-20-

468 7 4
                                    

Semalaman dia tak pulang. Walaupun puas aku pujuk hati ini untuk tenang, tapi kerisauan ni tetap ada sisanya. Aku tahu sebagai seorang yang berjawatan tinggi, banyak urusan kerja yang perlu diselesaikannya. Aku kerling sekali lagi jam antik di atas meja. Sudah hampir tengahari.

"Puan, makanan dah tersedia." Aku menoleh ke arah suara pembantu rumah kami yang pagi tadi sampai dari kampungnya.

"Baik Kak Aza, nanti saya datang."

Aku tinggalkan ruang tamu lalu menuju ke dapur. Di rumah hanya ada aku dan Kak Aza sahaja. Mia pula dari sekolah agama, akan dihantar oleh ustazahnya ke sekolah biasa. Mungkin aku perlu mula bekerja semula. Walaupun cuti sakit masih berbaki, bosan rasanya lama di rumah.

Bunyi loceng membuatkan hatiku kembali riang. Dia dah pulang. Aku tinggalkan ruang dapur lalu berlari anak ke pintu. Sebaik pintu aku buka, aku tertanya-tanya juga kenapa dia perlu memetik loceng. Pintu pagar otomatik itu tentu terbuka sebab keretanya dilengkapi sensor. Macam sistem Smart tu.

Kakiku terhenti beberapa kaki dari pagar yang terbuka. Ingin saja aku tekan punat di alat kawalan jauh ini supaya pagar itu tertutup kembali. Berani dia datang ke sini.

"Tak payahlah kau nak buat muka kelat tu. Aku datang sini cuma nak bagi balik ni. Karang suami aku tercari-cari pula."

Jam tangan? Bukan itu ke jam tangan yang dia pakai sebelum bergegas keluar semalam? Macam mana jam itu boleh ada di tangan perempuan ni pula?

"Macam mana -"

"Suami aku tentulah pulang cari aku. Hanya aku yang boleh beri kepuasan padanya. Bukan macam kau. Baru satu malam, dah jatuh sakit."

Aku genggam kuat jariku. Aku tidak mahu ada pertumpahan darah berlaku di sini.

"Kenapa kau tak simpan saja jam tu? Kau boleh beri pada dia bila giliran kau dah sampai nanti. Ataupun kau tunggu saja malam ni. Kalau dah setiap malam dia cari kau. Kenapa nak datang sini?"

Perempuan itu tersenyum sinis. Jam di tangannya dilempar ke arahku. Nasib aku sempat menyambutnya.

"Aku nak kau tahu kedudukan sebenar kau. Kau tu perampas faham. Bukankan kata isteri, perempuan simpanan pun kau tak layak untuknya."

Aku hanya tersenyum dengan kata-katanya. Perempuan simpanan? Apa dia ingat aku ini siapa?

"Kau nak balik cara baik atau kau nak aku hantar kau cara kasar?" kataku dengan nada kuat.

"Kau ingat kau tu siapa? Nak halau aku konon. Hei, ini rumah suami aku. Kau tu menumpang saja."

Dia cuba mendapatkanku. Tetapi pergerakkannya terhalang dengan pengawal keselamatan yang sebelum ini hanya memerhatikan kami. Aku yang menyuruhnya tidak melakukan apa-apa. Tetapi situasi sekarang sudah di luar jangkaan. Perempuan itu nekad melakukan apa saja. Dia menjegilkan mata ke arah pengawal keselamatan yang masih belum aku tahu namanya.

"Bukan kau seorang isterinya. Aku pun. Aku juga ada hak ke atas dia sebagaimana kau," jeritku. "Kenapa kita jadi macam ni? Kita pernah jadi sahabat baik. Kenapa?"

"Kau tahukan jawapannya. Sebab aku cemburu dengan apa yang kau ada. Kau nak aku ulang berapa kali sebelum kau puas?" balas perempuan itu juga dengan jeritan.

"Betul kau sayang pada dia atau semata-mata kau nak miliki dia saja? Dia bukannya patung. Dia manusia yang ada hati dan perasaan," kataku perlahan.

"Terus-terang aku bagi tau kau, aku tak kisah kalau dia kahwin dengan perempuan lain asalkan bukan kau," katanya dengan senyuman sinis.

Aku tinggalkan perempuan itu. Punat di alat kawalan jauh, aku tekan. Walaupun dia terjerit-jerit memanggilku, aku biarkan saja. Dia tak penting dalam hidupku. Aku sudah dapat jawapan yang aku inginkan. Sekarang ialah masa untuk aku fikirkan tindakan aku seterusnya.

[Tentang Cinta #2] Kau, Aku & Selamanya?Where stories live. Discover now