"stop calling me baby! Tak penting pun untuk you tau apa yang i buat dekat luar negara."

"I suami you!" tengking sir. Kemarahan sir betul betul berada di tahap maksimum.

"DAN I TAK PERNAH ANGAGP YOU SEBAGAI SUAMI I!" semakin tinggi nada sir bersuara, semakin tinggi Adira membidas.

PANG! Adira ditampar oleh Sir. Pipi yang merah akibat ditampar dipegang. Air mata Adira mengalir. Lalu, dia terus masuk ke bilik dan pintu dikunci.

TING!

Satu video berdurasi 1 minit dihantar dari nombor yang tidak dikenali. Tanpa memikirkan apa isi video itu, sir tekan dan tonton video itu.

Video itu menunjukkan Adira bersama seorang lelaki berasmara. Seminit kemudian masuk satu pesanan dari nombor yang sama.

"hahaha apalah nasib kau kahwin dengan pelacur?"

"tak! Kau cuba nak runtuhkan rumah tangga kami. Adira bukan pelacur!" balas sir

"memanglah. Tapi tu sebelum kau kahwin dengan dia. Kau tau tak lepas kau kahwin dengan dia, dia dengan relanya jadi pelacur aku. Duit masyuk bro! Hahahaha thanks jaga bini kau untuk pelanggan aku " nombor itu terus disekat. Sukar untuk sir mempercayai apa yang berlaku.

***

"taknak kau main tipu" mulut aku muncung dan tangan aku silang tanda aku merajuk!

"mana ada main tipu, betullah. Kau yang tak pandai main. Sikit la mata kau. Aku pro banyak la mata aku" Hazril memujuk aku.

"malas la aku main dengan ibu mengandung ni. Awak jom kita main dua" kata Iman.

"taknak aku merajuk dengan kau" aku berpaling badan bari menghadap Hazril.

"ish jomla beli aiskrim aku belanja kau." Hazril ajak ajak tahi ayam.

"aku taknak aiskrim seringgit. Aku nak mcd punya!" aku menelan air liur membayangkan kesedapan aiskrim yang akan aku nikmati sebentar nanti.

"ish kau ni. Jomla"

"tapi aku nak naik Moto" sejak mengandung, dah lama aku tak naik moto. Bila nak naik ja kena marah dengan abang. Dia memang tak bagi peluang langsung!

"mana ada moto naik empat orang. Naik kereta lah" kunci kereta diambil.

"merajuk" aku nak naik moto juga!

"awak.. Jangan la macam ni. Awak tu mengandung. Apa apa jadi nanti mati saya. Kita naik kereta okey? Berdua" kata Hazril manja. Boleh cair dengar suara dia sambil lihat lesung batu dipipinya. Hehe

"janji kita dating dua ja?" aku teruja bila dapat keluar berdua dengannya. Bukan selalu dapat peluang ni! Selalu dihalang oleh Iman.

Hazril berhati hati membawa kereta. Banyak yang kami bualkan semasa dalam perjalanan ke MacDonald. Turun daripada kereta aku nampak Badrul dicekup masuk ke dalam kereta polis.

"kenapa? Kau kenal ke?" Hazril perasan aku pandang Badrul dalam ketakutan.

"tak ada apalah. Jom" aku tarik tangan Hazril masuk ke dalam kedai. Tak sanggup aku lihat Badrul.

Setiap kali aku lihat dia, aku akan teringat apa yang terjadi dimasa silamku. "Hazril"

"malam ni malam tahun baru. Maksudnya tahun depan kau 19 tahun. Wah tuanya kau!"

"ha at least aku dah habis sekolah. Kau berhenti sekolah dua bulan lepas, lepastu homeschool pun tak sambung la tahun depan. Maksudnya SPM kau ambil umur 19 la? Ha tulah kau sapa suruh menikah awal. Orang lain umur 19 freedom kau SPM."  tahun depan aku akan sambung untuk tingkatan 4 yang tersisa. Tolak cuti aku bersalin, maksudnya betullah kata Hazril. SPM di umur 19.

"malam ni kita tengok bunga api kan?" aku mengubah topik perbualan.

"haah. Abang cakap dia beli bunga api semalam. Kita main dekat rumah jelah. Kau tu dah nak bersalin. Kang bersalin dekat jalan kan susah" haish Hazril ni. Ada saja nak menyakat aku.











Okey guys, esok author update. Nak pukul berapa? Bagitau nanti author update. Tapi esokla

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now