Bab 8

4.8K 282 67
                                    

AZRAFF baca mesej WhatsApp yang dia baru dapat tak sampai seminit itu. Pihak management dah keluarkan memo untuk memulakan kerja. Timing selalu salah datang kan? Azraff mengeluh. Baru nak tenang-tenang hidup dengan Amalin, dah kena panggil balik. Huhu.

"Awak nak makan apa hari ni?" Amalin datang dan duduk di sebelahnya. Pahanya ditepuk lembut. Isterinya pandang dia dengan kening dinaikkan sebelah.

"Masak je apa yang awak suka. I'm not that hard to please you know."

Kalau dia, semua yanh Amalin masak pun dia rasa sedap. Susah nak pilih sebenarnya.

"Penatlah jadi housewife ni. Ingatkan relaks je rupa-rupanya sakit kepala juga nak pilih makan apa."

Amalin dah mula mengadu. Kali pertama selepas enam bulan lepas. Amalin dah kembali ke Amalin yang dulu, yang kuat mengadu. Bercerita itu ini. Mungkin suami lain tak suka. Untuk Azraff ini adalah rahmat ya.

"Kita tak payah masak la. Kita order je nak?"

Amalin pandang dia. Lama.

"Bukan selalu awak suka saya masak ke? Ni kenapa tiba-tiba nak beli?"

Selama mereka berpuasa selama dua minggu ni. Semua makanan dimasak oleh Amalin. Rajin betul isterinya itu.

"I'm so gonna miss this. Duduk tak buat apa tengok awak je seharian"

"Tak bosan ke?" Amalin ketawa.

Azraff sentuh pipi tu lama. Kalau cara manja Amalin mengadu pada dia, ini pula cara dia.

Baru je nak baik-baik dan bermanja dah ada yang menganggu. Dia suka perubahan yang berlaku lada Amalin. Dah tak sedingin dulu,dah tak menolak bila dia hulurkan first move untuk mendekati..

Betullah bos dia pernah cakap, crisis breeds opportunity.

Mungkin konteks bos dia tu ikut konsep orang bisnes tapi dia nampak dari segi ini. Tengok macam mana orang pandang je. Dan Azraff yakin dia berjaya buka peluang untuk hubungan diorang ni.

"Kenapa ni?" lembut suara itu bertanya.

Giliran Amalin pula menyentuh lengannya. Mata itu dalam memandangnya.

"Our time together is over, I guess. Management baru bagitau yang company kami dah dapat approval dari MITI. Esok ada mass screening dekat site dan lepas tu mula kerja."

Amalin diam, tidak beriak marah atau apa. Sebelum Amalin selalu complain kata dia terlalu banyak kerja.

"Aikk awak tak marah ke?"

"Marah? Awak pergi kerja kut. Bukannya pergi main-main."

Azraff senyum. "Can u do it jaga Athea? Jadi housewife? I'm not here to help you around."

"Wow soalan berani matinya. Of course la boleh. Kenapa awak tanya saya macam tu. Saya bolehlah nak jaga Athea. I'm her mother walaupun dia bukan anak kandung saya but I love her as much as I love you."

Azraff diam.

"You're the best mother. I wouldn't never find someone like you. We. Athea and me. Kalau awak rasa saya kahwin dengan awak sebab nak awak jaga Athea semata-mata, the answer is nope. Never. Saya harap awak tahu tu."

Betapa hatinya luluh dulu bila Amalin menuduhnya Aqwam meninggal sebab Aqwam beribukan Amalin, tidak seperti Athea yang beribukan Lea, cinta pertama Azraff.

Sumpah itu bukan sebabnya. Athea dan Aqwam, kedua-duanya dia sayang sama rata. Dua-dua darah dagingnya. Cuma nasib Aqwam tertulis sampai di situ saja. Bukan dia sengaja nak mengambil mudah hal-hal Aqwam hanya atas sebab dia beribukan Amalin.

COMPLETED - Double A: Azraff & AmalinWhere stories live. Discover now