"...Fiya tak paham! Two days ago, you slept with me, Ameer. God knows berapa kali dah you with her. Ya Allah, i can't imagine after, with her, you balik macam takde apa and slept with me. Oh my God, Oh my God! " Wanita itu mula mundar mandir di kiri kanan tempat itu.

Ameer yang mampu mengeluh sambil memandang wajah isterinya yang sedang memaling darinya. Lidahnya kelu untuk berkata, dia tahu itu adalah kesalahannya tetapi dia juga sedang berusaha untuk memperbetulkan kesalahannya itu.

"Fiya tak boleh hadam, Ameer. Fiya tak boleh hadam."

"Sayang, Ameer- "

"Banyak betul kasih sayang Ameer yer sampai boleh dibagi - bagi, jadi kenapa tak bagi kasih sayang tu kat Aza dan Azim? Itu anak - anak Ameer tau yang Ameer kurang bagi perhatian."

Ameer hanya mampu melihat kiri dan kanan tak mampu membalas kerana mereka berdua tahu, dari awal usia pernikahan mereka Ameer pernah memberitahu Safiyyah yang dia tak mahu ada anak. Safiyyah menganggap yang Ameer belum bersedia jadi mereka sentiasa berhati - hati waktu Ameer mengaulinya. Selama dua tahun Ameer merasai nikmat hidup berdua dan mula membina hidup bersama.

Sebagaimana dia menolak pun jika sudah ditetapkan rezeki pastinya tak akan salah alamat. Safiyyah mengandung namun sewaktu kandungannya masuk 4 bulan dia mengalami keguguran. Setahun kemudian, Safiyyah akhirnya mengandung lagi. Walaupun gembira untuk Safiyyah namun ada sedikit ralat di situ kerana dia sememangnya tak begitu sukakan budak - budak kecil. Berbeza dengan Safiyyah yang amat teruja dengan kehamilan kali kedua ini, oleh itu Ameer sedia memberi sokongan dan apa saja yang Safiyyah perlukan dia akan berusaha penuhi.

Ameer tetap setia membawa Safiyyah ke klinik setiap kali temujanji isterinya walaupun Safiyyah melarang. Dia cuba berikan keselesaan kepada Safiyyah jadi dia menempah hospital swasta untuk Safiyyah bersalin. Semakin lama dia sedar dia lakukan ini kerana sayang dan cintanya pada Safiyyah bukan untuk anak yang bakal lahir.

Di awal kehamilan Safiyyah, Ameer biasa - biasa saja sehinggalah trimester ketiga, ketika itu kelihatan Safiyyah mulai mengah dan kakinya mula membengkak. Doktor menyatakan ianya perkara biasa bagi wanita mengandung apatah lagi dia mengandungkan anak kembar!

Ameer mula merasa kasihan dan simpati melihat bentuk badan Safiyyah yang dulunya seksi kini semakin berisi. Safiyyah juga sudah tak lagi selesa bergerak atau tidur malam dan mengalami alahan teruk pada kulitnya membuatkan Ameer berasa takut untuk bersama Safiyyah. Sehingga lahirnya Saif Aza dan Saif Azim barulah Safiyyah kembali cantik dan sihat seperti sebelumnya. Sengaja Ameer carikan bidan yang boleh membantu mengurut dan menjaga Safiyyah sepanjang tempoh berpantang. Ameer juga bersyukur kerana ibu mentuanya turut membantu menjaga Safiyyah dan bayi - bayi mereka yang sungguh kecil itu.

Ameer juga telah cuba sedaya upaya menerima hakikat yang anak kembar itu adalah darah dagingnya. Ameer juga tak mengerti kenapa dia tak menyukai anak - anak kecil bukan setakat anaknya saja, sewaktu adik beradiknya masih kecil pun dia tak menyenangi mereka. Anak - anak jiran mereka pun begitu juga perasaan Ameer, tak suka! Dia ada berjumpa dengan doktor psikiatri dan doktor mengatakan ianya sejenis fobia yang dipanggil pedophobia. Namun ianya masih di peringkat awal kerana berdasarkan apa yang Ameer cerita yang  dia akan mengalami degupan jantung berdetak kencang dan berasa pening atau mual jika melihat atau berdekatan atau mendengar kanak - kanak. Tiada tanda lain seperti panik, berasa cemas atau berpeluh dan juga sesak nafas.

Serik untuk melihat Safiyyah 'sengsara' mengandung dan melahirkan, semenjak itu dia mula belajar mengira tarikh selamat Safiyyah jika mahu mengauli isterinya yang tak mahu mengambil pil perancang atau merancang keluarga. Ameer juga serba salah untuk memberitahu Safiyyah mengenai fobianya ini.

Setelah tiga tahun kemudian dia akhirnya berterus terang pada Safiyyah, itu pun kerana Safiyyah menyatakan hasrat yang dia mahu menambah anak lagi. Isternya itu akhirnya mengerti kenapa Ameer sungguh - sungguh mahu dia mengambil pil perancang. Safiyyah menghormati apa yang berlaku namun dia masih berharap Ameer terus mencuba untuk terima anak kembar mereka dan terbuka untuk memiliki anak lagi.

Kedengaran suara Safiyyah membebel kepadanya, Ameer kembali ke realiti. Ini kali pertama mereka bergaduh besar, Ameer tak tahu bagaimana lagi hendak memujuk isterinya itu lalu dia mengapai kunci keretanya dan berlalu keluar dari situ.

"Ameer!!"

"We talk tomorrow, Sayang. With a clear mind. I love you, Fiya."

Safiyyah hanya mampu terduduk sambil terus menangis. Lelaki yang dicintai, lelaki yang dia kongsi hidup selama 11 tahun. Dia melihat ke arah tapak tangannya yang masih menggeletar dan masih terasa sakit, tak pernah seumur hidupnya menampar seseorang apatah lagi orang yang dicintai. Safiyyah membawa diri ke bilik anak - anaknya yang kebetulan bermalam di rumah abang ngahnya. Dia membaringkan diri sambil terus menangis sehingga tanpa sedar dia terlena dalam tangisan.

***bersambung | end bab 1***

Nota kaki @NTGravity : Salaam... Selamat datang ke novel kedua saya... Harap korang semua sukakan novel kedua ni. 

Kalau ni first time baca novel saya leh gak baca novel pertama saya nanti 3x Benci 4x Cinta yer. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sesat Dalam Rindu [Completed]Where stories live. Discover now