Bab 3

2.8K 194 20
                                    

"YOU know what. Apa yang awak cakap semalam. Pasal saya tak bahagia tu, I think you're right. We need to talk."

Azraff yang baru saja habis solat Subuh itu berpaling pada Amalin yang tengah berdiri di muka pintu.

"Saya tak rasa kita nak benda yang sama, Mals."

"Want and need is a different thing, Azraff. Apa yang kita perlu sekarang ni penting untuk hubungan kita."

"Maksud awak?"

"I want an out. Saya dah penat berlakon okay, bila saya langsung tak okay."

Selamba Amalin menoktahkan kata. Entah berapa lama isterinya itu praktis agaknya. Sejak enam bulan lepas ke? Tak ada langsung gagap dan cacat cela. Fluent habis.

"Look at me, Mals."

Amalin langsung tak angkat muka.

"Is this because of what happened to Aqwam? Atau memang awak dah tak ada perasaan kat saya?"

Diam.

"Tolonglah. Saya dah ajak awak berbincang baik-baik ni. Lagipun awak mesti suka sebab dah ada perempuan lain kan?"

"Perempuan mana pula ni?"

Amalin membuat muka bodoh. Tapi sesungguhnya memang dia tak tahu apa-apa. Perempuan mana dia nak jumpa kalau dia ada dekat site je semedang.

Lepas tu Azraff mengangguk faham. Budak intern dia. Ni mesti sebab posting hari tu. Susah betul dunia sosial media ni. Mudah sangat tertipu.

"Kalau awak nak tahu, posting dalam FB tu adalah budak intern saya. She's not my taste, budak lagi."

Amalin angkat bahu. "It's okay, saya tak kisah pun."

"Mals, saya bukan kaki curang ya."

"Apa-apalah, Azraff tapi tolonglah fikir apa yang saya cakapkan tadi."

"Masa macam ni? Awak tak rasa ke masalah kita ni kecil je berbanding masalah dunia sekarang? Makhamah pun tak buka nak proses borang cerai, Mals."

"Separation for a time being?"

Azraff ramas rambutnya dengan kasar. Sakit kepala tiba-tiba.

"Tak cukup lagi ke saya bagi ruang kat awak selama ni? We have been separated since last October, just in case you hadn't noticed." perli Azraff.

Kadang-kadang boleh hilang sabar bila bercakap dengan orang yang tak nak terima jawapan lain ni.

"Is this how you will play?"

"Ya Allah, Mals. Saya tak buat main benda serius macam ni. Kalau betul awak nak juga berpisah, tolong tunggu lepas ni. Ini bukan cara yang betul..."

"Tapi..."

"At least during this time. Stay for Athea, please. I need you for her."

And I need you for me. Bisik hatinya.

Dan Amalin keluar dengan muka tak puas hatinya. Sekali lagi permintaan isterinya itu ditolak lagi.

----

"BERAPA kali saya cakap tak boleh keluar. Awak jangan nak pandai-pandai, kena tangkap dengan polis nanti. Kau duduklah diam-diam kat rumah tu, nak kerja apa lagi."

Amalin dan Athea berpandangan sesama sendiri bila suara kasar Azraff muncul. Lelaki itu terus meluru ke dapur sambil bercakap telefon. Mukanya ketat semacam.

COMPLETED - Double A: Azraff & AmalinWhere stories live. Discover now