♧ Chapter 8

626 58 0
                                    

Bang !

Bunyi pintu besar bilik ketua mafia itu dihempas. Terkejut memang terkejut tetapi imej tegas tetap dijaga oleh Bang Shin Hyuk.

           "Kau pernah belajar tak konsep adab ketuk pintu sebelum masuk bilik orang ?" soalan dituju kepada lelaki yang menghempas pintu tadi.

           "Ouh. Lupa. Tak penting pun" jawab Kim Taehyung merangkap lelaki kurang adab itu.

          "Jangan biadap melampau , silap hari aku bunuh kau. Tak payah buang masa aku , bagitau apa kau nak" balas ketua mafia itu , kini menutup segala dokumen yang diperiksa oleh nya sebentar tadi.

Lantas Taehyung melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk berhadapan ketuanya itu.

          "Aku dengar .. ada perempuan kau nak aku bunuh. Malang , aku takde mood membunuh so aku terpaksa tolak. Tu je aku nak cakap" terus pemuda itu bangkit daripada kerusi yang diduduki-nya itu.

Tidak sempat Taehyung tiba di pintu , suatu suara menghentikan dirinya.

           "Takde mood ke tak mampu ?" selamba dibalas Shin Hyuk.

Terus naik bara Kim Taehyung mendengar kata-kata itu.

         "Aku dah kata jangan jejak aku kan ? Susah sangat ke untuk tak masuk campur urusan aku ?" dipaling mukanya untuk bersemuka dengan ketua mafia yang kekal duduk di mejanya.

          "Lepas kau buat kecoh dekat bar dulu kau fikir aku boleh biar kau buat hal sendiri senang-senang ?" balas Shin Hyuk sambil senyumannya ditarik ketepi tanda sinis diiringi dengan ketawa kecil. Seronok melihat Taehyung marah begini.  Jarang sekali untuk dilihat.

Bang !

Kali ini , tangan Taehyung pula dihempas di atas mejanya.

          "APA YANG KAU TAHU ?" merah muka Taehyung itu menahan marah.

         "Banyak. Macam .. yang kau sebenarnya rapat dengan perempuan yang curi duit aku ? Ataupun ... yang kau suka perempuan yang tembak wine kau dekat bar tempoh hari ? Nak aku nyatakan lagi maklumat yang aku dapat ?" bibir ketua mafia itu membentuk sebuah senyuman sinis.

Terus ditarik kasar baju Shin Hyuk oleh Taehyung sehingga membuatkan dirinya sedikit dicekik dan berdiri. Pembantu ketua mafia merangkap salah seorang rakan Taehyung terus mengeluarkan pistol miliknya lalu di-acu ke arah pemuda berambut perak itu.

          "Taehyung , lepas. Aku taknak tembak kau" ujar Mingyu yang berada disitu juga..

Tangan Shin Hyuk diangkat tanda menyuruh Mingyu menurunkan senjatanya. Tangan yang sama dibawa ke pegangan kasar Taehyung lalu ditarik tangan pemuda itu untuk melepaskan kemejanya.

          "Aku tahu kau tak jauh kaya dari aku tapi kemeja aku jangan buat main. Tempahan khas bukan sekejap nak tunggu" terus dikebas-kebas bajunya seperti tangan Taehyung itu jijik sekali.

Bara Taehyung ditahan , tangan digenggam cukup kemas sehingga dibentukkan urat di lengannya.

         "Aku tak kisah. Aku takkan bunuh dia. Kau uruskan sendiri.. itupun kalau kau mampu jejak mayat aku dahulu" ucap Taehyung.

          "Kalau kau dikeluarkan dari mafia jangan cakap aku tak bagi amaran. Tugas mudah kau boleh tolak , nanti kalau ada tugasan lagi susah apa kau nak buat ?"

           "Ni la tugasan paling susah pernah kau bagi" bisik Taehyung pada diri sendiri.

          "Kalau kau diluar mafia , aku tak mampu nak bantu tutup semua kes kau buat. Kau keluar jadinya kau bukan anak buah aku , kalau kau nak masuk penjara , silakan" ugut Shin Hyuk.

Psychopath || KTH  ✔Where stories live. Discover now