✿❁02❁✿

1.5K 174 7
                                    

"Ok! Awak diterima kerja!" Kata Taehyung selepas menilai resume seorang gadis yang berusia di awal 20 an itu... Gadis itu tersenyum

"Gamsahabnida" ucap gadis itu

"Ok! Min Yughae, awak boleh ambil uniform ni dan salin di bilik belakang... Hmmm harini start bahagian kaunter... Dan sila panggil namja bernametag Park Jinyoung ya, terima kasih" kata Taehyung yang sedang menanda tangani resume gadis bernama Yughae itu tanda memandangnya

"Baik Tuan Kim" jawab Yughae faham dan Dia bangun lalu menapak Ke pintu bilik kerja Taehyung selepas menunduk hormat

beberapa minggu kemudian

Tok! Tok! Pintu bilik kerja Taehyung di ketuk

"Masuk" kata Taehyung yang sedang menyemak plan tempat baru cawangan kafenya akan dibuka... Yughae masuk ke dalam bilik kerja Taehyung dan menunduk di hadapan Taehyung Dengan tangan di genggamkan di hadapan

"Apa pulak kalini? Pinggan? Cawan? Ke jamban tersumbat lagi Min Yughae?" Soal Taehyung mula mengungkit segala huru-hara yang Yughae cetuskan sejak dia bekerja di kafe itu

"Tuan, saya betul-betul minta maaf Tuan" pohon Yughae... Angin keluhan lembut keluar dari mulut Taehyung

"Hmm... Oh! Aku dah lambat ni nak kena pergi Itaewon... Ummm reti drive tak? Selalu aku minta Jinyoung tapi dia tak ada" kata Taehyung mengetap bibirnya dan mengerling jam tangannya

"Saya boleh drive! Tuan nak suruh ambil Taeoh kan?" Jawab Yughae tiba-tiba bersemangat

"Betul ni? Aku percaya kau 100% ni" kata Taehyung... Yughae mengangguk meyakinkan Taehyung

"Tuan jangan risau! Taeoh akan balik dengan selamat ke kafe ni sebelun tuan balik!" Semangat Yughae

"Ok then.. oh! Gaji tak naik tahu, sama ja! Ok ciou" kata Taehyung sebelum menapak keluar dari kafenya

❀❀❀

"Annyeong Taeoh!" Sapa Yughae mesra dengan senyuman manis di wajah comelnya... Taeoh yang ternampak Yughae itu terus tersenyum lebar dan memeluk erat Yughae

"Hae noona!!!" Seronok Taeoh

"Kajja! Kita balik kaf-.."

"Kita support fast food restaurant pulak boleh? Hehehe" Kata Taeoh memberi cadangan

"Papa bagi ke? Kalau dia bagi, noona tak kisah" kata Yughae mencuit hidung kecil Taeoh dan kereta KIA Picanto milik Yughae di masuki mereka

❀❀❀

"Makan Mc Doodoo pulak? Aigoo" kata Taehyung sebaik sahaja dapat tahu di mana Yughae dan Taeoh berada

"Comel sangat Taeoh ni... Tak apa la sesekali saya belanja dia" kata Yughae lalu mencubit pipi Taeoh yang sedang mengunyah nugget ayam itu

"Comel tak comel! Lain kali bawak balik kafe terus! Faham!" Tegas Taehyung tiba-tiba di talian... Yughae yang agak tersentak itu hanya menjawab faham

"Ba-baik tuan"

❀❀❀

"Papa!!!" Jerit Taeoh sebaik sahaja dia dan Yughae memasuki kafe Taehyung... Taehyung mula menjungkitkan keningnya dan berwajah ketat sebaik sahaja nampak Yughae

"Lain kali bawak balik terus" kata Taehyung mendatar dan merampas beg galas Taeoh dari tangan Yughae... Yughae hanya mengangguk faham dan mula masuk ke dapur

"Kena apa pulak kali ni?" Soal Hoseok salah seorang pekerja senior di situ

"Ah, Hae bawak Taeoh jalan-jalan kejap lepas ambil dia" jawab Yughae tanpa menokok tambah... Hoseok yang sedang mengelap gelas basah itu mengangguk

"Tuan Kim tu memang... Tapi nanti kau biasa la ae? Lagipun kau je pekerja yeoja kat sini dan baru pulakkan itu yang kasar sikit... Tapi tak pa, Tuan Kim baik!" Kata Hoseok terselit sedikit semangat untuk Yughae... Yughae mengangguk

"Nae! Saya akan berusaha lagi!" Semangat Yughae

"Macam tu lah!" Kata Hoseok dan BAM! Gelas kaca yang di lapnya pecah... Hoseok sudah kecut perut

"Papa! Hoseok hyung bagi pecah gelas" lapor Taeoh tanpa rasa bersalah... Hoseok sudah menjegirkan matanya ke Taeoh... Taeoh hanya tersengih

"Jung Hoseok!!!" Jerit Taehyung dari bilik kerjanya

"Sa-Saya kemas dulu Tuan!" Kata Hoseok mula ke bilik belakang untuk mengambil penyapu dan penyodok








BERSAMBUNG

[C] Second Wife- 김태형Where stories live. Discover now