Chapter 18

3.8K 114 23
                                    

Ketegangan di antara Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf masih berlarutan. Rakan rakan mereka mula yang agak pelik dengan keadaan ini mengambil kesempatan untuk mencungkil rahsia... mungkin untuk gosip ketika ketiadaan mereka berdua.

Ketika berjalan pulang dari sekolah ke asrama, Khairul Asyraf keseorangan, sehingga lah ada suara yang memanggilnya.

"Khairul Asyraf.... Tunggu jap..."

Khairul Asyraf mencari suara yang memanggil dan ternyata itu adalah Syafiq.

"Khai sorang je? Mana Dann?"

"Tak tahu... takkan boyfriend sendiri pun tak tahu ada kat mana..."

Khairul Asyraf menjawab dengan sinis. Walaupun begitu, Syafiq tidak membalas apa apa melainkan tersenyum.

"Aite... cool boy. Kau busy tak petang ni? Nak cakap sikit dengan kau.."

Kata ganti nama yang digunakan ketika bercakap dengan Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf jauh berbeza. Seperti biasa, Syafiq lebih gemar menggunakan "kau-aku" berbanding menggunakan nama.

"Nak cakap pasal apa?"

"Petang ni la ek aku explain. Jumpa kat block B , level tingkatan 5 eh. Right after asar prayer"

Syafiq terus berjalan meninggalkan Khairul Asyraf tanpa menunggu jawapan balas. Khairul Asyraf pula hanya memerhatikan Syafiq berjalan pergi. Fikirannya berkira kira jika dia patut pergi berjumpa dengan Syafiq seperti diminta.

***

Disebabkan sekarang adalah bulan puasa, pihak sekolah mengambil keputusan untuk membatalksn aktiviti kurikulum yang diadakan pada setiap hari Rabu. Warden asrama pula memberikan kelonggaran kepada pelajar asrama jika mereka tidak turun waktu prep petang. Sudah tentu kebanyakkan pelajar memilih untuk melepak atau tidur.

Daniel Iskandar pada asalnya ingin menikmati kelonggaran itu untuk melelapkan mata. Namun, menyedari Khairul Asyraf tiada di bilik, dia mengambil keputusan untuk mencarinya. Ada perkara yang perlu diselesaikan!

Syafiq yang melihat Daniel Iskandar mencapai bag-pack nya mengambil keputusan untuk menegur.

"Dann... nak pergi mana tu?"

"Nak gi study jap..."

"Sorang sorang je ke..."

"Ye la... sorang. Kenapa Syafiq"

Daniel Iskandar terpaksa menipu bagi mengelakkan Syafiq tahu yang dia sebenarnya ingin mencari Khairul Asyraf.

Syafiq yang merasakan Daniel Iskandar tidak berterus terang, mencari jalan untuk menghabiskan masa bersama sama. Dia merasakan Daniel Iskandar sebenarnya ingin ke tempat lain dan bukan untuk mengulangkaji pelajaran.

"Jom teman Syafiq kat bilik majalah. Ada kerja sikit nak kena siapkan. Dann boleh study dalam bilik ada aircond"

"Takpe la... Dann taknak ganggu Syafiq. Dann study sorang sorang je la"

Tanpa menghiraukan Daniel Iskandar, Syafiq terus menarik tangan Daniel Iskandar untuk mengikutinya. Daniel Iskandar pula walaupun tidak bersetuju, terpaksa akur bagi mengelakkan penipuannya terdedah.

Bilik majalah adalah bilik yang dikhaskan untuk pelajar dan guru yang terlibat dengan penghasilan majalah tahunan sekolah. Kedudukan bilik ini pula di tingkat 3 block B, selang satu tingkat dari tempat pertemuannya dengan Khairul Asyraf petang ini.

Syafiq yang merupakan ketua editor majalah mengambil diberikan kepercayaan untuk menyimpan kunci bilik. Di dalamnya ada dua buah PC dan dua buah laptop bagi kegunaan pasukan majalah sekolah.

Daniel IskandarTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon