-06-

705 15 3
                                    

 "Wah, sejak bertunang ni, makin berseri aku tengok muka kau. Seri bakal pengantin orang kata," usik Kamal.

Aku buat-buat tak dengar. Dah la lambat hampir setengah jam, lepas tu ada hati pula nak usik aku. Aku teruskan suapan nasi ke mulut.

"Ala marah pula adinda kanda ni." Aku jeling ke arah Kamal. Terkumat-kamit mulutku menahan kata yang bakal keluar.

"Bukan kau sibuk ke? Kan kau yang kata selagi kes kau tu tak selesai, kau tak dapat tolong aku." Aku jeling Kamal sekali lagi. Riak wajah Kamal bertukar sedih. Rasa bersalah mula menjalar tapi aku tahankan. Aku tak patut salahkannya. Kalau aku sibuk, entah lagi teruk sikapku terhadapnya.

"Aku minta maaf. Kau datang hari tu, aku memang sibuk. Ini aku ada masa pun sebab team aku boleh kata yang terbaik. Banyak maklumat yang mereka dah kumpulkan. Janganlah marah ya. Kesian kat aku ni." Kamal buat muka sedih. Kasihan pula aku tengok.

"Tak la, aku tak marah. Aku pun minta maaf juga. Aku tak patut kata macam tu tadi. Maafkan adinda ya kanda." Aku kerdipkan kelopak mataku sambil mengembangkan kedua-dua pipiku bagi menambahkan lagi kesannya.

Kamal tertawa melihat aksiku dan aku turut tersenyum dengan gelagatnya. Dari matanya saja aku sudah tahu yang dia kurang tidur. Badannya yang dahulu tegap, dah nampak susut sedikit. Setiap kali Kamal menerima kes besar, setiap kali itu juga keadaannya begini.

"Kau nak makan apa?" tanyaku sebaik Kamal mengambil tempat berhadapan denganku.

"Aku tak lapar. Aku dah makan banyak sangat piza. Aku nak minum saja." Sebaik selesai berkata-kata, Kamal mencapai gelas jus tembikai di hadapanku dan meneguk sehingga habis jus itu. Aku geleng kepala sebelum membuat pesanan minuman baru dan untuk persiapan, aku pesan dua gelas jus.

"Rupa kau dah macam panda dah aku tengok. Kalau berdasarkan pengalaman, mesti kau jarang balik rumah ni. Si Fatin tak kata apa ke?" tanyaku.

Kamal meraup mukanya. "Tak, bila dia habis kerja, dia datang ke pejabat untuk temankan aku dan team aku. Kalau tak kerana dia, hari-hari kami makan makanan segera la jawabnya. Aku pun dah muak makan piza."

"Kalau kau ada masa datang ke sini, itu tandanya kes kau dah hampir selesai," dugaku.

Mata Kamal melirik ke arah bucu meja. Aku tahu dia sedang berfikir maklumat apa yang boleh dikongsinya dengan aku. Aku tak mengikuti sangat kes ini tapi kadang-kadang aku tangkap juga butir bicara orang di sekelilingku yang banyak membuat spekulasi sendiri berkenaan kes tersebut.

Agak lama Kamal berkeadaan begitu. Aku sendiri pun sudah selesai makan dan minuman yang baru sampai, hampir separuh aku teguk. Aku biarkan Kamal sebab aku tahu, banyak yang bermain di fikirannya.

"Maaf, aku leka tadi." Hampir terkejut aku. Mungkin kerana aku juga leka sehingga aku tidak sedar kalau Kamal tidak berbicara.

"Kau nak balik rumah atau pejabat lepas ni?" tanyaku cuba mengubah topik perbualan.

Wajahku tajam direnung oleh Kamal sehingga aku menjadi kurang selesa. Apa yang ada di mukaku?

"Aku rasa tak ada orang yang faham aku selain kau." Aku kerutkan dahi mendengar kata-kata Kamal. "Maksud aku, kau biarkan aku sendiri bila aku diam tanpa desak aku dengan bermacam soalan, kau ubah topik sebab kau tahu aku kurang selesa berbual tentang sesuatu perkara dan kau selalu ambil berat akan hal makan pakai aku. Bukan isteriku, Fatin, tak menjaga aku dengan baik tapi kadang-kadang jagaannya terlalu baik."

Ah, aku faham apa yang cuba disampaikan oleh Kamal. "Maksud kau, kau inginkan waktu untuk diri kau tetapi Fatin sentiasa ada. Dan oleh kerana dia sentiasa ada, maka kau perlu beri perhatian padanya."

[Tentang Cinta #2] Kau, Aku & Selamanya?Where stories live. Discover now