Bab 22

11K 661 19
                                    

Steven menuju ke dapur dengan rambut yang serabai . Hmm , biasa lah tak kerja . Sampai di meja makan , kelihatan walter berada di sana sambil mengetuk meja mengunakan jari jemarinya .

"Breakfast mana ?" soal steven

Walter mengangkat bahu .

"Gabriella ?" soal Steven lagi

Walter mengangkat bahu .

"Tadi aku panggil tapi tak menyahut pun " ujar walter

Steven mengerut dahi . Dia segera melangkah menuju ke bilik dylan . Bilik dylan diketuk berkali-kali .

"Gabriella!" jerit steven dari luar bilik dylan

"Gabriella Dylan !" jerit steven lagi

Steven memulas tombol pintu bilik dylan . Sebaik sahaja pintu bilik dylan terbuka , dia terpaku melihat dylan terbaring di atas katil dengan selimut sehingga paras bahu . Rambut paras bahunya terhurai begitu saja , cantik.

Perlahan-lahan steven mendekati dylan .

"Gabriella "

Dylan membuka matanya perlahan-lahan . Mata kuyupnya memandang ke arah bosnya .

"So...sorry...bos" ujar dylan

"Kau dah kenape ?"

Dylan hanya berdiam diri . Steven memandang ke arah wajah dylan yang agak keliahtan kemerah-merahan itu . Dia kemudian meletakkan telapak tangannya di atas dahi dylan . Panas !

"Wei kau demam ni , macam mana kau boleh demam ni ? Takkan sebab nampak ex kau je kot" ujar steven

'kau tak faham bos !' dylan bermonolog dalam hati

"Kau nak aku bawa pergi hospital tak ?"

Dylan mengeleng .

"Kau tunggu sini , aku ambil ubat ."

Dylan mengangguk . Steven segera keluar dari bilik .

"Dylan mana ?" soal walter

"sakit" Ujar steven

Walter mengerut dahi .

"Kau pergi beli breakfast lah , beli bubur sekali"

Walter mengangguk  lalu beredar keluar . Steven mengambil ubat dan segelas air lalu dibawa ke bilik dylan .

"Bangun" arah steven

Dylan bangun dengan rambut yang tidak terurus lalu menyandar pada katilnya . Steven menyelitkan rambut dylan pada telinga dylan .

Steven mengemaskan rambut dylan . Dia kemudian mengambil getah rambut lalu mengikat rambut dylan . Hmm , dah ikat pun masih tak kemas . Steven ketawa sendirian melihat hasil kerja nya .

"Sorry , aku tak pernah ikat rambut perempuan" ujar steven

Dia mengambil gelas yang berisi air dan ubat tadi lalu dihulurkan kepada dylan . Dylan menyambut huluran tersebut .

"Makan ubat tu" arah steven

Dylan segera menurut perintah . Dia menyerahkan semula gelas kosong kepada steven . Steven mengambil gelas tersebut .

"Aku keluar dulu , kejap lagi aku bawakan bubur untuk kau , dah rehat"

Dylan mengangguk lalu membaringkan tubuhnya semula . Selimutnya ditarik sehingga menutupi kepalanya . Steven menarik semula selimut itu .

"Jangan tutup habis , kang kau mati kelemasan "

Dylan ketawa kecil .

"Bos mana ade orang mati kelemasan dalam selimut ni bos" balas dylan perlahan

"Kau ni sakit-sakit pun nak menjawab eh!" steven mencebik

Dylan tersengih . Steven mengeleng lalu segera keluar dari bilik dylan . Dylan mengukir senyum dalam diam.

Steven mendapatkan walter yang sudah berada di meja makan menikmati makanan yang dibelinya .

"Bubur yang aku pesan mana ?" soal steven

"Ade dalam plastik tu.  Masih panas lagi" 

Steven segera mengambil bekas berisi bubur di dalam plastik yang ditunjukkan oleh walter.

"Kau nak buat ape bubur tu ?" soal walter

"Bagi gabriella makan , dia kan sakit" ujar steven

Huk! Walter meneguk rakus air di sebelahnya

"kau dah kenape ?"

"Wei , kau sakit ke ape tetiba jadi baik ni ?"

Steven mencebik .

"salah ke aku jadi baik , sebelum ni pun aku baik ape " balas steven

Walter mencebik .

"Dahlah , aku nak bagi Gabriella makan " ujar steven

" kau tak nak makan ke ?"

"Nanti lah aku makan "

"memang sah kau sakit! Tak pernah-pernah kau mengorbankan masa makan kau" ujar walter sambil menghabiskan makanannya .

"Aku dah berubah"

Walter melepaskan tawanya . Wei , steven dah berubah wei!
Steven mencebik . Dia segera menuju ke bilik dylan meninggalkan walter yang masih mentertawakan dirinya .

"Gabriella"

Dylan membuka matanya .

"Bangunlah , makan lah dulu" ujar steven

Dylan bangun lalu menyandarkan badannya . Steven menyerahkan bekas berisi bubur dan sudu kepada dylan .

"Makan lah, kau nak aku suap ke ape ?"

Dylan mengeleng . Dia hanya memerhati bubur di tangannya.

"Makanlah , kau ingat kau boleh kenyang ke tenung bubur tu je ?"

"Tak nak lah, tak sedap" ujar dylan

"Degil eh, kau nak aku suap ?"

Dylan pantas mengeleng .

"dah makan" arah steven

Dylan perlahan-lahan menyuakan bubur ke dalam mulutnya . Steven hanya memerhati dylan . Dia mengukir senyum dalam diam . Hmm, ape dah jadi dengan steven .










Done bab 22!
Vote and comment ya!♥

My Boss MafiaWhere stories live. Discover now