Bab 3

18.2K 525 5
                                    

Aryan Khairiel

Sudah naik lenguh kaki aku menuruti langkah kaki si wanita mata duitan ini , kalau sampai di pusat beli belah saja tidak sah kalau tidak membeli belah bukannya dia tidak ada semua perkakas yang dia beli itu sudah penuh rasanya bilik tidurnya dengan beg tangan dan baju2 berjenama

Tapi aku ikutkan juga kemahuannya kerana selepas ini giliran dia pula ikut kemahuan aku yang pastinya satu itu apalagi kalau bukan untuk penuhi nafsu aku

"Baby...i nak beli kasut ni boleh?" Wanita itu sudah menempel ke tubuh ku seakan memujuk

"Mestilah baby, ambil aje apa yang you berkenan okay i nak hisap rokok kejap dekat luar" aku berikan kad kredit aku ke tangannya

Senyuman sudah terukir mekar di wajah yang penuh dengan make up tebal itu

"Okay , nanti dah habis i keluar okay" wanita itu segera berlari ke kedai kasut yang ditunjukkan tadi

Aku pula sudah berlalu keluar dari pusat beli belah itu, rimas rasanya berlama lamaan di situ

Di fikiran aku sebenarnya sudah berserabut mengimbas semula detik perkenalan aku dengan seorang gadis yang begitu menawan dan cantik

Tidak pernah seumur hidup aku berjumpa dengan gadis yang mampu menggoncang naluri aku dengan begitu hebat sekali

Ya , dia Saffiya Ashiffa gadis yang istimewa dengan mata hijaunya dan dia juga anak kepada rakan baik papa aku

Sedang aku mengelamun mengingati wajah putih berseri gadis itu tiba2 aku ternampak si dia di sebuah restoran yang terletak betul2 di hadapan pusat beli belah ini

Si dia sedang tersenyum suka sambil makan aiskrim persis seorang anak kecil yang gembira mendapat aiskrim

Betapa kuatnya aura gadis itu sehingga membuatkan aku yang berdiri jauh juga mampu tersenyum melihat telatahnya

Tanpa sedar aku tersenyum senang melihat wajah itu gembira berbual sesuatu bersama rakannya sambil tangan sibuk memasukkan suapan aiskrim

"Baby, jom i dah sudah shopping" tiba2 wanita ini datang memeluk tangan aku sehingga mematikan senyuman di bibir aku

Dengan malas aku bawanya ke kawasan meletak kereta dan meletakkan barang2 yang dia beli ke dalam bonet kereta

Ketika aku sedang menutup bonet aku terpandang semula ke arah restoran tadi aku ternampak seorang lelaki sedang menggatal dengan si dia

Mendidih pula hati aku melihat kemesraan mereka entah mengapa aku tidak suka bila si dia tersenyum sambil merenung lelaki lain

Kerana semua itu aku rasakan hanya layak untuk aku tapi aku tahu aku bukan sesiapa dengan dia

Dengan perasaan marah aku berlalu masuk ke dalam kereta dan memandu terus ke rumah aku

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now