♧ Chapter 4

763 78 2
                                    

Topi yang berada di atas kepalanya ditanggalkan. Sungguh terik sekali cuaca hari ini. Berpeluh dibahagian lehernya.

Getah rambut di letakkan dipergelangan tangannya dan Chanrie mengikat rambutnya yang panjang itu menjadi sanggul. Sekali pandang seperti orang baru lepas pantang pun ye jugak.

          "Cepatlah angkat kotak tu , aku panas ni bodoh" , tengking Chanrie kepada anak buahnya , Hoseok.

          "Sabarlah sayang" , balas salah seorang daripada mereka itu , Seok Jin namanya.

Lantas kaki Chanrie menyepak alat kemaluan Seok Jin. Sungguh laju tindakannya.

           "Kan aku dah cakap , jangan main-main dengan aku masa aku tengah bara" , terus Chanrie berlalu pergi ke bahagian belakang bangunan untuk menyemak barang-barang yang diterima tadi.

Berteriak lelaki tersebut ditendang. Perit. Bukan boleh buat main dengan bossnya. Memang perempuan tapi kasar.

          "Darn it"

          "Chanrie !! Chanrie !! Chanrie !!" , tengah dia sibuk menyemak barang-barang yang dihantar daripada lori perabot tadi , ada pula orang yang terjerit-jerit memanggil namanya.

Chanrie abaikan saja panggilan tersebut. Malas mahu peduli semua itu.

          "Chanrie !!" , panggilan kedua , tinngia nada suara itu.

          "KAU JERIT NAMA AKU SEKALI LAGI AKU LEMPANG KAU KARANG"

          "Ade orang datang cari kau Chanrieeeeee" arghhh stress.

Terpaksa Chanrie mengalah dan pergi kehadapan untuk melihat siapa.

          "Sape ?" , soal Chanrie kepada pekerjanya.

          "Tuuu" , jari ditunjukkan ke arah sebuah kereta Audi milik seseorang.

         "Habistu sekarang ni aku kena pergi dekat dia ke ?" , soal Chanrie.

          "Haah , dia cakap , dia tunggu dalam kereta" , jawab pekerja Chanrie.

          "Lemak betul , biadap" tanpa membuang masa , Chanrie pergi ke arah kereta tersebut dan mengetuk cermin kereta.

Tingkap dibuka.

          "Masuk kereta aku sekarang" , Taehyung tidak memandang wajah Chanrie walau sedikit pun.

          "Huh ? Kau nak suruh aku masuk kereta kau ? Entah kenal.. erk pandang muka aku pun tidak" , balas Chanrie. Kini Taehyung memakai kaca mata berwarna hitam dan memandang saja ke hadapan. Tidak menoleh ke arah Chanrie walau sedikit.

          "Masuk atau nak aku dukung ?" paksa Taehyung dengan nada selambanya saja.

Chanrie mengeluh kuat. Dah la panas , malas tengking , biar masuk dalam kereta mamat ni. Kena juga air-cond , dari aku cangak je sini.

Chanrie terus memasuki ke dalam kereta.

          "Huh legaaa , sejuk badan aku" ujar Chanrie sambil menyandarkan badannya. Silap silap kelopak matanya juga terlelap nanti.

          "Ehhhhh kauuu jangan nak berangan sangat" , Taehyung menanggalkan kaca matanya yang berwarna hitam itu.

          "Dah kau suruh masuk , apa salah aku" Chanrie memandang Taehyung.

Bagai nafasnya terhenti seketika. Tae-taehyung ? Lelaki di bar kelmarin hari ?

          "Kenapa ? Teruja ? Seronok ?" , sinis nada Taehyung.

Psychopath || KTH  ✔Where stories live. Discover now