PROLOUGE

819 63 97
                                    


السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل
سيدنا محمد

____________________

Garis masa versi lama yang belum diubah suai.

Mula : 1 mei 2020

Tamat : Oktober 2020

Garis masa versi baharu setelah diubah suai.

Mula : Disember 2020

Tamat : akan datang

××××

Hak milik sepenuhnya

@ aleyna

All right reserved

@ aleyna

××××

Plagiat adalah jenayah. Jika saya dapati ada sebarang salinan yang sama dengan saya. Anda akan didakwa di bawah akta mencuri hak intelek saya bawah seksyen penulisan am.

Dengan lafaz Bismillah, saya akan memulakan kisah cinta dua jasad dua hati ini. Segala yang diceritakan adalah berdasarkan kisah benar beberapa tahun lepas. Ianya tidaklah dialami oleh saya yang ketika itu masih kecil. Tetapi, dialami oleh seseorang yang saya kenal.

Terdapat beberapa pengubahsuaian nama dan penambahan jalan cerita. Segala pengubahsuaian adalah kerana permintaan dari pihak asal yang turut sama berada dalam kisah ini.

Jika terdapat persamaan jalan cerita antara saya dan awak, segalanya adalah kebetulan yang tak dirancang kerana sesungguhnya kehidupan kita sendiri sangat klise dan sama seperti kehidupan orang lain.

Saya mohon maaf awal-awal sekiranya ada persamaan yang membuatkan awak terkecil hati.

[Amaran : bab 1 hingga 12 mungkin memeningkan. Read it at your own risk!]

 Read it at your own risk!]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____________________

بسم الله الرحمن الرحيم

Muhammad Amir & Farhatul Nuraysa

Kini, 2019

Angin bayu yang menampar perlahan pipi gebu Lisa itu seakan menenangkan hati Lisa yang dirundung sembilu dan beribu sesalan. Tidak dapat digambarkan betapa rindunya dia pada seseorang.

"Aku begitu mengagumi dirimu. Kau bagaikan malaikat tak bersayap yang datang menghantar warkah cinta dari Ilahi. Kau seperti suatu surat indah kiriman dari yang maha Esa iaitu Allah SWT. Kau begitu indah. Kau senyum kala duka. Kau tetap tertawa walau diri kau sakit." Begitulah coretan pena Lisa sewaktu mengambil angin tepi pantai.

Sedang dia begitu asyik memerhati dua buah hati kecilnya bermain di tepi pantai.

Pantai itu banyak kenangan manis yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata pujangga yang memuji keindahan ciptaan Allah S.W.T.

Butir-butir pasir yang digenggam Lisa terbang bersama angin. Entah kenapa dia jadi makin sebak apabila desiran pasir itu hilang dari telapak tangannya.

Pantai itu telah menyaksikan sebuah kisah cinta yang teramat agung. Pantai itu telah melihat dua pasangan yang mencintai satu sama lain kerana Allah. Keikhlasan si suami mencintai isterinya terlalu dalam. Sedalam-dalam Laut Mati.

Sepanjang hidup bersama, sudah banyak kali dia menyakiti hati lelaki itu. Sekarang, Allah sudah membalas segala dosanya kerana biadab dahulu. Kekesalan yang menghantui diri tidak dapat mengembalikan semula senyuman manis lelaki itu.

Keagungan cinta yang hakiki lelaki itu tidak diendahkan. Dia sibuk dengan dunia yang dusta lagi kan sementara ini. Sungguh, hatinya kesal bertimpa-timpa tanpa dia tahu ke manakah hala tuju penghujung kesalnya itu.

Berkali-kali ku cuba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua
Tinggal ku sendiri.

"Kau adalah Anugerah Terindah yang aku pernah dapat. Aku mensyukuri nikmat itu walau sekejap sahaja." Lisa melangkah perlahan ke arah anak-anak kecilnya. Sebak tatkala terpandang wajah Amsyar iaitu anak sulungnya begitu mirip dengan suaminya.

Hanya lelehan air mata yang kini menemani dirinya setelah sekian lama. Kenapa mesti dia yang melalui semua ini? Apa tidak cukup lagikah dirinya diuji sewaktu masih kecil dahulu?

Lisa, gadis yang tanpa sengaja dicintai seorang ustaz. Cinta sejati lelaki itu seakan tiada penghujung. Tiada episod akhir bagi cinta itu. Ianya berkekalan abadi sehingga ke Syurga. Tiada penamat seperti dalam filem atau drama yang biasa ditonton.

"Sampai bila abang cintakan sayang?"

"Sampai abang mati."

Penerimaan dia untuk lelaki itu sekadar rupa atau harta? Entah... dia sudah lali memikirkannya. Dia penat. Dia mahu berehat dari semua ini. Kalau boleh, dia mahu lari ke hujung dunia lalu menjerit memanggil nama suaminya itu. Dengan harapan, pulanglah lelaki itu ke pangkuannya.

Dia menerima lelaki itu kerana iman dan taqwa lelaki itu. Sungguh berat untuk dia terima pada mulanya. Ya, Lisa jahil. Lisa berdosa. Lisa jahanam. Lisa tak akan pernah jejak kaki ke Syurga.

Ujian demi ujian jatuh menimpa lelaki itu. Sakit dan jatuh bangun. Fitnah dan hinaan dilempar padanya tanpa belas kasihan. Fitnah seakan silih berganti. Pelbagai tohmahan buruk diberi padanya. Orang luar mula berfikir yang golongan agamawan sepertinya adalah penunggang agama.

Perkahwinan itu seolah kapal. Adakala dilambung ombak. Bergantung pada suami isteri. Mahu imbangkan kapal atau mengharungi ombak.

Syurga adalah pelabuhan . Antara jodoh kita sampai ke syurga atau pun karam di tengah lautan.

Sungguh berat ujian yang menimpa dia sehinggalah di hari dia perlu melepaskan dunia ini juga. Apakah dirinya begitu hina? Pertemuan yang sungguh tak disangka telah mempertemukan dia dengan zaujah sejati.

"Ingat, kisah kita tiada episod. Tiada permulaan dan tiada penamat biarpun apa yang jadi. Kisah kita akan kekal sejarah."
Kucupan lembut ke dahinya itu begitu sebak sehingga menyesakkan dada.

spotify playlist untuk cerita ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

spotify playlist untuk cerita ni. kalau tak boleh scan, mohon search bersesuaian seperti tajuk di atas. sekian terima kasih kerana menyokong ♡

Pinjaman Paling Sempurna Where stories live. Discover now