Tomodachi

2 0 0
                                    

     Pada malam itu,daun-daun akan berdesir menerbitkan lagu jika terpukul oleh angin semilir yang jinak membuat air mataku mulai luruh. Daun-daun bakau dan berembang yang menari-nari dihembus angin memaksa kotak fikiranku untuk mengimbau masa silamku yang penuh dengan onak dan duri. Entah mengapa fikiranku asyik melayang jauh semenjak aku menerima berita buruk yang telah berjaya membunuh sebahagian diriku. Aku menoleh ke hari-hari kelmarin yang bercahayakan kesuraman. Mataku asyik tertumpu pada sepucuk surat yang kian pudar tulisannya. Bagaikan ada satu aura yang menarik kotak fikiranku untuk melayang ke alam persekolahan dan menarikku bersama-sama menelusuri nostalgia lama.

      " Sajidah!Ooo Sajidah!Kalau mak bangunkan kamu,mati kamu nanti.Macam mana nak jadi isteri orang kalau macam ni sikapnya" Keluh Puan Kasuma .Jeritan Puan Kasuma membangkitkan nyawa-nyawa yang masih tergantung di alam mimpi. "Kenapa bising-bising ni ibu?" tanya Encik Sukor dalam keadaan mamai. " Tu ha..anak abang yang abang manja-manjakan tu buat onar. Pejam celik pejam celik esok dah nak melangkah ke alam baru. Umur dia pun tak lama lagi nak masuk 13 tahun tapi,perangai mengalahkan orang dewasa." Puan Kasuma mengadu pada suaminya. "Meh,abang tolong bangunkan si Sajidah".

      Kedengaran ketukan pintu memecah gegendang telinga,memaksanya untuk bangkit dari pembaringan. "Kejap ayah,kejap!" jerit Sajidah dari dalam. Ayahnya berlalu sebaik sahaja mendengar suara puterinya. Sajidah membuka tingkap biliknya untuk menghayati keindahan alam ciptaan yang Maha Kuasa. Embun telus mencerminkan rona-rona kesegaran hijau yang masih mentah mencorakkan lagi kehidupan yang sarat dengan 1001 masalah. "Ya Allah,hari ni hari pertama masuk ke alam menengah!"bisiknya dengan perasaan yang gembira.

      Sajidah melompat dari katilnya dan meluru ke arah bilik mandinya. Usai mandi dia pun mengenakan uniform pelajar menengah yang sangat berlainan dengan uniform sekolah rendahnya. "Selamat pagi,Mak" jelas kedengaran suara Sajidah di gegendang telinga Puan Kasuma. "Kat sekolah nanti, carilah kawan yang baik-baik jangan nakal-nakal"ujar Puan Kasuma. "Ha..betul cakap mak kamu tu. Semakin kita membesar,semakin mudahlah fikiran kita untuk dipengaruhi. Ha!Bah jom berangkat.Akhir lagi kita sampai ke sekolah nanti" leter Encik Sukor kepada Sajidah.

......................................................

      "Aduh! Jalan tu tengok kiri-kananlah.Ada mata gunalah,ada otak fikirlah.Tu pun nak kene bagitahu" aku melepaskan radangku hanya semata-mata kerana kesalahan yang sekecil zarah. Aku cuba meneroka setiap rona wajah pada sesosok tubuh yang berpakaian asing dan berbeza daripada orang lain. "Awak?Awak saya nak minta maaf sebab terlanggar awak tadi"jelas seorang wanita dengan senyuman yang terukir di bibir. Aku membisukan bahasaku dan membayarnya dengan senyuman paling manis. Entah mengapa kelegaan bertapak di dadaku apabila melihat wajah wanita itu.

      Aku tersedar daripada lamunanku apabila bunyi loceng memecah kesunyian sebuah bangunan yang besar itu. Aku terburu-buru mencari kelas kerana takut sesi pembelajaran akan berlangsung. "Assalamu'alaikum, selamat datang ke alam persekolahan peringkat menengah" kata Cikgu Zarinah kepada semua pelajar baru di dalam kelas 1 Bestari. "Wa'alaikumussalam, cikgu" jawab kami serentak memecah kesunyian kelas baru sebentar tadi. "Cikgu nak kamu memperkenalkan diri sorang-sorang,mulai dari meja depan sampailah meja belakang" kata Cikgu Zarinah. Hatiku berbisik sendiri apabila sesosok tubuh yang aku kenali memperkenalkan dirinya. "Assalamu'alaikum, nama saya Syifa Munawwarah Binti Walid. Saya dulu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Bakong,Terus dan memperoleh 3A 2B dalam UPSR" kata wanita itu dengan nada yang sopan.

      "Nama saya Izzah Nur Sajidah Binti Daruwis. Sekolah lama saya Dato Pangiran Mohammad dan memperoleh 4A 1B dalam UPSR. Salam perkenalan" aku terasa debar yang menghenyak dada kerana pertama kali memperkenalkan diri di sekolah, di kelas dan di hadapan pelajar baru. "Semua pelajar sudah memperkenalkan diri. Sekarang, Cikgu nak aturkan tempat duduk kamu semua" kata Cikgu Zarinah dengan senyuman di wajahnya. " Aiman, kamu duduk di sebelah Arash. Dzikri kamu duduk di sebelah Aleh. Fazlyn kamu duduk di tepi Hatamah. Sajidah kamu duduk di sebelah Syifa" arah Cikgu Zarinah kepada pelajar yang lainnya. Aku bagaikan kehilangan kata-kata kerana terlalu gembira apabila Cikgu menyuruhku duduk di sebelahnya. Entah kenapa hatiku berasa gembia walaupun pada mulanya aku benci padanya. Seperti ada satu aura yang baik di sekelilingnya yang menarik diriku untuk lebih mengenalinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Secebis karyaWhere stories live. Discover now