Bab 5

17.8K 445 16
                                    

Aryan Khairiel memandang pelik ke arah mama dan papa nya yang dari tadi kelam kabut bersiap

"Eh , mama dengan papa nak ke mana ni laju2?" Tanya Aryan yang baring di sofa ruang tamu dengan tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek rumahnya saja

"Nak pergi rumah kawan mama kejap ada majlis" kata Datin Khalisa

"Yelah tapi kenapa kelam kabut ni?" Tanya Aryan

"Tengoklah papa tu dari tadi mama tanya nak pakai baju apa tak nak beritahu hah sekarang bising pula tanya mama mana baju melayu kegemaran dia tu" bebel Datin Khalisa

"Ala mama ni perlahan lahan lah tak kemana pun majlis kawan mama tu"kata Aryan dengan mata ralit menonton TV

"Mestilah semua orang dah sampai kat sana tinggal mama dengan papa aje"kata Datin Khalisa

"Hah, jomlah apalagi berbual awak ni jom kita dah lewat ni" bebel Dato Zafran pula sambil berjalan laju ke keluar rumah

"Eh2, kot iya pon butangkan lah dulu baju melayu awak tu nak kesana dengan butang terbuka tu dah kenapa?" Perli Datin Khalisa sambil menghampiri Dato Zafran dan membutangkan baju melayu suaminya

"Lupa pula saya, kelam kabut sangat tadi"kata Dato Zafran

Aryan yang berada di ruang tamu sudah tergeleng sambil ketawa dengan gelagat orang tuanya

Setelah mama dan papa nya keluar Aryan menutup TV dan naik ke tingkat atas

"Baik sambung tidur aje siang2 macam ni" kata Aryan sendiri dan baring di atas katil sambil mencapai telefon pintarnya

Tengah sibuk melayan instagram Aryan terperasan akan akaun instagram milik Saffiya

Terus duduk tegak Aryan di atas katil sambil senyum suka, tangan sudah laju menekan akaun itu

Nasib saja akaun itu tidak private boleh juga Aryan 'stalk' gadis itu

"Comelnya mata dia, cantik aje tersenyum macam ni" puji Aryan

Mulut Aryan sudah tersengih melihat semua gambar2 milik Saffiya yang kelihatan cantik dan comel setiap posing gambarnya

'Dah berpunya ke dia ni? Untung betul siapa dapat memiliki dia' kata hati Aryan

Aryan sudah resah memikirkan bahawa gadis itu pasti saja sudah berpunya

Tiba2 dia terperasan satu gambar yang baru dimuat naik Saffiya dengan 'caption'

'Hari yang ditunggu tunggu oleh setiap gadis akhirnya dapat aku rasakan, hari di mana aku diikat untuk menjadi milik si dia'

Hati Aryan sudah tergolek golek di dalam bilik itu tidak menyangka apa yang di fikirkan tadi menjadi kenyataan setelah melihat gambar tersebut

Si dia sedang tersenyum manis dalam persalinan baju kurungnya, Saffiya kelihatan begitu ayu sekali

'Apa yang kau rasa ni Aryan, come on lah perempuan semua sama aje mata duitan tak ada makna cinta2 ni semua' bisik hati Aryan

Dengan perasaan sebal Aryan melempar telefon pintarnya ke sebelah dan dia terus menutup mata mengharap dengan tidur nanti dia dapat lupakan gadis itu

Dengan perasaan sebal Aryan melempar telefon pintarnya ke sebelah dan dia terus menutup mata mengharap dengan tidur nanti dia dapat lupakan gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Abaikan muka Ain tu ye)

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now