Seminit aku hanya menatap matanya tanpa jemu. Sungguh cantik. Isterinya pula hanya senyap memandang wajahnya.

"Sayang..." panggilnya lagi tanpa alihkan pandang dari mata isterinya.

"Ermm."

"Abang pernah bagitahu tak?"

"Apa?"

"Sayang ada mata yang cantik." Aku berterus terang.

"Tapi mata abang lagi cantik!" Dia tak puas hati sampai tak perasan dah terlepas kata. Aku tersengih nakal. Dia terus menampar mulutnya apabila dah perasan terlepas kata.

"Ye la mata abang kan warna lain. So cantik la bagi Rissa." Dia cuba memuji tanpa berlebihan. Eleh saja lah tu tak nak puji aku lebih-lebih.

"Abang tak nak sambung tidur ke?" Arissa cuba mencari topik lain supaya suaminya tak terus menatap wajahnya saja. Naik segan dia dibuatnya.

"Kejap lagi. Abang nak tatap muka isteri abang puas-puas dulu sebelum abang tutup mata." Sejurus selepas dia berkata begitu isterinya memukul dadanya sekali. Aik dah kenapa? Aku salah cakap ke?

"Abang cakap macam tu macam nak tinggalkan Rissa je." Muka isterinya berubah monyok. Laa salah paham rupanya haha.

"Mana ada. Abang cakap abang nak tidur je lah. Elelele... ada orang takut kita tinggalkan dia." Aku mengusik dia sehingga merah mukanya.

Aku kemudian menarik dia makin rapat dengan aku sehingga dia meletakkan tangannya di dada aku untuk menahan diri dari terlalu rapat.

"Dah jom tidur. Good night sayang." Aku mencium dahinya sekilas membuatkan dia terkejut. Kemudian aku berpura-pura tidur dengan menutup mata.

Walaupun dengan mata yang tertutup aku dapat rasakan dia yang masih memandang muka aku. Seminit kemudian terasa ada satu kucupan ringkas di pipi aku.

"Good night jugak, abang." Suara halus dia kedengaran di cuping telinga. Hampir saja aku tersenyum mengenangkan perbuatan dia. Tapi sempat dikawal.

Bahagianya hidup kalau hari-hari macam ni.

-----------

Sinaran matahari yang masuk menerusi jendela bilik membuatkan mata aku yang baru terbuka menjadi silau.Tangan diangkat menutupi mata.

Lepas solat subuh pagi tadi aku sambung tidur sampai sekarang. Penat sangat agaknya. Haikal pun dah takde kat tepi ni. Sekarang dah pukul berapa ya?

Terus terbuntang mata aku bila terpandang jam di atas meja. Badan terus tegak sembilan puluh darjah. Dah pukul 9 lebih tapi Haikal tak kejutkan aku pun?

Laju kaki berlari ke arah bilik air, sempat tangan capai tuala yang tergantung. Seusai mandi baru aku perasan aku lupa bawa masuk sekali baju salin. Damn! Macam mana boleh lupa ni?

Harap lah Haikal tak masuk bilik lagi. Pintu dibuka perlahan-lahan. Takde! Huh lega... Kaki cepat-cepat melangkah ke arah almari.

Baru pintu almari dibuka, bunyi pintu bilik pula yang terbuka. Terus kaku aku. Tak sanggup nak pusing sebab dah tahu siapa. Halamak! Asal kau ni bodoh sangat Rissa.

Dari ekor mata aku nampak Haikal melangkah mendekati aku. Kalau aku nak lari masuk dalam almari ni boleh tak?

Laju tangan ambil baju dan tutup pintu almari. Baru aku pusing nak lari ke bilik air. Pap! Satu tangan lain muncul ditepi kepala, melekap di pintu almari.

Pap! Satu tangan lagi di sebelah kiri. Kini aku terperangkap di antara Haikal dan almari. Mampus aku. Mampus!

Baju aku peluk kemas di dada. Jantung tak payah cakap berdebar macam nak kasi aku mati awal.

"Gaduh-gaduh nak pergi mana sayang?" Suara garau dia kedengaran sambil tangan menyelit rambut basah aku ke tepi telinga. Gulp! Telan liur aku dengar suara mengoda dia.

"R-rissa n-nak pergi tandas." Jadi mak gagap jap aku. Bukan tak nampak mulut dia yang ternaik gelakkan aku.

Tapi dia hanya senyap sambil tangan leka mengusap pipi aku. Aku dah tak senang berdiri, rasa nak duduk je. Aik?

"You look so sexy. Nak goda abang ke?" Soalan dia betul-betul buat air liur aku kering. Gila! Takde maknanya.

"M-mana ada!" Walaupun aku cuba bangkang sekeras-kerasnya still lagi gagap. Cis. Dia ketawa macho.

Kemudian dia dekatkan muka dia dengan aku. Woi woi kau nak buat apa ni? Jangan macam-macam. Aku memang dah cuak habis. Aku rasa muka aku dah pucat macam mayat hidup.

Terus aku pejam mata rapat-rapat. Takut nak pandang muka dia. Kemudian aku rasa muka di berada di tepi telinga aku. Dapat aku rasakan nafas hangat dia menyentuh telinga aku.

"Kalau tak nak goda abang, pergi pakai baju cepat-cepat kemudian turun bawah. Abang dah buat breakfast." Suara dia perlahan menyentuh telinga aku.

"Kalau lambat..." Dia berhenti di akhir kata. Aku dah berdebar tunggu dia habiskan ayat dia.

"Abang tak nak breakfast yang kat bawah, abang nak yang breakfast dalam bilik." Sambungan ayat dia membuatkan mata aku terbuntang luas. Speechless! Nak marah dia tapi tak terkeluar suara.

"Ingat!" Dia cium pipi aku sekali sebelum melangkah keluar dari bilik.

Aku masih di kedudukan yang sama. Kelip-kelip mata je mampu. Sumpah aura dia mampu buat aku putus urat saraf. Aku rasa kalau dalam citer kartun ni dah boleh nampak keadaan aku yang bertukar hitam putih. Siap ada hujan ribut lagi. Menunjukkan betapa lostnya aku sekarang ni.

Bila otak dah kembali berfungsi baru aku rasa geram nak lempar orang dalam laut. Ishhh selalu usik kau. Dah la suka hati je nak cium orang. Dasar pervert.

Kaki dihentakkan melangkah kearah bilik air. Baik aku cepat sebelum dia betul-betul kotakan janji dia.

p/s : maap jika membosankan 😔 sbb aku mmg org yg bosan HAHHA okey harap enjoy, vote and komen banyak2 baru aku update cepat huhu k bye ❤️😂

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now