TEASER 4

1.4K 34 8
                                    

KHAIR - RINSYA CHASIANI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KHAIR - RINSYA CHASIANI

Sengaja aku mengambil tempat duduk bersama dua orang perempuan Melayu bertudung walaupun di sebelah Khair ada ruangan kosong. Lebih afdhal duduk dengan perempuan. Kut lah bot terlaju lepas tu brake mengejut, sekurang-kurangnya terpeluk sesama jantina.

“Boyfriend akak handsome,” ucap perempuan bertudung oren di sebelahku sambil tersengih.

“Boyfriend yang mana?” Aku tanya.
Bajet banyak boyfriend aku yang duduk dalam bot ni.

“Tu.” Dia tunjuk pakai muncung itik aje. Betul-betul ke arah Khair.

Aku tersengih menampakkan barisan gigi.

“Oh, dia bukan boyfriend akak.” Aku cakap dengan nada tak berapa nak ikhlas.

“Serius bukan boyfriend? Tapi nampak caring aje kat akak...” Dia mengerutkan sedikit keningnya.

“Kan aku dah kata, sebab abang tu panggil kakak ni kakak. Takkan boyfriend panggil makwe kakak...” Kawan dia menyampuk.

Ewah, sempat pulak dia orang bergosip pasal aku dan Khair...

“Mustahillah bukan boyfriend akak. Dia duk tengok akak sampai tak berkelip-kelip.”

Mana dia orang tengok Khair pandang aku tak berkelip?

“Akak ni kebetulan aje terjumpa dengan dia kat train semalam...” Aku mereka cerita.

“Ohhh...” Budak-budak ni sepakat mengangguk tanda faham.

“Kak, kenapa dia merajuk?”

Aik, mana dia tahu Khair merajuk? Tapi memang macam merajuk sebab dari tadi dia tak pandang aku.

“Umur dah berapa nak merajuk bagai. Dia memang macam tu. Kejung sikit.” Aku komplen. Tak sangka budak berdua ni terhibur sampai tergelak besar. 

“Cute, kak. Jarang jumpa couple perempuan lebih tua.”

Aku tergamam. Berasap sikit hati. Menyesal pula aku duduk kat tepi dia orang ni. Nampak sangat ke aku lebih tua daripada Khair?
Yana, terimalah hakikat. Muka Khair tu masih belia. Ada rupa belasan tahun walaupun dia dah 25.

.

TSMI - MIA AZWARI

Syamil tersenyum melihat telatah pasangan dua beranak itu. Tiba-tiba anak matanya bertaut dengan budak perempuan yang comel tadi. Syamil sekadar tersenyum ke arah budak comel itu.

“Pa... pa... pa... pa.” Tiba-tiba Ainul ingin berdiri dari kerusi bayi dan cuba mendapatkan Syamil. Irham turut terkejut mendengar perkataan yang muncul di bibir Ainul.

“Kenapa ni sayang?”

“Pa... pa...” Jari montel Ainul menunjuk ke arah Syamil. Syamil turut terkedu dengan keadaan itu. Syamil dan Irham saling berpandangan.

“Err… maaf. Mungkin dia ingat, encik ni ayah dia.”

Terkejut Syamil. Tidak sangka budak itu bukan anak lelaki tersebut. Perasaan Syamil semakin berdebar. Wajah si kecil ini sama seperti wajahnya ketika dia masih kecil.

“Nak dekat uncle ke? Mari sini uncle dukung.” Syamil cuba menghulurkan tangan untuk mengambil Ainul. Laju Ainul mendepakan tangan untuk mendapatkan Syamil.

Sebaik sahaja tubuh montel itu berada di dalam pelukan Syamil, Ainul terus memeluk erat leher Syamil. Pipi gebu Ainul dicium sekilas.

“Siapa nama dia?” Ramah Syamil bertanya. Rambut pendek Ainul dielus lembut.

“Ainul...”

Karya azwari85 ni best hihihi.

0198817140









Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Khair : Sweetness In You By Rinsya ChasianiWhere stories live. Discover now