-03-

939 22 0
                                    

"Aku nak ucapkan terima kasih pada kau. Dah la kau bagi kad nama dia pada aku, kau dan isteri kau boleh pula secara kebetulan makan di restoran yang sama kan?"

Aku mengerling ke arah Kamal yang masih khusyuk bermain game PS4. Aku tahu dia berpura-pura tidak mengendahkan aku.

"Bukan kau ada acara keluarga ke hari ni?" Soalan Kamal itu terus mematikan suapan nasi lemak ke mulutku. Aku letakkan sudu lalu menolak pinggan yang masih separuh berisi itu ke tepi. Kamal yang melihat reaksiku cepat-cepat menamatkan game DoA lalu mengambil tempat di sebelahku. "Maaf, sebab aku, selera kau mati."

"Bukan salah kau." Aku bersandar di sofa yang empuk itu lalu menoleh ke arahnya. "Kau rasa apa silapnya aku selama ni?"

Kamal menarik nafas dalam. Berat sangat ke soalan yang aku tanya tu?

"Kau nikah dengan Suhana dulu sebab dia pilihan ibu kau. Selepas bernikah, kau dapat tahu yang ibu kau dan bapa Suhana ada buat perjanjian bahawa tanah milik bapa Suhana yang dahulunya milik keluarga kau, akan jadi milik kau sebaik pernikahan itu selesai. Sebagai seorang anak, mestilah kau sedih dan marah sebab masa depan kau dijadikan pertaruhan. Sebagai seorang suami pula, takkan kau nak lepaskan isteri kau disebabkan hal itu."

Dari kata-kata Kamal itu, seolahnya singkat sekali perjalanan hidupku sepanjang tempoh enam tahun ini. Kalau dibuat buku sekalipun, tiada siapa yang akan berminat untuk membacanya. Masih ada lagikah kahwin paksa di zaman serba moden ini? Masih ada lagikah anak yang patuh dengan arahan ibu bapanya di zaman ini?

"Siapa kata tak ada? Kau adalah contoh anak mithali. Tapi kerana marah, kau tinggalkan keluarga kau terus. Aku bersyukur hubungan kau dan keluarga kau dah kembali bertaut. Semua kerana bidadari kau tu. Kau patut ucapkan terima kasih padanya." Aku tak sangka soalan itu benar-benar aku ajukan. Tapi kata-kata Kamal itu ada benarnya. Bidadarikulah yang membuka pintu hatiku untuk pulang ke rumah ibu tempoh hari.

"Aku pernah marah sampai begitu sekali kepada ibu. Kau rasa marah Siti kepadaku juga sama?" tanyaku.

Kamal turut bersandar. Teddy bear milik gadis kesayanganku yang saiznya saja lebih besar dari tuan empunya diri, ditepuk-tepuk oleh Kamal.

"Aku tak nafikan rasa marahnya itu yang membuatkan dia tidak mahu menerima kau. Enam tahun dan tidak sekali pun dia menyebut tentang kau dan Suhana seolah-olah kau berdua tak pernah wujud. Tapi bolehkah kau salahkannya? Kau berikan dia harapan dan kemudian kau rampas harapan tu. Kalau aku pun, entah-entah dah lama tapak tangan ni hinggap di pipi kau," kata Kamal sambil menampar lembut pipiku. Aku menolak tangan Kamal yang cuba menamparku sekali lagi.

"Di mana silapnya? Aku dah bertekad dah masa tu untuk menerima Suhana," kataku. Rambutku aku tarik perlahan.

"Suhana cintakan kau. Tapi dia berbohong untuk dapatkan cinta itu. Dengan kau, dia cakap yang Siti dah bertolak ke luar negara dengan Adam. Dengan Siti, dia bagi tau yang kau tidak ingin lagi berjumpanya. Aku akui aku pun turut bersalah sebab membiarkan saja dia walaupun aku tahu kebenarannya. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Mia dalam hidup kau berdua." Kamal berhenti dari berbicara. Dia melepaskan nafas berat mungkin memikirkan bagaimana Mia diperlakukan oleh Suhana.

"Kamal-"

"Bila dia sedar walaupun dengan kehadiran Mia dalam hidup kau berdua tak mampu mengubah cinta kau dari Siti kepadanya, dia makin nekad. Aku minta maaf Shah. Kalau aku bertindak lebih awal, Mia tidak akan dilukai." Kamal menundukkan kepalanya. Rasa bersalah ketara sekali di wajahnya.

"Kamal, aku tak pernah salahkan kau. Kau buat apa yang kau fikirkan terbaik pada masa tu. Kalau kau bagi tahu aku sekali pun, aku tak akan tinggalkan Suhana. Dia adalah ibu kepada anakku. Kalau tak kerana kelakuannya terhadap Mia, aku yakin yang kami masih lagi bersama sekarang," kataku. Aku letakkan tangan di lengan Kamal. Kamal mengangguk tanda faham dan lengannya aku lepaskan.

[Tentang Cinta #2] Kau, Aku & Selamanya?Where stories live. Discover now