Part 6

2.5K 143 0
                                    

AKU MISTER PRINGLES

Dia terbatuk kecil dan kemudian berdeham beberapa kali. Terkejut kut dengan soalanku tadi. Sebenarnya aku pun terkejut juga dengan soalan diri sendiri. Tak ada ke ayat yang lebih manis yang boleh keluar dari mulut ni?

Mesti Khairi fikir ‘Kak Yana ni tak senonoh orangnya’.

“Sungguh tak nak singgah?” Aku bertanya, sekadar menyembunyikan rasa seganku padanya.

Dia mengangguk.

Ah, biarlah kau. Kalau kebulur pun perut sendiri, bukan perut aku.

Dia tidur aje lepas tu. Sesekali aku perasan dia sentuh bahagian perutnya. Terus otak aku jadi faham kenapa dia tak nak singgah mana-mana. Mungkin saat ni dia lebih perlukan toilet dari restoran. Apalah aku ni, benda basic pun aku tak terfikir dari tadi.

Sampai di apartmen keluarga dia, aku terus park kat tempat kosong. Tapi agak jauh dari lif.

“Khairi, dah sampai ni.” Aku pandang pashmina oren yang dah jatuh ke riba dia. Degil sangat, orang suruh balut kat badan dia letak kat paha.

Khairi buka mata kemudian terus menolak pintu keretaku.
Automatik aku mengikut dia. Tolak pintu kereta dan mengekor Khairi sampailah ke dalam lif. Dia menyandar tanpa cakap apa-apa selepas menekan butang lif. Aku tahu dia orang tinggal kat tingkat 5 sebab aku selalu ke rumah dia orang terutamanya waktu hari raya atau hari-hari istimewa seperti doa selamat atau kenduri kesyukuran. Pasal aku je bestfriend Yuhanis yang masih wujud kat muka bumi ni. Minah tu memang susah nak keluar dengan orang lain selepas dia berkahwin. Aku pun pelik kenapa aku boleh bertahan berkawan dengan dia. Mungkin chemistry kut?

“Parents ada kat rumah ke?” Aku tanya sementara menunggu pintu lif terbuka.

“Tak ada.”
Like seriously?

Aku dah buka mata luas-luas. Serius ke dia tinggal sorang-sorang dalam keadaan dia tenat macam ni?

“Dia orang ke mana?”

“Awal pagi lagi ke Melaka.” Dia jawab dalam keadaan masih memejam mata. Aku jadi serba-salah pula.

“Kak Yana tak boleh temanlah kalau macam ni,” ucapku menjeling ke arahnya. Dia tak balas sebab pintu lif dah terbuka waktu dia nak buka mulut.

Aku rasa dia dah tak ada tenaga tapi dia buat-buat kuat sebab tak nak aku terpaksa papah dia kut. Sebab cara Khairi jalan terhuyung-hayang macam orang nak rebah ke lantai. 
Masa dia tekan nombor keselamatan rumahnya, aku cepat-cepat mesej Yuhanis.

‘Weh, simpatilah sikit kat adik kau. Macam tak cukup zat sangat!’

Khairi masuk ke dalam rumah dan tahan pintu, macam nak minta aku masuk sekali. Eh, boleh ke aku masuk? Aku ni non halal untuk dia. Terang-terang dia seorang aje wujud kat dalam rumah. Aku terus tersengih-sengih nak minta izin untuk pergi dari situ.

“Boleh tolong orang masak bubur tak?” Dia tanya. Tiba-tiba aje. Dengan mata redup pula tu. 

Aku tercengang lima saat. Jangan nak cari nahas, Yana. Adik tak adik, sakit tak sakit, lelaki tetap lelaki. Hati kecik dah berbisik yang bukan-bukan.

“Darurat sangat ke?” soalku teragak-agak.

#ShortStory
#RinsyaChasiani
#AkuMrPringles
#AireenAryana
#khairiYana

Khair : Sweetness In You By Rinsya ChasianiWhere stories live. Discover now