Bab 7

2.8K 207 25
                                    

"ATHEA dah tidur." Azraff bersuara. Kakinya mula mendekati Amalin yang sedang menggoreng keropok lekor di dapur. Moreh mereka selepas habis tarawikh dan tilawah. Macam itulah rutin seharian mereka sekarang sejak Ramadhan masuk ni.

Kalau dia yang tak ada di dapur, pasti Amalin yang akan menidurkan Athea. Tapi yang pasti aktiviti makan sentiasa saja on. Tunggu nanti bila dah kena kerja, jangan-jangan seluarnya dah tak boleh dikancing. Punyalah bahagia duduk di rumah.

"So? Apa jadi kalau Athea tidur?" tanya Amalin dengan kening kanannya dinaikkan.

"Kalau dia tidur maksudnya kita free la, tak ada penganggu rumah tangga kita."

"Ada ke pula kata anak macam tu? Athea dengar tu puas nak kena pujuk tau."

Amalin ketawa, tapi Azraff rasa dia pula yang macam hilang nafas.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" Amalin angkat pinggan yang siap terisi keropok lekor itu ke atas meja.

"Entah, saja. Tak boleh ke tengok awak? Dapat pahala kut. Awak pun kena rajinkan diri tengok saya juga."

Mulut itu muncung ke depan. Kemudian Amalin mengambil keropok lekor dimasukkan ke dalam mulut. Dan mengunyah.

"Apa aktiviti malam ni?" tanya Amalin bila Azraff menyertainya.

"Nak sambung season baru Jejak Rasul ke?"

"Yang baru ni tengah on air lagi la. Nanti tertunggu-tunggu pula."

"Beria-ia in the spirit of Ramadhan tapi gagal subjek sabar."

"Tak baik tau kata husband macam tu."

Amalin ketawa lagi. Dan Azraff hilang nafas lagi.

Lain macam gayanya. Padahal sebelum ni, hatinya macam kosong. Rasa yang lama berputik itu kembali muncul. Betullah, Allah tu pegang hati hambanya.

"Kejap, saya ada idea."

Azraff masuk ke bilik belakang. Satu kotak kecil yang dia jumpa masa mengemas rumah minggu lepas dibawa keluar dari laci mejanya.

"Jom main ni nak? Lama dah kan tak senaman otak?"

Amalin bangun sekejap dan mengambil kotak itu dari tangan Azraff.

"Bila awak beli ni? Tak pernah tengok pun."

"Hadiah kut. Entahlah, saya pun dah tak ingat."

"Lawa kut corak ni. Tapi rugilah nak buat nanti kena rosakkan balik semua. Patut beli frame dan gantung!" Amalin dah mula membebel.

Azraff dengar je sebab dia hilang suara tu selama enam bulan. Rindunya kini sudah terubat, cheh.

"Or we can put it on our coffee table kat depan tu. I will pick up the glasses. Lepas siap kita letak balik gelas atas puzzle tu."

"Good idea!" Amalin memetik jarinya. Terus dia angkat kotak dan keropok lekor (priorities) ke ruang tamu.

"On?"

"On." Amalin angkat ibu jarinya.

"Tapi kita kena buat ni sebelum Athea bangun. Dia tu bukan boleh kena left out, semua benda dia nak buat."

"Hey ada dua engineers kut, sah-sah la senang je nak buat ni. Sorang daripadanya ada PhD kut."

"Sorry to say, sayang. Riak takabur is not in our spirit of Ramadhan. Belajar lagi, Dr. Amalin."

Amalin ketawa (lagi).

Azraff tarik nafas dalam. Apa dera dia macam ni? Rasa macam umur 13 tahun! Padahal dia dah masuk 31 tahun kut. Dah ada anak sorang pun. Halahaih. Azraff hanya mampu tepuk dahi. 

Angau.



ALLAH memang akan uji hambanya dengan kata-kata. Tambah lagi bila disusuli dengan riak dan kesombongan. Allah balas cash, orang kata.

