✿❁25❁✿

982 100 1
                                    

"Dapat ke tak call Sohee?" Soal Jimin. Taehyung menggeleng. Dia bersandar di kerusi kerjanya dan lengannya menutup matanya.

"Aku dah malas nak ambil kisah" Balasnya berintonasi malas.

"Dulu bukan main honey la, baby la, apa la sekarang? Eyyy nak je aku lempang kau dulu lepas Hae bagitahu kau bawak balik Sohee" sindir Jimin sempat membuat muka mengejek.

Taehyung terus bangun dari baringnya dan menjeling tajam rakannya.

"Oh kau bab bini aku luah dengar bukan main, aku nak luah sikit kau geli! Eyyy aku pang kang!" Ugut Taehyung mula membuat gaya mencekik.

Jimin yang awalnya tersengih, mula berubah riak wajah apabila dia teringat sesuatu. "Oh ya, surat cerai kau dah hantar belum kat rumah Sohee?"

"Belum" ringkas Taehyung.

Baru sahaja perbualan mereka ingin dipanjangkan, seseorang memasuki ruang bersiar-siar Bora Hospital, tempat Taeoh dimasukkan.

"Hae dah balik, dia kata twin dah bangun tidur" lapor Hani yang turut melabuhkan punggungnya di atas kerusi batu yang Taehyung serta Jimin duduk itu.

Taehyung yang mengangguk ringkas itu mula memandang Jimin dan Hani yang mula bersembang itu. Satu senyuman tipis mula diukir lelaki itu.

"I miss those old time sayang" desis hati Taehyung sebelum angin keluhan dilepaskannya dan lantai kayu tempat itu mula ditenungnya sambil meneguk air coklat panas yang dibelinya sebentar tadi.

❀❀❀

"Smooth like butter, like a criminal under—"

"Hae ini underwear yang awak min—" kata-kata dari si suami terhenti. Jongketan kening dibuat Taehyung.

"My lovely wifey dah jadi mama ada tiga pun sexy lagikan" usik Taehyung menggigit bibir bawahnya.

Yughae yang masih bertuala dan baru keluar dari bilik mandi itu terus berlari ke belakang langsir.

"Ke-Ketuklah dulu pintu tu!!!!!" Bising Yughae yang masih menyorok di belakang langsir itu. Beg pakaian dalam Yughae diletaknya di atas katil.

Belakang langsir mula diselak Taehyung. "Kita dah nak dekat empat tahun kenal Hae, tak kanlah malu lagi" kata Taehyung masih lagi tidak lepas dari mengusik si isteri.

Yughae yang sudah merah membahang itu mula menggeleng laju. "A-abang keluarlah dulu! Hae mal—"

"Malu? Tak yah malulah say—"

"Taehyung kamu boleh tolong... Ya tuhan, apa kamu berdua buat belakang langsir tu?! Dah-dah Taehyung kamu ke sini" celah Tuan Min yang sudah menggeleng.

Yughae yang sudah menghela nafas lega itu membuatkan Taehyung membuat mimik mengejeknya sebelum menapak mendapatkan bapanya yang memerlukan bantuan.

❀❀❀

"Yeah sure! Kami boleh je kalau nak tunggu dia" Balas Hani yang tiada masalah untuk menunggu Taeoh di wad pada malam itu.

"Kalau macam tu baguslah. Bagitahu Jimin tak ada apa-apa upah pun" ujar Taehyung yang tidak dapat bergerak dari katil kerana Yughae tertidur di atas lengannya beberapa jam sebelumnya.

Sebaik sahaja panggilan antara mereka ditamatkan, Hani memasuki semula wad yang menempatkan Taeoh dan mendekati kanak-kanak yang sedang bersembang dengan Jimin itu.

[C] Second Wife- 김태형Where stories live. Discover now