Bab 4

2.6K 194 11
                                    

LAPTOP sudah menyala, dia sudah memulakan kelas onlinenya sejak sejam yang tadi. Para pelajarnya sudah kelihatan bosan, dia nampak itu. Tetapi Amalin tetap meneruskan slides powerpoint sambil menerangkan pasal shear stress di dalam structure beam.

Dan tiba-tiba dia terdengar para pelajarnya sedang ketawa. Di belakangnya, Athea sedang cuba memanjat kerusinya, turut mahu menyembang. Entah bila Athea datang membuka pintu bilik itu. Terus Amalin tarik kanak-kanak berusia 30 bulan itu ke atas ribanya.

"Say hi, I'm Athea." Amalin menyuruh Athea mengenalkan dirinya.

"Hi semua!" Athea dah angkat tangan kanannya.

Dan satu kelas itu membalas kata hai. Lagi gembira Athea melihatnya. Amalin menggeleng kepala. Macam itulah bila bekerja dari rumah ya. Lepas ni memang dia kena tutup dan kunci bilik ni.

"Athea, buat apa kat sini. Babah baru bangun pergi ambil air kejap."

Azraff pula datang menjenguk. Kemudian, dia terdiam bila melihat layar skrin laptop Amalin yang sedang tersengih memandangnya. Ada juga yang terlopong melihat Azraff yang baru dikenali itu. Sebelum ni Amalin memang jarang bercerita hal peribadinya pada pelajarnya.

"Oppsy daisy. Sorry ganggu, guys. I need to take this baby out first."

Azraff angkat tangan di hadapan camera. Smooth habis nak elak malu punya pasal.

"Happy learning! Belajar elok-elok ya. We will meet somewhere in the future."

Azraff hilang bersama dengan Athea. Kedengaran suara Athea menangis sekejap, kemudian hilang.

"Wow Dr., gantengnya suami Dr. Engineer juga eh? Sebab tu dia cakap meet somewhere in the future? Omg tak sabarnya nak habis belajar."

Soalan bertalu-talu. Macam itulah pelajar tahun pertama ya. Masih lagi suka main-main. Amalin cepat-cepat menghabiskan slidenya. Dan di hujung slidenya, Amalin memberi kerja seperti selalu. Subjek kira-kira macam ni memang kena selalu buat, baru senang tangkap.

Kemudian Amalin keluar bilik itu, kedengaran suara Azraff sedang mengajar Athea sesuatu. Rahangnya jatuh ke bawah bila dia tengok dapur yang baru dikemaskan pagi sudah bertukar berkecah itu.

"Apa yang korang buat ni?" Azraff sedang di hadapan peti sejuk mencari sesuatu.

Amalin tengok tangan Athea yang sudah ambil tepung di atas meja itu. Dan pap jatuh berselerak di atas meja.

"Opps." 

Athea menjerit. Tangan yang penuh dengan tepung itu diletakkan ke muka. Elok selepung bagai tepung gomak.

Azraff bangun dan melihat apa yang dia sedang buat. Biji halkumnya bergerak, menelan air liur. Butter yang ada di tangan diletakkan di atas meja.

"Kenapa buat macam ni? Mama penatlah kena kemas nanti. Helper bukan datang musim ni."

"Tak apa, Mals. Saya kemas nanti."

"Tahu ke kemas?"

"Apa pula tak tahu. Saya dulu pun independent ya."

Amalin tak menjawab. Tangannya sudah mengambil Athea lalu dibawa ke sinki. Tangan itu dibasuhnya. Habis baju dah kotor. Tapi Azraff sempat menghalang.

"Let us bake, mama."

Azraff tarik Amalin untuk duduk di bangku.

"Duduk dan makan. Saya dah beli ayam penyet for lunch."

"Tak masak sekali?" Amalin perli.

"Yang ni kalau saya masak tak ada orang nak makan, Mals. Baik beli je, biar generate economy sikit bulan-bulan macam ni. Saya tahu awak suka ayam penyet kan?"

Amalin angguk.

Tangan Azraff diletakkan pada bahu Amalin.

"So sit and enjoy."

Amalin duduk di atas meja menongkat dagu. Azraff dah mula letak telefon pintarnya di sudut meja, mahu merakam video Athea.

