangan Heidi menyebabkan telefon itu jatuh dan berkecai.

Telefon pintar yang dihadiahi Tengku Izzham buat Heidi kini ranap angkara perbuatan si pemberi sendiri.

Heidi rasa perutnya sedikit sakit. Dia memegang perutnya.

"Kau Kenapa? Jangan cakap Kau mengandung. Kalau kau mengandung sekali pun aku tak percaya tu anak aku! "

"Aw.. Awak jangan melampau!!!Saya tak pernah fikir nak buat kerja gila tu lah Tengku Izzham Arfaiz. Saya masih Ada pegangan agama! "dalam kesakitan Heidi berkata.

Harini baru Heidi nampak perangai panas baran Tengku Izzham. Walaupun Tengku Izzham tak naik tangan kepadanya tetapi kata kata lelaki itu cukup membuat hatinya terhiris.

Syaitan sangat suka akan situasi seperti sekarang.Mengapi apikan kemarahan pasangan suami isteri tersebut. Cuba untuk meruntuhkan sebuah masjid baru terbina.

"Kalau macam nilah nipisnya kepercayaan awak dekat saya. Baik awak ceraikan jerlah saya "tutur Heidi lemah. Dia dah penat nak bergaduh lagipun pula perutnya semakin mencucuk cucuk.

Tengku Izzham terkedu. Tetapi apabila ingat perbuatan Heidi kepada dia, dengan berani dia berkata

"Sanggup ker kau jadi janda ha? Aku tak kisah nak lepaskan kau pun"sinis Tengku Izzham. Syaitan sudah berhora horey

"Ceraikanlah saya, memang niat awak nak pergunakan saya kan untuk tutup hubungan keji awak dengan Grace. "Heidi menahan sakit.

Tengku Izzham naik angin.Dia memang seorang yang tak berfikir panjang jika marah.

"Kalau tu yang kau nak, Heidi Naura bt Martin Abdullah, Aku ceraikan kau dengan talak satu"begitu mudah seorang suami menjatuhkan talak kepada sang isteri yang difitnah.

Tengku Izzham terus keluar dari bilik Heidi tanpa risau keadaan Heidi yang Berpeluh menahan kesakitan.Heidi hanya melihat kelibat Tengku Izzham keluar dari bilik.Perutnya semakin sakit, fikirannya kosong untuk minta bantuan siapa. Harapkan suami,dia sudah menceraikan dirinya,ibu nun jauh di Kuala Lumpur.Hanya satu nama sahaja berlegar di kepalanya.Haziq.Heidi berjalan perlahan lahan menaiki lif ke bilik Haziq yang berada di tingkat atas biliknya.Rasa sakit semakin mencucuk.Lif kosong tiada orang membolehkan Heidi menjerit menahan kesakitan.

Pintu bilik Haziq diketuk.Niatnya mahu minta bantuan Haziq untuk membawanya ke hospital.

Tepat Haziq membuka pintu, Heidi rebah.

"Heidi"terkejut Haziq melihat Heidi.Nasib sempat dia sambut wanita itu.

Haziq menampar lembut pipi Heidi.

"Heidi Heidi bangun"

Heidi masih tidak sedarkan diri. Haziq ambil keputusan untuk membawa Heidi ke hospital.

Digendongnya tubuh kecil Heidi ke kereta. Audi milik Haziq laju meluncur jalan raya ke hospital.

Bersambung

Terimalah nukilan vie yang tak seberapa ni😂jgn lupa vote and share story ni Kat member tau! 😂abaikan typo Bahahahahahha. In Shaa Allah ada masa vie publish next chapter. Anyeongggg

Lots of love, vie
Xoxo💓😍

Gamsahamnida💓

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now