Chapter 16

4K 95 19
                                    

-Sorry guys lama tak update, busy kerja.
-Ramai nak happy ending kan, saya cuba usahakan 🤣
-Readers above 18, make sure to register for covid-19 vaccination program!!

******
Penghuni asrama sudah habis mengulangkaji pelajaran. Ketika itu mereka sedang bersesak ke arah dewan makan untuk supper sebelum bergerak ke bilik masing masing.

Daniel Iskandar ketika itu sedang berjalan bersama dua lagi rakan sekelasnya, sebelum dipanggil Syafiq untuk berjalan bersamanya.

"How's everything?"

Syafiq memulakan perbualan.

"Same thing everyday... nothing much. Awal habis study harini? Biasa stay up?"

"Saja je... malas nak stay up malam ni"

Syafiq sengaja berhenti mengulangkaji awal. Niatnya tidak lain dan tidak bukan kerana ingin menemani Daniel Iskandar untuk supper. Selepas confession tempoh hari, dia lebih berani untuk mendekati Daniel Iskandar. Tambahan pula Khairul Asyraf masih lagi dalam tempoh kuarantin.

"Emm Dann, jom ambil makanan and makan dekat wakaf sana?"

Wakaf tersebut berada di hujung dataran asrama, pada waktu malam, tiada penghuni asrama yang akan melepak di situ.

"Makan kat dewan makan je la Syafiq, meriah sikit..."

"Alaa jom laa..."

"K k... jom la makan sana"

Daniel Iskandar hanya menuruti, malas untuk berlawan cakap. Sebaik sahaja sampai di tempat tersebut, Syafiq mengambil tempat bertentangan dengan Daniel Iskandar.

"Jemput makan, Syafiq..."

"Baik Dann comel... Kan best kalau Dann boleh selalu teman macam ni. Haha"

"Haha.. mengada! Makan je la cepat. Nak naik tidur"

"Nak Syafiq temankan tidur tak?"

Daniel Iskandar tidak menjawab soalan tersebut dan menukar topik perbualan. Sesungguh dia agak kurang senang dengan perbualan itu.

Sejurus menghabiskan makanan, mereka terus bergerak ke bilik untuk tidur.

******
Hujung minggu menjelma lagi. Jam hampir menunjukkan pukul 11.30 malam. Walaupun lampu bilik sudah dimatikan, Daniel Iskandar sedang asyik membaca novel tulisan Ramlee Awang Murshid, seorang novelist thriller no satu Malaysia.

"Belum tidur?"

Syafiq secara tiba tiba menegur.

"Baca novel dulu, dah ngantuk Dann tidur la"

"Gerak ke tepi sikit, Syafiq nak baring sebelah. Haha"

Daniel Iskandar sekadar menuruti dan perkara itu tidaklah pelik bagi penghuni asrama. Baring atau tidur berdua di katil yang sama adalah antara perkara yang biasa dilakukan.

"Novel apa tu? Still pasal laksamana Sunan?"

"Haah, ni novel yang ke 3, next week sampai lagi sambungan cerita ni. You should try to read this..."

Series Laksamana Sunan adalah salah satu novel yang sangat menarik, jika tidak keterlaluan, boleh diletakkan sebaris dengan novel Harry Potter tulisan JK Rowling. Ada ura ura yang mengatakan series ini kemungkinan akan difilemkan!

"Dann baca la... takanak ganggu. Syafiq nak baring sebelah Dann je"

"Emm, okay Syafiq..."

Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Syafiq sudah lena di alam mimpi dan Daniel Iskandar baru sahaja habis membaca novel kegemaran. Dia berbaring membelakangi Syafiq.

Hampir sahaja Daniel Iskandar terlelap, tangan Syafiq memeluknya dari belakang.

"Sleep well, awak..."

Satu ciuman dilepaskan ke arah tengkuk Daniel Iskandar. Dia  terkaku dan perasaan bersalah terhadap Khairul Asyraf mula melanda.

Daniel Iskandar menunda niatnya untuk tidur. Selepas memastikan Syafiq kembali lena, dia mengalihkan tangan Syafiq dari terus merangkulnya.

Walaubagaimana pun, dia kalah dengan nafsu mengantuk yang kuat menyelubunginya. Nasib baiklah tiada kejadian yang pelik berlaku selepas itu.

******
"Hey cutie, nak kiss sikit"

Khairul Asyraf berbisik ke telinga Daniel Iskandar yang sedang asyik membaca novel Laksama Sunan. Memandangkan esok sudah hari persekolahan, dia berasa malas untuk kemana mana dan memutuskan untuk berada di bilik sahaja. Ketika itu hanya beberapa orang penghuni sahaja berada di katil masing masing.

Daniel Iskandar terkejut selepas melihat Khairul Asyraf berada di tepinya.

"Oii... cakap balik next week!?"

"Nak buat surprise pun tak boleh... ke tak suka aku balik awal?"

Seperti kebiasaan, 'aku kau' akan digunakan jika ada orang lain di sekeliling.

"Alaaa, bukan tak boleh. Kalau tahu balik hari ni boleh la sediakan team kompang sekolah gi sambut... haha"

Ketika mereka sedang asyik berbual, Syafiq berjalan masuk ke dalam bilik.

"Eh Khai... bila balik? Dah fully sihat?"

Ketika bertanya, matanya meleret ke arah Daniel Iskandar. Senyuman Daniel Iskandar tidak lekang dari wajahnya, sambil memandang wajah Khairul Asyraf.

"Baru je sampai Syafiq. Barang barang pun belum unpack lagi. And Alhamdulillah dah fully okay. Just bosan la kuarantin"

"Ouhh, ye la. Kalau kat asrama, ada Dann kan...?"

Walaupun Syafiq menuturkan ayat tersebut dalam nada bergurau, nada jealousy tetap dapat dihidu oleh Khairul Asyraf. Daniel Iskandar pula hanya berdiam diri.

"Korang catch up la... taknak ganggu. Bye..."

Anak mata Syafiq sempat meleret ke arah Daniel Iskandar sekali lagi sebelum berlalu pergi. Kali ini, leretan itu berjaya ditangkap oleh Khairul Asyraf.

"Dia okay tak tu...?"

Khairul Asyraf terus bertanya dalam keraguan, sebaik sahaja kelibat Syafiq menghilang.

"Entah la Khai... okay je kot..."

"Anything you wanna tell me?"

"Can we talk about this later? When the time is suitable"

"Okay... I will be waiting... K, aku nak unpack barang jap then nak gi jumpa batchmates yang lain. Rindu pulak kat diorang."

Daniel Iskandar kembali menyambung membaca novel. Tetapi, kepalanya ligat memikirkan jika dia perlu memberitahu apa sebenarnya yang terjadi, termasuklah confession dari Syafiq...

(Bersambung...)

****
Ps:
- As usual la gais, komen la kalau nak aku improve mana mana part, atau ada apa apa idea.
- Lately selalu sendu la hidup single. 🥲🤣

Daniel IskandarWhere stories live. Discover now