Bab 23

11K 657 15
                                    

Steven duduk di kolam renang dengan kaki yang dimasukkan ke dalam kolam renang itu . Dia asyik dengan iphonenya .

"Bos!" jerit dylan dengan suara serak .

Steven tersentak . Iphone yang dipegangnya hampir terpelanting .

"Hahahhah huk!huk!" dylan terbatuk beberapa kali

"hah tu lah terkejutkan orang lagi "

Dylan tersengih.

"Dah sihat ke ?" soal steven

"Dah" balas dylan dengan suara serak .

"Dah sihat ? Tu suara tu asal macam suara katak je " kata steven sambil ketawa kecil

"bos ni! Suara saya comel ape" balas dylan memuji dirinya sendiri .

"Perasan je lebih" steven mencebik

Dylan ketawa kecil . Dia kemudian mengambil tempat di sebelah steven. Kakinya dimasukkan ke dalam air namun ditarik semula .

"Sejuk!" dylan menjerit kecil

Steven hanya mengeleng melihat perangai dylan . Dylan kemudian duduk bersila di sebelah steven .

"Bos tak kerja ?" soal dylan

"tak , malas" ujar steven

"macam mana nak maju syarikat bos tu kalau tak pergi kerja ? Hmm , bos ,bos" dylan mengelengkan kepalanya

"walter kan ada" balas steven

"Ye lah tuuuuu" kata dylan dengan suara meleret

Suasaan menjadi sepi seketika . Dylan bermain air dengan tangannya

"err bos" panggil dylan

"Hmm?" steven memandang ke arah dylan

"Boleh tak kalau saya nak balik kampung?" soal dylan

Steven mengerut dahi .

"Bila kau nak balik kampung ?"

"Esok , boleh kan bos ?" dylan membuat muka simpati

"kau naik ape?"

"Motor leh bos"

"kau kan masih sakit , dah lah aku hantar kau balik kampung je" kata steven

Dylan mengeleng .

"Tak yah lah bos , " ujar dylan

"Aku hantar atau kau tak payah balik kampung " steven memandang ke arah dylan dengan muka serius

"Okay lah ," dylan mengalah .

"Good girl!" steven memgusap kepala dylan . Baru dia sedar , dylan tak memakai topi .

"Topi kau mana ?"

"Kat bilik" balas dylan

Steven mengangguk .

"Dah lah bos , saya nak masuk , nak masak " dylan berdiri

"Kau larat ke masak ?"

Dylan mengangguk lalu segera berlalu meninggalkan steven di kolam renang itu .

***

"wei walter , esok aku balik kampung tau" steven mengambil tempat duduk di sebelah walter yang sibuk dengan keropoknya drngan mata yang terarah pada televisyen.

"Kampung ? Kau mana ade kampung wei" balas walter dengan kerutan di dahi

"Kampung Gabriella leh" balas steven selamba

"What ?! Kampung Dylan?" walter memandang steven dengan muka tak percaya

Steven mengangguk .

"Buat ape ?" soal walter sambil menyuakan keropok ke dalam mulutnya .

"Teman dia balik kampung leh"

"pftt kau sakit ke ape ?" walter ketawa kecil

"Tak lah bangang! Salah ke aku teman kan Gabriella balik kampung?" soal steven

"tak lah , so aku tinggal kat sini sorang-sorang lah ni?" walter membuat muka sedih. Over.

"Daniel kan ada , " balas steven selamba

Walter mencebik . Tidak lama kemudian , dylan datang bersama dulang yang diletakkan dua cawan coffee.

"Bos" dylan meletakkan dua cawan itu di hadapan steven dan walter . Dia kemudian duduk di sebelah steven .

"Jauh ke kampung kau ?" soal steven

"tak lah jauh sangat , kalau gerak pagi tengah hari sampai" balas dylan dengan suara yang masih serak

Steven mengangguk .

"Kau masih sakit ke ?" soal walter

"Sakit sikit je lagi" balas dylan sambil mengukir senyum

Walter mengangguk.

"Kampung kau ade ape ?"soal steven lagi

"Ade batu , ade tanah , awan , langit , pokok, daun , rum..."
Belum sempat dylan menghabiskan kata-katanya , steven mengetuk kepalanya .

Dylan mengusap kepalanya . Tak habis-habis nak mengetuk , potong kang tangan tu .

"aku bukan tanya tentang batu, tanah segala kat kampung kau tu. Ingat kampung kau tu kat planet lain ke?"

"Eh tak lah bos , kampung saya bukan kat planet lain. Masih kat bumi lagi bos . Kan saya dah kata kampung saya tak jauh, maknanya, kampung saya bukan kat planet lain yang beribu-ribu batu jauh tu" balas dylan panjang lebar

"Kau ni kan tak sah kalau tak menjawab eh!" steven mencebik

"Saya kan ade mulut" balas dylan selamba

Walter ketawa kecil.

"Hah menjawab, menjawab , jahit kang mulut tu"

"Mulut mane boleh jahit bos" balas dylan lagi

"Menjawab lagi! Nak kena jahit ke ape ?" steven memandang ke arah dylan dengan geram

Dylan pantas mengeleng.

"tahu takut. kau dah kemas belum barang-barang kau ?"

"Bos nak halau saya keluar ke ?" soal dylan dengan muka sedih . Pura-pura sedih je.

"Kau nak balik kampung ke tak?"

"Nak!" balas dylan

"So , kau kemas barang-barang kau , now." arah steven

Dylan mengangguk lalu segera beredar menuju ke biliknya.

"Wei bro!" walter menepuk bahu steven

"Aku rasa kan , kau memang sesuai dengan dylan lah , dua-dua tak reti nak diam, asal berjumpa je mesti nak perang mulut"

Steven mencebik.

"mengarut je lah . Dah lah aku nak naik atas " steven segera berdiri

Walter hanya memandang steven yang melangkah beredar meninggalkannya berseorangan di ruang tamu itu . Dia menerus aktivitinya menikmati keropoknya .





Done bab 23!
Vote and comment ya!♥

My Boss MafiaWhere stories live. Discover now