"Saya sayang Aqwam, Mals. Sumpah. Saya tahu salah saya sebab tak peka dengan kesihatan dia. Walaupun kak Zah call banyak kali cakap pasal demam dia... Saya tak tahu benda akan jadi macam tu. Kalau saya tahu memang saya dah balik ambil dia bawa pergi hospital."

Azraff malu dengan diri sendiri bila mengingatkan apa yang berlaku. Dia malu dengan tindakan mudah dia. Dia ingat semua budak sama. Athea juga selalu demam, tapi tak pernah jadi macam tu. Dan hanya sebab itu mereka kehilangan Aqwam.

Just because of stupid hot fever.

"Tapi lepas tu awak terus masuk keja Azraff... Macam Aqwam bukan siapa-siapa untuk awak. Awak tinggalkan saya sorang-sorang. Awak langsung tak tanya perasaan saya..."

"Sebab saya malu, Mals. Saya bukan bapa yang baik. I feel lost, I don't know what to do. Kerja saja yang saya boleh buat masa tu. Dapat lupakan Aqwam..."

Amalin diam, hanya mendengar.

Dan Azraff dia perlu membetulkan keadaan mereka ketika ini. Caranya membuatkan Amalin tertanya-tanya dengan rasanya.

"Mals, saya takut nampak muka sedih awak. Saya tahu saya dah kecewakan awak. Dan benda yang paling saya takut adalah kecewakan awak dan Athea."

Azraff menghela nafas. Dia lelaki, bila hal macam ni berlaku, dia terasa tersepit. Sebab dia tahu kalau dia tak kuat, macam mana Amalin akan kuat. Cuma mungkin caranya salah...

"Awak tak pernah kecewakan saya pun. I just need you to be beside me."

Air mata bertakung di mata Amalin. Tapi kali ini, Amalin pula memeluknya. Mereka menangis berzama-sama. Tangisan itu akhirnya keluar, walaupun sudah terlambat enam bulan.


AMALIN tengah kemas barang di dalam bilik stor. Dia bawa keluar gambar-gambar polaroid yang dia sorok sejak peristiwa enam bulan dulu.

Album kecil itu mengandungi gambar-gambar lamanya. Bermula dengan kisah perkahwinan dia, gambar dia mengandungkan Aqwam...

Gambar Aqwam dari satu hari sehinggalah kali terakhir dia nampak Aqwam. Hari sebelum dia terbang ke Scotland untuk jadi visiting scholar sekejap di Universiti of St. Andrews.

Allah, dia tiada bila Aqwam perlukan dia...

Amalin selak air matanya.

Satu benda yang dia yang simpan dalam hatinya- dia juga salahkan dirinya. Tugas seorang ibu haruslah sentiasa dekat dengan anaknya. Tapi dia? Kerjaya melebihi segalanya.

Setiap apa yang dia hamburkan pada Azraff datangnya dari kebencian yang sama di dalam dirinya.

Kalau ikut bidang psikoterapi, teori projection. Macam itulah yang dia sedang buat.

Kalaulah dia guna ilmu yang dia ada, sah-sah dia tak rosakkan hidupnya macam ni. Dia hampir rosakkan hubungannya dengan Azraff!

"Awak buat apa kat sini?"

"Tengok gambar-gambar ni."

Azraff membuka sila. Ambil gambar satu persatu dan melihatnya. Ada senyuman di wajah suaminya itu. Siapa sangka ada beban yang tersembunyi pada tubuh tinggi lampai itu. Betullah orang cakap penerimaan orang tentang kehilangan tak sama.

Jelas suami dan bapa ini hero yang tak didendang. Dan dia bersyukur dia punya lelaki ini terlalu baik untuk dia.

Dia ingat dulu sebelum dia berkahwin, dia hanya minta satu saja dalam doanya kepada Allah. Dia perlukan lelaki yang dapat hormati dia

Sebagai anak.

Sebagai pekerja.

Sebagai ibu.

COMPLETED - Double A: Azraff & AmalinWhere stories live. Discover now