Bab 28

12.6K 341 0
                                    

Saffiya yang menunggu Aryan di hadapan laluan ke tandas itu sedang membelek pakaian bayi yang baru dibeli oleh mereka

Tiba2 dia diasapa oleh seseorang yang membuatkan dia bergetar ketakutan

"Shiffa, buat apa dekat sini sorang2?" Tanya Daniel yang baru berdiri dihadapan Saffiya

"Erk...Shiffa tunggu suami Shiffa dia pergi tandas" kata Saffiya sambil berdoa dalam hati agar Aryan segera datang

Doanya itu termakbul apabila Aryan datang dan memeluk pinggang Saffiya

"Sayang, jom sorry abang lambat sikit tandas penuh" kata Aryan sambil pura2 buat tidak nampak Daniel di situ

"Tak apa"balas Saffiya dengan lega setelah Aryan berdiri di sisinya

"Eh, Daniel kan?" Tanya Aryan sambil pura terkejut dengan kehadiran Daniel

"Ye"balas Daniel dengan wajah cemberut geram apabila kekasih hatinya suatu ketika dahulu kini sedang dipeluk oleh lelaki lain

"Kami minta diri dulu ye sebab ada banyak lagi barang anak nak kena beli maklumlah due date dah dekat"kata Aryan sengaja mahu menghangatkan lelaki itu

"Sure"balas Daniel dan berlalu pergi dari mereka dengan hati yang geram

'Kau tunggu lah nanti Saffiya akan jadi milik aku semula, sekarang ni aku bagi kau masa untuk rasa kebahagian sementara kau ni' bisik hati Daniel

"Sayang okay, dia ada pegang sayang ke?"tanya Aryan dengan cemas setelah Daniel berlalu pergi

"Tak nasib abang datang awal" kata Saffiya

Dia masih merasakan jantungnya berdegup laju kerana ketakutan dan panik saat Daniel menegurnya tadi dia takut dengan lelaki itu setelah mendengar cerita Irdina kemarin

"Dah, jom kita sambung shopping barang baby jangan biarkan kehadiran jantan tu rosakkan date kita" kata Aryan sambil mengetatkan lagi pelukan di pinggang Saffiya

Saffiya tersenyum gembira mendengar kata2 Aryan dia berasa selamat selagi Aryan berada di sisinya

Habis semua kedai barang keperluan bayi Aryan tarik Saffiya masuk, dia yang terlebih excited membeli barang anak pertama mereka berbanding Saffiya

Sampaikan barang mainan untuk kanak2 berumur 3 tahun ke atas juga mahu dibelinya, membebel juga Saffiya kerana lenguh kaki menurut langkah Aryan yang asyik sibuk membeli barang baby

Tanpa mereka sedar Daniel masih mengikuti mereka dari jauh dengan tangan yang dikepal kuat menahan rasa sakit di hati melihat kebahagian pasangan itu

Dia masih menyesal meninggalkan Saffiya dahulu dia tidak mahu gadis itu menjadi milik lelaki lain, dia bertekad selepas Saffiya bersalin dia akan mengambil semula Saffiya dari Aryan dan dia mahu Saffiya menjadi isterinya sama seperti mana hubungan mereka yang terputus di setengah jalan ketika bergelar tunangan

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now