BAB 27

12.1K 685 339
                                    

Nota penulis: Sebelum korang habiskan bab terakhir 'Berikan aku waktu' ni Syaf nak bagi ucapan sikitlah sebagai ucapan penghargaan kepada korang semua... ><

Pertamanya, oleh kerana bab ini merupakan bab terakhir, bagi sesiapa yang terus lompat ke bab akhir ni Syaf cadangkan baik korang baca dari awal sebab spoilerlah main lompat-lompatni ><

Kedua, kepada pembaca yang setia dengan cerita ni dari Bab 1 hingga Bab 27, Syaf nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab komen, vote, even yang jadi 'silent reader' pun. Benda tulah yang buat Syaf selalu rasa semangat nak kongsi sesuatu dengan korang... ^_^

Ketiga, Syaf tulis cerita ni dan dalam masa yang sama Syaf tengah hadap Online distance learning (ODL). Sesuatu yang baru bagi Syaf dan dia punya overstress tu luar biasa ye >< nak-nak lagi Syaf dah tahun akhir. Jadi, sepanjang pembacaan korang kalau Syaf ada salah tatabahasa, salah ejaan, salah penggunaan ayat, Syaf nak minta maaf sangat-sangat. Syaf cuma jadikan karya ni sebagai tempat Syaf nak releks dari hadap assignment saja. Apapun, jemput baca bab terakhir ni korang... ^_^

LAPAN TAHUN KEMUDIAN...

"ITULAH ucapan saya sempena hari ayah semalam. Saya sayang sangat dengan ayah saya. Saya tahu ayah saya seorang yang hebat dan pejuang untuk membahagiakan saya, mama dan pak su Amin. Saya nak pesan dekat kawan-kawan, hargailah ayah kawan-kawan dan jangan sesekali melawan cakap ayah. Ayah kita dah banyak berkorban untuk besarkan kita dan berikan perlindungan untuk kita. Athif harap, ucapan Athif dapat memberikan pengajaran kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih."

Tepukan gemuruh kedengaran usai budak lelaki berpakaian seragam sekolah turun dari pentas setelah memberikan ucapannya sempena pertandingan ucapan terbaik di sekolah itu. Pujian demi pujian dibalas dengan ucapan terima kasih. Itu pesanan daripada ayahnya yang sering diikuti. Tatkala dia melihat seorang wanita berbaju blouse berwarna krim dipadankan dengan palazzo dan selendang merah jambu tersenyum ke arahnya, Athif meluru ke arah ibunya. Usapan lembut yang singgah di ubun-ubunnya membuatkan dia tersengih.

"Athif ingatkan mama tak nak datang! Kecewa Athif kalau mama tak datang," kata Athif.

"Mestilah mama datang. Athif bagi ucapan pasal abah kut. Baguslah anak mama ni. Pandai! Ni yang mama bangga dengan Athif ni. Matang siap bagi pesanan dekat kawan-kawan pula tu," ujar Haura. Dia menepuk kerusi kosong di sebelahnya dan mengarahkan anak tunggalnya itu untuk duduk. Athif menurut.

"Hebatlah Athif ni. Nah, pak su ada belikan minuman untuk Athif. Mesti Athif dahaga," ujar Amin pula. Dia tersengih-sengih sambil menghulurkan satu kotak susu soya kepada budak berumur lapan tahun itu. Athif menyambut dan membasahkan tekaknya seraya dihulurkan semula kepada Amin.

"Pak su ada buat robot kereta. Nanti kita main sama-sama nak tak? Kita ajak Hamizan dengan Amanda main sekali. Besar tau kereta robot pak su buat tu," tambah Amin lagi. Dia mendepakan tangannya dengan wajah yang kelihatan teruja bercerita mengenai rekaan terbarunya. Berkat dimasukkan di institusi khas itu kini Amin menjadi seorang yang berbakat dalam menghasilkan robot yang menggunakan barang-barang terpakai. Beberapa hasilnya juga sudah dibawa ke luar negara bagi pertunjukan inovasi .

"Pak su ni bisinglah. Tak malu ke orang tengok? Pak su tu dah besar jadi pak su tak boleh bermain dengan kita orang bertiga. Lagi pun pak su selalu menang kalau bermain dengan kita orang. Mana aci!"

"Ish! Suka hati pak su..."

"Haip! Kau orang berdua ni kan boleh tak senyap sikit? Kita dalam majlis ni kan. Tu, pengacara majlis nak umumkan pemenang bagi ucapan terbaik dah tu. Baik kau orang senyap sebelum mama selotep mulut kau orang satu-satu," tegas Haura sambil membeliakkan matanya. Jari telunjuknya di letak di depan bibir. Memberikan amaran kepada Amin yang sememangnya berperwatakan kanak-kanak namun bijak dan Athif yang sudah tersengih menampakkan gusinya.

BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now