Sebelum Jungkook mendapat mesej , kita cerita situasi Jimin .
Jimin terbangun pada jam 10malam. Dia benar benar tidak dapat lupakan kejadian tadi , paru parunya tidak berfungsi dengan baik kerana nafasnya tersekat sekat. Dia rindukan y/n , dia tidak sepatutnya mendengar kata kata hyungnya, dia sepatutnya kejar y/n. Dia bangun perlahan lahan , dia mengambil telefon dan dompet lalu turun kebawah. Jin dan yang lain menonton movie di ruang tamu, sukar baginya untuk keluar melalui pintu utama.
" dang it! " kata Jimin di hati.
Maka dia berbuat keputusan keluar melalui pintu belakang. Dia menunduk di setiap cermin tingkap yang dia lalui. Setelah sampai di laluan utama , dia terus mengorak langkah ke kedai berdekatan yang menjual soju.
Setiap lima minit , sebotol soju dan setin beer dibeli.
Setiap togak , membuat kepala semakin pening.
Setiap peristiwa indah bersama , berlayar di minda.
Setiap kali diingat , semakin pedih hatinya.
Jimin terlanjur meminum 3soju dan 5tin beer. Kini perasaan sedihnya membuak buak. Guruh dan petir dihiraukan.
Hati dan kepalanya mengucap perkataan yang sama
" pergi jumpa dia "
" minta maaf pada dia "
" merayu padanya "
" tanpa dia hidup sengsara "
" dia satu satunya "
" PERGI JUMPA DIA! "
Jimin menghentak meja lalu berdiri , dia mula berlari meredah hujan , melawan sakit di kepala, kuatkan kaki yang longlai , jelaskan penglihatan. Dia berlari mencari hatinya , berlari ingin meminta maaf ke hatinya , berlari supaya hatinya tidak pergi.
Jimin kini berada di depan rumah kekasihnya.
Jimin: Y/N BUKA PINTU!
Diketuknya berkali kali , tiada respon
Jimin: SAYANG SAYA TAHU AWAK DEKAT DALAM!
Tiada respon
Jimin: SAYANG PERCAYA SAYA , SAYA TAK PERNAH DAN TAK AKAN CURANG DENGAN AWAK
Kemudian otaknya mengingatkan Jimin dengan ayat y/n
" kalau awak mengaku awak boyfriend saya , awak tak akan buat macam ni "
Jimin: saya tak bersalah , saya tak buat
Jimin menangis sekuat mungkin.
Jimin: saya tak akan putus asa , saya akan sentiasa tunggu awak sampai awak buka pintu dan maafkan saya!
Jimin melutut di depan pintunya , memandang ke arah pintu seperti anak anjing yang menanti ketibaan tuannya. Jimin tidak berhenti mengucapkan perkataan maaf dan percaya.
Hujan semakin lebat , suhu semakin dingin.
Baju Jimin basah lecun , tubuh bergetar akibat kesejukkan , mulutnya terbuka sedikit , muka pucat , fizikalnya semakin lemah , Jimin melawan matanya supaya tidak tertutup dan pengsan, hidungnya tersumbat.
Jimin: y/n , sayang , saya minta maaf , mochi minta maaf , percayalah saya , awak tak kesian ke dengan saya , sayang.
Tiada respon
YOU ARE READING
IWMJ | ?
Fanfiction❝ awak sampai bila awak nak jadi gay ? ❞ ❝ KAU FAHAM TAK ?! AKU BENCI PEREMPUAN! AKU BENCI BENCI ! ❞ But it turn out to be a triangle loves... Y/N aka Kim Jiyeon selaku heroin cerita. Hero ? Siapa ?
28 : Flashback (2)
Start from the beginning