Amalin tahu sekarang ni memang betullah otak dia dah lama tak bergerak sejak tempoh PKP ni. Sebab dia dan Azraff masih berjaga dalam kepekatan malam ini.

Puzzle yang bentuk bulat berdiameter 1.20m ini masih lagi belum siap walaupun mereka dah bersengkang mata sejak empat jam tadi. Ada berpuluh keping lagi belum dirungkaikan oleh dua orang jurutera ini.

Memanglah nampak mudah tapi corak yang diorang dapat ni bukan main susah, tambah lagi berbentuk bulat, bukan petak seperti kebiasaan puzzle.

"Awak tahu siapa yang akan selesaikan puzzle ni dengan cepat?" soalan dari orang sebelah yang sedang memerli.

Amalin hanya diam. Konsepnya diam lebih baik dari berbicara.

"Artist, painter. Diorang kenal warna dan pattern lebih dari kita."

"True enough. Saya baca hari ni ada science supremacist differentiate between science field of studies. It's not the first time though."

"Yeapp, ramai juga saya tengok orang devalue art, which I think should be more fluid rather than two extreme opposites."

"Apa pun benda-benda extreme ni tak elok untuk diri. Moderation is a key."

Azraff angguk setuju. Tekun melihat pattern Morroco yang mula terbentuk di hadapannya. Kemudian dia menepuk tangan.

"Dang, saya dah tahu dah puzzle ni dari siapa! Dari Idan, kawan sekolah dulu ni."

Azraff bangun dan ambil telefon pintarnya di atas kabinet. Tangannya berlari di atas layar dan setelah beberapa ketika, dia angkat iPhone itu ditunjukkan pada Amalin.

"Sama kan? Ini ceiling patterns dekat Bahia Palace, Morocco. Diorang lukis sendiri by hand. Aduh, macam mana boleh lupa ni? Padahal masa sekolah dulu saya dok lukis pattern macam ni la untuk mural sekolah."

"Awak tahu melukis?"

"Always sound so surprise. Habis mana Athea dapat bakat melukis dia tu?"

"Mana nak tahu sebab awak tak pernah cerita."

"Awak yang tak pernah tanya, Mals. To be fair, kita yang tak pernah bercakap sangat kan pasal ni. Perasan tak?"

Amalin berteleku sejenak. Betullah tu hubungan diorang memang sekejap sangat. Bercinta tak sampai setahun, kahwin, dapat Athea, fokus besarkan anak sampailah sekarang.

Hukum date 1 kena buat A, date 2 sembang pasal B itu ini tu... memang tak jadi dalam hubungan diorang.

Dari mula, hubungan Azraff dan Amalin (Double A, kawan dia selalu cakap) sentiasa pasal goal dan objektif. Very scientific. Padahal hidup ni seni kut.

"Would you do the honour?"

Amalin tersentak dari fikirannya. Azraff di hadapannya sedang menghulurkan kepingan terakhir puzzle yang dipasang mereka.

Dia tengok Azraff lama. Apa yang jadi ni cantik sangat dikarang. Kenapa dia tak nampak sebelum ni?

"Mals, you okay?"

"Okay."

Kali ini okay dia bernuansa lain. Kepingan akhir itu diambilnya. Kini dia sudah nampak gambaran sepenuhnya.

Aqwam is her a first heartbreak experience, but to lose Azraff is gonna be disastrous, she bet. And she wouldn't want that.

Kepingan itu diletakkan di atas puzzle itu.

Lengkap.

Dan yang pernah hilang itu datang kembali.

----------------------------------------

p/s: Aci tak habis sampai sini je? Hahahaha. Gurau je, ada satu chapter lagi untuk closure bcos I believe happy couple is a couple that talk to each other. Happy reading guys. Wuvvvv you all. 

P/p/s: Lagu ini dari Ben Platt - Grow As We Go ❤️❤️❤️

You dont ever have to leave
If to change is what you need
You can change right next to me
When youre high, I'll take the lows
You can ebb and I can flow
And we'll take it slow
And grow as we go...

COMPLETED - Double A: Azraff & AmalinWhere stories live. Discover now