Bab 20

15.6K 395 0
                                    

Saffiya yang sedang membasuh pinggan mangkuk di singki dapur itu dipeluk dari belakang

"Kan abang dah pesan jangan buat kerja berat2 lagi, biar mak enah yang buat semua ni sayang duduk dekat ruang tamu tu dengan abang lebih baik" kata Aryan

Dia kini sudah berubah 360 darjah, tidak lagi seperti Aryan Khairil yang dulu dia kini jauh lebih romantik dan tidak lokek menunjukkan kasih sayangnya pada Saffiya

"Fiya tahu, lagipun kerja ni tak berat lah mak enah tengah kemas meja tu kesian dia semua kerja dia nak buat" kata Saffiya

"Dah yang lebih ni tinggal aje sekarang sayang teman abang naik atas abang nak berbual dengan anak kita" tangan Saffiya yang bersabun tadi dibilas lalu tubuh wanita itu dicempung naik ke bilik mereka

"Abang ni malu lah sikit sekarang kita dah berdua lagi dalam rumah ni, tu kalau mak enah nampak malu aje"bebel Saffiya yang malu dengan tindakan Aryan

"Mak enah faham punya kalau dia nampak pun"kata Aryan dan tubuh Saffiya diletakkan perlahan di katil

"Abang dah dua hari tak masuk pejabat tak apa ke, papa tak marah ke?" Tanya Saffiya

"Tak, lagipun papa yang suruh abang ambil cuti dan jaga sayang dekat rumah buat sementara waktu ni" kata Aryan

"Sayang dah okay lah, baby pun okay esok abang dah boleh masuk pejabat dah" kata Saffiya sambil mengusap tangan Aryan yang berada di perutnya

"Tak nak esok lagi sehari aje abang cuti, lusa abang masuk pejabat" Aryan berkeras tidak mahu kembali ke pejabat lagi

"Yelah, tapi esok sayang nak makan aiskrim boleh?" Tanya Saffiya sambil buat suara manja2

"Nak makan aiskrim tu boleh tapi suara tu kenapa sengaja nak goda abang ke macam mana?" Usik Aryan

"Yelah nak pujuk abang kenalah buat suara manja2 nanti abang tak nak bawa sayang makan aiskrim pula, kesian baby dah lama teringin nak makan aiskrim" kata Saffiya sambil mengusap perutnya

"Kesian baby mama asyik gunakan dia aje" perli Aryan sambil mengusap perlahan perut isterinya

Terburai tawa Saffiya dengan kata2 suaminya itu

"Abang ni jahat lah, betul apa baby kata dia nak makan aiskrim" Saffiya menepuk lembut tangan suaminya

"Baby apa pun tak tahu lagi, mama aje yang selalu guna2 nama dia untuk pujuk papa"kata Aryan sambil ketawa

Tubuh Aryan dipeluk erat oleh Saffiya sambil menggesel kan kepalanya di dada Aryan

"Fiya dah lama nak manja2 dengan abang macam ni tapi tu lah abang asyik jual mahal aje" ungkit Saffiya

"Bila pula abang jual mahal, setiap kali sayang tarik mesti abang ikut punya" usik Aryan sambil usap kepala Saffiya

"Tu pun Fiya aje yang selalu nak kena goda abang, penat tau" Saffiya sengaja mahu mengadu dengan suaminya itu

"Ye ke , kalau macam tu biar abang pula yang goda sayang" lampu di meja sebelah katil itu ditutup dengan sebelah tangan sebelum dia mencium perlahan bibir Saffiya

Kali ini biar dia tunjukkan pada Saffiya dia juga turut sama mencintai wanita itu dan dia juga sudah lama sayang akan wanita itu.

Milik Aryan Khairiel☑Where stories live. Discover now