-16-

464 8 0
                                    

"Sweetheart, open the door."

Aku membuka sedikit mataku. Dah jam berapa? Seingat aku lepas Subuh tadi, aku tidur balik. Aku tolak selimut dan pakaian dari atas katil. Semuanya jatuh tersepuk di atas lantai. Aku duduk perlahan di birai katil. Kepalaku sakit sangat. Aku masih lagi kesejukkan. Aku capai tuala kecil lalau aku letakkan di atas kepalaku. Langkahku lambat sekali ke tingkat bawah. Satu-persatu anak tangga aku turuni.

"Assalamualaikum, honey are you there?"

Aku cuba bersuara tetapi tiada apa yang keluar. Tekakku perit sekali. Akhirnya aku berjaya juga tiba di muka pintu. Tanganku menggeletar membuka selak pintu.

"Ya Allah, kenapa macam ni sekali sayang?" Sebaik pintu dibuka, mummy meluru mendapatkanku. Mummy memelukku erat, seolahnya takut aku ini hanya ilusi.

Daddy hanya melihatku penuh sayu. Kami bertiga bergerak ke ruang tamu. Mummy membantuku duduk di atas sofa. Kakiku diangkat lalu diletakkan ke atas sofa manakala kepalaku berbantalkan kusyen kecil.

"Call the doctor...NOW." Mummy duduk di sisiku. Tangannya tak berhenti mengusap rambutku. Entah jam berapa mereka sampai dari luar negara. Rasa bersalah muncul kerana aku telah menyusahkan mereka. "Hush, don't ever think like that. Sayang anak mummy dan daddy. Anak-anak mummy tak akan sesekali menjadi beban buat mummy."

Aku senyum ke arah mummy. Mataku berat sekali tapi aku ingin tatapi wajah mummy lebih lama. Terdapat helaian putih di sebalik helaian perang rambut mummy. Maafkan saya mummy sebab buat rambut putih itu tumbuh. Aku genggam erat tangan mummy. Airmata yang jatuh, diseka oleh mummy. Tidak, aku dah berjanji tak akan menangis lagi. Aku tak boleh menangis lagi.

"Doktor dalam perjalanan. Dear, apa kata you sediakan sarapan." Mummy mengangukkan kepala dengan saranan daddy. Tanganku dilepaskan dengan berat sekali. sebaik mummy menghilang, daddy mengambil tempat yang dikosongkannya. "Apa saja keputusan sayang, kami akan sokong. Sayang tak keseorangan. Jangan sesekali tanggung semuanya sendiri."

Tangan daddy aku capai. Daddy memalingkan wajahnya dariku. Aku tahu dia ingin menyembunyikan airmata yang mula bergenang di matanya. Aku pejamkan mata. Tapi pendengaranku jelas menurut setiap langkah daddy. Semua langsir ditarik ke tepi dan tingkap dibuka luas. Setiap lampu yang aku hidupkan malam tadi, dimatikan.

"Honey, the food is ready," laung mummy dari arah dapur.

Mummy lebih selesa berbahasa Inggeris. Tetapi dia tetap akan menggunakan bahasa Melayu. Kekok bagi mummy untuk membahasakan daddy sebagai abang. Bukankah dalam bahasa Inggeris maksudnya brother. Menurut mummy ia seperti dia menikahi abangnya sendiri. Aku pernah tertawa mendengar alasan itu.

Daddy membantuku bergerak ke dapur. Mungkin mereka tahu yang aku sudah terlalu lama berbaring maka mereka mahu aku bergerak bagi menghilangkan rasa lenguh di tubuhku. Mummy menarik kerusi lalu daddy membantuku duduk. Sup ayam dan roti bawang putih yang disediakan mummy kelihatan enak tapi sayangnya selera makanku tidak terbuka.

Bau sup ayam yang menjengah ke hidung membuatkan aku berlari ke sinki. Tiada apa yang keluar dari mulutku. Hanya angin. Mummy mengurut-urut belakangku. Mummy membantuku duduk semula di atas sofa di ruang tamu. Daddy pula menghulurkan jus oren kepadaku.

Sebaik gelas berisi jus oren itu kosong, aku dapat menangkap dengan ekor mata, riak lega di wajah mereka. Aku baring semula di atas sofa. Mummy naik ke tingkat atas, mungkin untuk mengambil selimut. Entah apa yang mummy fikirkan selepas melihat keadaan bilik tidurku. Mummy turun semula membawa selimut. Diletakkan selimut itu di hujung kakiku. Mummy berbisik sesuatu kepada daddy sebelum naik semula ke tingkat atas.

[Tentang Cinta #2] Kau, Aku & Selamanya?Where stories live. Discover now