Ending.

4.9K 382 241
                                    

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" how's your day kat sini, hm? aku tahu, ianya tak teruk sebab penjara kami lain dari penjara korea yang biasa. kau hanya bunuh pesalah, jadi hukuman kau ringan. "

" lagipun kau mengandung" wanita itu hanya menganggukkan kepala sekilas. wajah lelaki di hadapannya dipandang. sempurna tanpa cela.

itulah jeon jeongguk.

ataupun panggilan mesranya, justin.

lelaki yang selalu melawatnya di sini. entah kenapa dengan justin itu.

" kwon hara."

" iya, justin?"

justin merenung wanita itu lama. ada sesuatu yang lelaki itu nampak pada diri wanita itu. sesuatu yang istimewa. entah kenapa, justin tertarik.

" kau tahu aku anggota npps ?"

hara menganggukkan kepala. mana mungkin dia tidak tahu ! sudah terang lagi bersuluh justin selalu datang berpakaian lengkap sekali dengan lencana.

" aku dah mintak kau dibebaskan. dan, kau akan keluar hujung minggu ni. kau okay?" senyuman diukir buat hara. tapi wanita muda itu hanya diam.

" untuk apa, justin? saya dah membunuh. biarkan saya kat sini."

" kau mengandung. jadi hukuman diringankan. lagipun kau bunuh penjahat bukan orang tak bersalah. penjara ni lain dari penjara korea biasa tu. " matanya difokuskan pada hara.

" lagipun, kau bakal ada ikatan dengan seorang anggota npps. "

" iaitu, ikatan suami isteri dengan aku."

¤ (¯´☆✭.¸)¤ — ¤ (¯´☆✭.¸)¤

" sayang sayang sayang !"

tersentak ella dibuatnya. jungkook tersengih. ella hanya menggelengkan kepalanya. perlahan lahan dia cuba bangun dalam posisi duduk.

" eh eh, jangan gerak ! sayang sambung tidur balik. biar aku yang dodoikan mya balik. dia bangun tadi, menangis" wanita itu tetap juga bangun dan melangkah mendekati jungkook.

" jungkook, cukuplah. awak sambunglah tidur. tiap tiap malam awak yang dodoikan mereka berdua balik. biarlah sa—"

" na ah. benda ni langsung tak susah untuk anggota npps merangkap baby maker macam aku. ingat sayang, aku bukan hanya baby maker. aku juga babysitter, mwah !" pipi jeon mya dicium sekilas.

lantas perlahan lahan tubuh anak kecil yang sudah nyenyak diulit mimpi itu diletakkan perlahan lahan kembali disebelah kembarnya, jeon hoseok.

kenapa hoseok ?

ella yang pinta untuk mengingati sahabat baiknya itu. jungkook juga tidak kisah.

" cukup cukup sudah. cukup sampai disini saja kemurunganmu, baby gurl. " pipi ella dielus lembut. matanya dikenyitkan.

" jungkook"

" ya, sayang ?"

" stop being naughty !" tawa jungkook meletus perlahan lahan. takut pula dia jika anak anak mereka terjaga dari tidur. matanya jungkook mula merenung ella lama.

 [√] Baby Maker | 16+ | 정국Where stories live. Discover now