✿❁26❁✿

894 111 9
                                    

"Tak ada apa yang tinggal?" Soal Yughae yang menolong suaminya mengemas barang Taeoh yang sudah dibenarkan untuk keluar wad itu.

Almari besi tempat tersimpannya baju serta beberapa barangan keperluan selama lima hari itu sekali lagi diperiksa Taehyung.

Sebaik sahaja semua diperiksa dan sudah pasti tiada barang yang tertinggal, wad pediatrik itu ditapak keluarga kecil itu keluar.

❀❀❀

Susuk Taeoh dan Yughae yang tertidur di belakang dipandang Taehyung. Satu senyuman terukir di wajahnya.

"I'll try my best to be the great man for both of you" ujarnya perlahan dan pemanduannya kembali fokus.

Selepas hampir satu jam setengah pemanduan, kediaman dua tingkat keluarga Min menjadi destinasi.

Taeoh didukung Yughae masuk ke dalam sementara Taehyung membawa masuk dua beg barang Taeoh.

Tapak sahaja mereka masuk ke rumah, kening mereka tertaut.

"Nugu..."

"Ah! Balik pun kamu berdua, letaklah dulu barang tu ada pengumuman penting ni" sambut Puan Min mesra.

Bilik tidur Yughae ditapak Taehyung manakala isterinya sudah membaringkan Taeoh di atas sofa. Si abang yang duduk di sebelah mula disiku Yughae.

"Nugu? Yeochin kau?" Soal Yughae menjongketkan keningnya sambil tersenyum nakal.

"Diam kau diam!" Marah Yoongi mahu sahaja menjerkah adik bongsunya tetapi masih ditahan.

Duduk sahaja Taehyung yang mendukung si kecil Hea yang sudah terjaga itu, deheman dilepaskan Yoongi.

"Selepas almost lima tahun menduda... Erk.. Erm..."

"Erk ark pulak kau! Cakap je la" siku Yughae bukan sekian kali dan ibu bapa mereka hanya menggeleng manakala Taehyung sudah ketawa.

❀❀❀

"Oh, model Yoongi rupanya" angguk Yughae yang menemuramah bakal kakak iparnya, Moon Nari.

Nari yang hampir sebaya dengan Yughae itu hanya tersenyum dan mengangguk.

"Unnie dengar, kamu dengan Taehyung owner PS Ca.."

"Dah tukar dah, Bora Café" potong Taehyung. Yughae yang awalnya mengangguk itu terus bertaut kening.

Suaminya mula dipandang. "Bora? Bukan.."

"Boralah mama! Papa kata maksud bora tu"

"I'll love you till the end of days" sambung Taehyung sambil tersenyum. Yughae terdiam manakala Nari sudah mengukir senyuman.

Tangan Yughae diraih wanita diusia 25 tahun itu. "Jaga Taehyung tu, banyak Yoongi cerita pasal kamu berdua kat unnie. Unnie harap sampai tua ya kamu berdua kekal" ujar Nari mengusap lembut belakang tangan Yughae.

"I will!" Balas Yughae laju mengangguk sambil tersenyum.

"Since semua dah elok balik, bahagia baliklah hidup Taeoh! YEAY!!!" Seronok Taeoh.

[C] Second Wife- 김태형Where stories live. Discover now