"Ready, little thing?"

"Ready!"

"Let's started."

Athea dah mula masukkan bahan-bahan ke dalam periuk utk dikisar. Mulut itu berceloteh. Sebiji ikut tutorial di YouTube. Ini sah-sah Azraff yang tunjuk. Amalin ketawa juga. Anaknya itu bijak sekali. Senyum akhirnya tersirna di wajah Amalin.

Buat sementara waktu dia lupa kisahnya...

----

JAM sudah menunjukkan pukul dua pagi. Azraff masih lagi terjaga. Sejak PKP yang masuk fasa kedua ni, mata dia sudah dah buat hal. Memang susah betul dia nak tidur awal sekarang ni. Padahal esok pagi, lepas Subuh pasti dia akan terjaga juga. Sebab dah biasa begitu.

Tangan masih lagi menyelak laman sesawang, mencari model apa yang ingin dibeli. Setiap jenis Tamiya, kereta mainan itu ditengoknya penuh berhati-hati. Banyak sangat jenis sampai dia sendiri rambang mata.

Netflix yang sedang menayangkan How I Met Your Mother dibiarkan saja ke tepi. Tangannya menggaru pelipis.

Ketika dia selesai memasukkan Model Shooting Star ke dalam cart, Amalin muncul di hadapannya.

Azraff angkat kepala. Dia lihat Amalin yang rambutnya terlepas elok ke bahu dan serabai, mungkin terjaga dari tidur. Azraff tahu itu kegilaanya dulu. Itu gaya yang dia suka pada Amalin. Isterinya itu boleh menggetarkan jantungnya tanpa perlu mekap yang tebal, cukup dengan ini. Dia suka Amalin yang polos macam ni...

Dan nalurinya lelakinya itu tersentak bila dia lihat air mata jatuh mebasahi wajah polos itu. Naluri itu bertukar menjadi protective. Dia letak telefon pintar di atas meja kopi.

"What's wrong, Mals?" Lembut suaranya membelah sunyi dua pagi itu.

"Hari ni berapa haribulan."

Azraff telan air liur, dia rasa dia tahu apa sebabnya...

"9 April."

Amalin duduk terjelepuk. Keduda-dua tangan sudah di muka. Mengogoi tak sudah.

"Is that why you made a cake?"

Azraff tak menjawab.

"Saya betul-betul lupa, Azraff. Macam mana saya boleh lupa benda ni?"

Azraff tak boleh nak salahkan Amalin sebab dia yakin hampir semua masyarakat dunia ketika ini lupa tentang tarikh dan masa.

"Mals..."

"Saya mimpi dia tadi."

Azraff bangun terus tanpa dipinta. Detik itu dia tahu bahawa Amalin perlukan dirinya, lebih dari dia perlukan Amalin ketika ini.

Dia berjalan ke arah Amalin dan bercangkung di hadapan Amalin. Tubuh itu dirangkulnya ke dalam pelukan. Belakang Amalin diusapnya lembut.

"Saya rindu dia, Azraff. Rindu dia sangat-sangat."

"Cry, Mals. Let it go."

---------------------------

p/s: Pendek sikit malan ni ye. Hehehe. Harap-harap lepas ni Double A dah boleh sort things out. Happy reading gais.

p/p/s: Cerita ni akan habis in 4 more chapters sebab sis dah kena start keja. Hahhaha sakit tak swab test? Neves ni nak buat weekend ni. Hahaha tetiba cerita hal sendiri.

Apapun kita enjoy lagu Virzha - Tentang Rindu.

Pagi telah pergi
Mentari tak bersinar lagi
Ntah sampai kapan ku mengingat
Tentang dirimu

Ku hanya diam
menggenggam menahan
Segala kerinduan
Memanggil namamu
di setiap malam
Ingin engkau datang dan hadir
Dimimpiku rindu

Dan Waktu kan menjawab
Pertemuan ku dan dirimu

Hingga sampai kini
Aku masih ada disini

Dan bayangmu akan slalu besandar dihatiku
Janjiku pastikan pulang bersamamu

COMPLETED - Double A: Azraff & AmalinWhere stories live. Discover now