Chapter 1

20.4K 245 7
                                    

"Angah jaga diri ya, Ayah dan Ibu akan sentiasa doakan angah". Itu pesanan terakhir daripada ibu dan ayah Daniel sebelum mereka meninggalkannya di perkarangan asrama. Daniel berdiri kaku di situ sambil melambaikan tangan sehingga kereta yang dipandu ayahnya hilang dari pandangan.

Daniel merupakan seorang yang mesra dan periang. anak bongsu dari dua orang adik beradik. Berkulit putih kerana mengikut keturunan ibunya yang mempunyai darah Arab. dan disebabkan itu dia tidak suka berada dibawah matahari terlalu lama kerana mukanya akan bertukar kemerahan.

Dia memandang sekeliling. Kini dia secara rasminya telah menjadi seorang pelajar asrama di Sekolah Menengah Integrasi Alauddin Shah. Sebuah sekolah yang terkenal di daerah tersebut tetapi kedudukannya agak jauh untuk ke pekan utama. di belakang sekolahnya terdapat kawasan hutan, sungai dan agak berbukit.

Selepas kelibat kereta milik bapanya hilang, daniel terus kembali ke biliknya untuk berkemas dan kalau berkesempatan, dia ingin meneroka kawasan asrama dah sekolahnya.

"Khairul, nak ringkas panggil khai je".

seorang budak lelaki berkaca mata menegur sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Tidak tahu mengapa, tetapi Daniel seakan-akan terpaku melihat lelaki yang berada di depannya dan jantungnya berdegup kencang.

"Ahhh, kau dah kenapa Daniel nak berdebar ni...." Daniel berbisik kepada dirinya sendiri.

"Sorry, again?" Khairul bertanya kerana apa yang diperkatakan Daniel sebentar tadi kurang jelas.

"aaaaa. takde pape. Aku Daniel Iskandar, boleh panggil Dann. Is pun boleh, tapi jarang lah orang panggil gitu. hehe"

Daniel menjawab seramah yang mampu. Konsep yang dipegang Daniel ialah "buat kawan kat tempat baru dan jangan cari musuh .!" Khairul merupakan pelajar pertama yang dia kenal sepanjang beberapa jam dia mula menjejakkan kaki ke sini.

Penampilan lelaki di depannya persis seorang melayu tipikal. Berkulit putih tetapi kelihatan agak terbakar dek bahang matahari dan manis dipandang.Khairul lebih tinggi daripadanya dan pengamatannya kuat menagatakan Khairul merupakan seperti seorang atlet.

"Soo, kau budak baru ek? tak pernah nampak pun sebelum ni? tingkatan 1?". Khairul bertanya lanjut.

"ohh, tak tak, aku dah form 2 tapi baru masuk sekolah ni. sebelum ni aku sekolah di SMAKL di kuala lumpur sana. haha". Daniel dan Khairul bercerita lanjut dan saling bertukar cerita antara mereka.

                                         **************************

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam dan Daniel sudah berbaring di atas katilnya selepas mendengar taklimat daripada warden asrama dan sesi suai kenal dengan exco-exco asrama. Exco exco ini merupakan pelajar pelajar terpilih yang akan menolong warden untuk menyelia asrama.

Petang tadi dia dan khairul bersembang panjang sehingga bunyi loceng makan malam kedengaran. lepas makan, mereka mandi dan bersedia untuk solat maghrib secara berjemaah di surau asrama. sememangnya peraturan asrama mewajibkan semua penghuni untuk solat secara berjemaah untuk kesemua waktu. sementara menunggu isyak, akan ada mana mana ustaz jemputan akan memberikan tazkirah. jika tiada, mana mana perwakilan pelajar akan mengambil tugasan tersebut.

"Assalamualaikum semua, berkumpul kejap". Syafiq, Exco Disiplin memanggil memanggil ahli bilik 7. mereka membuat bulatan kecil di ruang lapang yang ada dalam bilik tersebut.

"Okey, macam aku bagitahu tadi, nama aku syafiq. tak perlu panggil abang lah sebab korang semua dah besar. geli aku dengar.!" Syafiq cuba mengurangkan jarak kasta dengan ahli bilik tersebut. Dia juga merupakan seorang exco yang suka bergurau.

Sesi suai kenal antara ahli bilik juga dilakukan oleh Syafiq. tidak susah untuk mengingati mereka kerana hanya ada 8 orang dalam bilik tersebut dan Syafiq merupakan exco bilik tersebut juga merupakan seorang wakil tunggal tingkatan lima. ahli lain merupakan Izzat dan Haikal dari tingkatan empat, Din, Akmal dan Zaid dari tingkatan tiga dan Khairul dan Daniel merupakan pelajar tingkatan dua. Hampir pukul 12 malam sesi suai kenal tersebut selesai dan mereka pun bersurai.

"Dann, esok kalau kau bangun awal kau kejutkan aku ye. kalau bangun lambat kena beratur kat bilik air. aku taknak". pesan Khairul separuh berbisik kerana katil mereka hanya bersebelahan.

"Oraitt khai. kalau aku pun terbangun. haha". gurau Daniel Iskandar dan akhirnya dia pun tertidur.

(bersambung....)

Daniel IskandarWhere stories live. Discover now