♧ Chapter 5

758 70 2
                                    

          Tenang Taehyung berjalan , tidak terlintas harinya akan diganggu oleh tugasan.

Teng !! Teng !! Teng !!

Telefon bimbitnya yang berdering itu lantas dikeluarkan dari poket seluar.

          "Hah , kenapa ?" Kim Taehyung berkata lalu tangan kirinya menolak pintu kedai runcit dihadapannya.

          "Kita ada mission baru." balas Yoongi melalui telefon. Tangan Taehyung yang sedang membelek mi segera di atas rak makanan terus terhenti.

           "Alah kau , takkan sekarang ? Aku baru nak beli makan sekarang. Kacau line ahh" jawab Taehyung dalam nada bebal.

            "Macamlah aku yang decide nak bagi mission waktu bila. Rileks ahh.. kau datang sini lagi setengah jam !" terkejut Taehyung mendengar kata-kata itu. 

Senang-senang je orang disana suruh rileks. Lantas dibawa dirinya ke rak yang menempatkan makanan segera dipanaskan pula.

          "Relax kepala otak kau ! Setengah jam sial ! Habis tak jadi makan malam aku" Balas pemuda yang kini memutuskan untuk mengambil onigiri , sosej dan minuman sejuk sahaja. Terus dirinya berjalan ke kaunter untuk membayar.

          "Lah kau makan benda berat buat apa , lapik perut dah ah nanti balik makan ramyeon ! Dah ah jumpa nanti" balas Yoongi.

          "Ah blah ah kau , aku nak makan" lalu segera tangannya mengakhiri panggilan tersebut. Selepas membayar , terus Taehyung memasuki kedalam perut keretanya. Sambil dia memandu , sambil itu dia mengunyah makanan yang dibeli tadi. 

Maklumlah tak tertahan lagi perutnya yang lapar itu.

          "Hah sampai pun ! Ketua , yang terhormat Kim Taehyung akhirnya sampai" suara Yoongi berkumandang sebaik sahaja kaki Taehyung melangkah masuk ke bilik perjumpaan mereka. Agak perli.

          "Kim Taehyung kali ke-"

          "Aipp , ada seminit lagi sebelum waktu perjumpaan patut mula. Aku tak lewat" terus memotong ayat ketua mafia itu sambil lidah menjulur ke luar mulut. Macam budak-budak cara dia menggejek. Bara amarah ditahan diri , tidak berlengah lagi Bang Shin Hyuk terus memulakan ucapan.

         "Lelaki , bernama Kim Tae Hee . Ketinggiannya lebih kurang 178 cm . Berat antara 57 ke 59 kg. Warna rambut blonde. Alamat , tingkat 6 , no 32 , apartmen Sky Clo**.

           "Dah reti pakai duit aku tak reti nak bayar balik. Aku bagi amaran tiga kali tapi tak bayar-bayar lagi tu pun sempar pindah merata. Bodoh dia ni , fikir aku tak boleh jejak. Mintak duit tu dulu kalau dia tak bayar jugak ajar apa yang patut"

Selesai sahaja Bang Shin Hyuk memberi penerangan terus serentak empat orang mafia itu mengangguk. 

          "Eh tapi Taehyung , kalau kau terbunuh dia kau jangan tinggal jejak. Mampos aku yang kena urus semua benda nanti. Pandai-pandai lah kau cari tempat campak mayat dia" peringatan ketua itu diberikan kepada Taehyung.

Sungguh , lelaki itu perlu diberi amaran. Jarang sekali dirinya hanya menumbuk target. Selalu sahaja alasan diberi adalah dia terbunuh mangsa sehingga hancur. Memang nahas kalau dia yang bertugas di dalam sesuatu misi.

Rakan yang bertugas dengannya pun sudah siapkan diri untuk melihat pertumpahan darah paling epik.

           "Satu ja , kau nak aku buat atau tak nak ? Sama ada dia mati atau mereka pergi bertiga ?" tanya Taehyung.

Menggeluh ketuanya mendengar soalan itu . Apalah yang dia harapkan , kalau Kim Taehyung dalam misi pasti saja target akan mati. 

          "Pergi ja lah kau" Senyuman diukir di bibir pemuda berambut perak itu . Sudah lama dirinya tidak diberi apa-apa misi. 

Psychopath || KTH  ✔Where stories live. Discover now