✿❁24❁✿

1K 103 33
                                    

Cardigan labuh berwarna ungu gelap disarungkan wanita itu sebelum kedua-dua pipi anak kembarnya sempat dikucup.

Yughae yang sudah menutup pintu biliknya itu mula ditegur sang yang baru naik ke tingkat dua kediaman keluarga Min itu.

"Kau nak pergi mana ni?" Soal Yoongi hairan dengan pemakaian adiknya itu. "Aku nak pergi hospital" jawab Yughae kedengaran ingin bergegas.

Tangan sang adik yang sudah dipegang Yoongi tidak membenarkan Yughae turun itu mula membuatkan gadis itu menoleh dan menarik tangannya semula.

"Jebal aku betul-betul kena pergi hospital" rayu Yughae.

"Senang macam tu kau nak acc-.."

"Anak aku dalam bahaya! Please kau sayang Taeoh kan? Aku betul-betul kena pergi" rayu Yughae di hadapan abangnya. Yoongi sudah melepaskan keluhannya dan anggukkan dibuat lelaki itu.

"Aku ikut kau" Balas lelaki itu dan dua beradik itu menapak turun dari tingkat dua rumah itu.

❀❀❀

"Maafkan sayang papa, papa tak dengar cakap Taeoh haritu" kata Taehyung menahan air matanya dari jatuh.

Belakang tangan anaknya mula diusap dan dikucup lembut Taehyung.

Flashback

"Chagi?! Taeoh?!" Laung Taehyung sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Meskipun sudah dua tiga kali nama Sohee dan Taeoh dilaungkan, sahutan masih tidak kedengaran.

Taehyung yang mulai hairan berbaur risau itu terus bergegas naik ke biliknya dan Sohee namun kosong. Bilik Taeoh terus di masuknya dan mata lelaki itu terus terbulat.

"Taeoh!" Jerit Taehyung terus membuka rantai besi yang melilit kaki anaknya itu. Rantai besi yang di lilit berkali-kali di kaki katil itu di bukanya. Anaknya terus didakap.

"Sayang, siapa buat ni?" Soal Taehyung yang sudah risau cuba mengejutkan anaknya yang semakin lemah itu.

"Pa.... pa... ah... jumma.... tu... yang buat" kata Taeoh sudah kedengaran lemah. Gambar Sohee yang berada di atas almarinya itu di tunjuknya. Terpaling sahaja wajah sang ayah ke gambar itu, dia sudah terkaku.

Tanpa membuang masa dia mengangkat Taeoh dan bawanya ke kereta untuk ke hospital.

End Flashback

"Maafkan papa sayang" ujar Taehyung mengucup tangan anaknya yang sudah berbirat itu buat sekian kali.

❀❀❀

"aku dengar anak kau masuk hospital, tak pergi tengok?" Soal Song Junghae yang makan malam bersama Sohee itu.

Wanita yang meneguk wain merah itu selamba berdecit dan menggeleng. "Budak tak guna tu? Dari dalam perut lagi aku benci kewujudan dia, ini kan pula nak tengok dia? Lambat lagi" Balas Sohee tanpa sedikit pun peduli hal anaknya.

"Then? Anak tu? Kau dah bagitahu Taehyung belum pasal status sebenar dia?" Soal Junghae yang sudah menjuih mulutnya ke perut Sohee yang kian memboyot itu.

"Aku sure lepas ni dia makin benci dengan aku. Jadi aku akan guna masa tu untuk buktikan semuanya palsu? Hmmmm maybe" ujar wanita bergincu merah terang itu menjongketkan bahunya sebelum steak yang dipotongnya sebentar tadi dimasukkan ke dalam mulut.

"Whatever you want to do babe" Balas Junghae hanya menyokong rakan baiknya.

"Oh ya, your ex-husband ada new partner right? Who's she again?" Soal Sohee teringat sesuatu yang diceritakan rakannya tempoh hari.

[C] Second Wife- 김태형Where stories live. Discover now