Bab 2

161 6 0
                                    

Tatkala Ameer memasuki ruang dapur kelihatan isterinya sedang duduk membelakanginya. Dia yang menginap di hotel berhampiran dengan rumah mereka terlebih dahulu menghantar mesej menyatakan yang mereka perlu berbincang dengan rasional. Safiyyah menyatakan kesediaannya lalu dia kembali ke rumah mereka.

"Fiya." Perlahan Ameer memanggilnya. Safiyyah hanya menjawab pendek, "Mm."

Perlahan Ameer mendekati Safiyyah dan perlahan mengucup ubun - ubun isterinya dari belakang. Sudah kebiasaan dia akan mengucup isterinya paling - paling pun sehari sekali. Kelihatan isterinya membiarkan kucupan itu membuatkan Ameer menghela nafas lega lalu mengambil tempat duduk di hadapan isterinya.

"Teh?" Soal Safiyyah.

"Ermm, boleh jugak." Balas Ameer sambil melihat ke arah teko yang berwarna putih dan berbunga rose ala English di hadapannya. Di sebelah teko itu kelihatan seperti sepiring cucur tepung. Sarapan yang paling ringkas dan paling digemarinya. Agaknya Safiyyah telah memaafkannya.

"Mug kat belakang." Balas Safiyyah selamba sambil menunjuk ke arah belakang Ameer.

Ameer hanya tersenyum kelat kerana kebiasaannya Safiyyah yang akan menyediakan untuknya. Dia perlahan bangun dan mengambil mug lalu kembali ke tempat duduk. Ameer menuang sendiri air teh panas dari teko sambil melihat sekitar dapur. Terasa sunyi, hanya kedengaran bunyi air mengalir dari teko ke mugnya.

"Mana Aza & Azim?" Soal Ameer setelah menghirup teh itu, tawar tapi dia terus saja minum.

"Ada kat umah abang Zharif. Hari inikan birthday dia dengan anak dia." Jawab Safiyyah lagi sambil meletakkan mugnya ke meja. Ameer menganggukkan kepala baru teringat sedangkan dua hari lepas mereka bersama memilih hadiah untuk abang ipar dan anaknya.

"Apa yang Ameer nak bincangkan?" Soal Safiyyah lagi mendatar suaranya.

Ameer mengambil cucur tepung yang ada di depannya sambil berkata, "Fiya, Tolonglah percaya yang Ameer masih sayangkan Fiya tapi..."

Safiyyah pantas mengalih pandang dari tepi meja terus ke mata Ameer yang perlahan menyambung, "Ameer tak boleh juga biarkan Trisya macam tu jer. Lambat laun Ameer kena juga nikah dengan dia, Ameer tau ini semua salah Ameer. I lost control and i'm not proud of it but it's already too far and too deep."

Masamnya!, kata hati Ameer sambil meletakkan lebihan cucurnya ke tepi mug dan cuba habiskan apa yang sudah di dalam mulutnya. Safiyyah, Safiyyah. Sengaja ke apa ni?

"Sejak bila Ameer dengan Batrisya?"

Perlahan Ameer membalas,"Tahun lepas."

"Sebelum your company's family day atau selepas?," Soal Safiyyah lagi.

"Sebelum..." Balas Ameer perlahan rasa bersalah mula menyelinap ke dalam dirinya.

Safiyyah bersandar pada kerusi sambil menyilang kedua tangannya sambil menggangguk perlahan. Dia mengenali Batrisya tahun lepas melalui Ameer sewaktu syarikat tempat Ameer bekerja mengadakan hari keluarga, di kala itu Batrisya dikenalkan sebagai junior team Ameer. Ameer yang sudah lebih 8 tahun bertugas sebagai salah seorang senior broker hartanah, tahun lalu dinobatkan excellent team leader untuk kali ketiga. Ketika itu Ameer menyatakan dia baru saja digandingkan dengan Batrisya selepas rakan sepasukannya juga berjaya naik sebagai senior broker dan membentuk pasukan baru. Mereka akan membantu junior mendapatkan sijil mereka di samping mudah untuk junior melihat dan belajar bersama senior - senior dan mengikut jejak langkah mereka.

Selama ini Safiyyah menyangkakan Batrisya mengambil atau menghantar suaminya pulang kerana mereka berdua bersama berjumpa klien. Ternyata lebih dari itu. Safiyyah menghembus nafas berat. Mereka saling berbalas pandangan lalu Safiyyah berkata,

Sesat Dalam Rindu [Completed]Where stories live. Discover now