SCP-42

3.9K 158 3
                                    

"abang, jomla kita pergi tengok menantu kita tu. Abang tak kesian ke tengok menantu abang tu?" kata ummi pada walid.

"awak nak pergi bila?" soalan ummi di balas dengan soalan.

"petang ni boleh?" sekali lagi ummi mengajukan soalan.

"ish ummi dan walid ni. Soalan je. Bagi la ayat penyata pulak." kata Syed Imran yang baru sampai ke rumah disebabkan cuti sem.

"yalah. Kita pergi petang ni. Kamu nak ikut Imran? " pelawaan walid menarik perhatian.

"ha boleh jugak."

PIN! PIN! 

"Imran tolong tengok siapa.  Ummi nak ambil tudung." arah ummi yang kalut mrninggalkan semua benda yang dibuat untuk menjaga aurat.

"UMMI WALID!  ABANG DENGAN NIS! " Imran teruja melihat dua orang kami yang baru keluar dari perut kereta.

"hah?" terkejut ummi. Baru plan nak ke rumah mereka petang ini, tiba tiba mereka sampai.

"Hello bro!" aku terus peluk adik aku. Lama rasanya tak jumpa.

"kakak." Imran panggil Rosereen sambil senyum.

"kakak?" soal Rosereen pelik.

"yelah. Awak kan kakak saya. Takkan pulak saya panggil awak adik?"

"panggil Nis je. Taknak lebih tknak kurang." Rosereen terus masuk meninggalkan aku dan Imran di pintu.

"Jangan senyum lebih, tu Isteri abang" sengaja aku menyakat dia.

Dalam semua adik yang aku ada, Imran dan Amira lah yang paling aku rapat. Dengan Imran macam sahabat. Dengan Amira pula aku selalu bawa dia keluar jalan sambil pegang tangan. Ramai saja yang pandang kami pelik tapi apa yang mereka buat ialah pandang dan kutuk didalam hati. Bukannya tegur.

"Kak Nis!" jerit Sharifah Amira yang baru turun dari tingkat atas, dan terus peluk Rosereen.

"Err" dengan teragak agak Rosereen membalas pelukan. Jelas yang dia tidak selesa.

"Mira kak Reen tak selesa lah peluk macamtu." aku yang faham dengan riak Rosereen menegur satu satunya adik perempuan aku.

Hanya aku dan Walid panggil dia dengan nama Amira atau Mira. Ummi, Imran Aiman panggil Sharifah atau Sha. Yalah, dia satu satunya puteri dalam keluarga aku.

"sorry, Sha lupa." pelukan itu terus dileraikan.

"ummi baru tanya walid tadi nak pergi rumah kamu melawat Nis. Tengok tengok dah sampai" kata ummi sebelum tudung yang dipakai dicabut dari kepala

"Reen la ajak Irfan ke sini" tangan ummi aku salam dan duduk di sofa.

"Haah ummi. Mana tau Nis boleh ingat apa apa dekat sini." giliran Rosereen pula kucup tangan ummi.

Dia memerhati sekeliling. Satu persatu sudut dia lihat. Tak cukup dengan itu, dia bangun dan lihat satu persatu gambar yang tergantung di dinding.

"awak, ni sapa?" soal dia bila lihat gambar seorang bayi. 

"Syed Irfan. Yang bawah tu Syed Imran. Yg tu Syed Aiman. Yang bawah sekali Sharifah Amira." aku jelaskan satu persatu.

"Ini Sharifah Amira?  Wah! dari kecil comel." yelah dah dia satu satunya anak perempuan. Kalau ada satu lagi Sharifah, mungkin Sharifah yang kedua yang comel.

"Habisla kalau Amira dengar. Mesti dia perasan." Walid yang masak dengan perangai Amira berkata begitu. Walid tau Amira mudah cair bila dipuji.

"Nis, kalau ummi tanya ni, jangan terasa ya." ummi memang begini. Dia selalu meminta izin sebelum bertanya. Takut kalau hati seseorang itu terluka dalam senyap.

"Tanya lah ummi."

"kamu kan tak ingat Irfan, tapi masa kamu boleh balik, kenapa kamu nak balik rumah korang berdua sedangkan kamu tak kenal pun siapa dia. ?" aku pun tertanya tanya. Kenapa dia sanggup ikut aku balik sedangkan dia langsung tak kenal aku.

"sebab, Nis rasa ada sesuatu yang Nis perlu tau. Sebab tu Nis beranikan diri ikut dia balik. Lagipun masa tu Mummy dan Daddy bagi Nis nk balik rumah kitaorang." aku tau, itu bukan jawapan yang sebenar.

"Irfan, bawak lah isteri kamu naik ke bilik dulu. Kesian dia mesti penat." walid menghirup kopi yang dibancuh oleh ummi sebentar tadi.

Perlahan lahan aku jalan untuk masuk ke bilik. Satu persatu anak tangga yang Rosereen pijak aku perhatikan. Takut tergelincir dan jatuh.

"Ini ke bilik awak? Kemas." itu yang keluar dari mulutnya bila pintu bilik dibuka.

"ye. Ummi rajin kemas" dia hanya angguk dan masuk ke dalam bilik.

Beg diletak di atas meja lalu dia terus baring di atas katil empuk itu. Perutnya aku perhatikan. Kalau boleh aku nak usap,  belai perut itu. Tapi aku tau dia mungkin tidak selesa jika aku buat begitu.

"apa yang awak tengok? Janganlah saya malu" dia tutup muka dengan dua tapak tangan.

"apa yang sayang nak malu? Semua dekat badan sayang abang dah tengok. Abang tengok perut sayang ja. Nak tengok anak lambat lagi nak keluar" 

"pegang la anak awak dalam perut ni..." belum sempat dia habiskan ayat, aku tarik baju dari menutup perut dan aku usap. 

"eh melebih pulak dia. Emm aba..ng.. Saya baca dekat internet kan, dorang cakap bila letak telinga dekat perut nanti dengar sesuatu. Saya nak letak telinga saya, tak sampai. Nak letak dekat perut abang.. Abang tak mengandung." teringat aku waktu pertama kali dia panggil aku abang. Seperti inilah. Dia cuba tapi dia malu.

"dahtu sayang nak tunggu abang mengandung ke? " soal kurang cerdik aku.
"ala, abang ni, cakap cikgi Sains. Abang lah yang letak telinga dekat perut saya. Saya nak jugak tau dengar apa. Mana tau baby cakap Assalamualaikum ke" orang yang hilang ingatan ni hilang apa yang dia belajar sekali ka? Tolong jelaskan please.

Aku tekup telinga di perut dia. Mana nak dengar apa. Hanya dengar seperti air yang berkocak.

"baby cakap Assalamualaikum mummy. Mummy tak makan lagi, Jabir lapar."

"waalaikumsalam tapi siapa Jabir?" aku tergelak dengan ayat yang keluar dari mulut Rosereen

"kalau ada anak lelaki kan, abang teringin nak letak nama dia SYED JABIR." belum enam bulan usia kandungan itu kami sudah bincangkan nama anak.

"kalau saya pulak, saya teringin nak letak Reedzwan. Lepas saya dapat tau abang suami saya, saya nak letak nama SAYYID REEDZWAN. Maksud nama Sayyid dan Syed sama saja kan abang?" setahu aku sama sahaja maksudnya.

"Entah lah sayang. Rasanya sama. Tapi bila gabung nama tu, jadi Sayyid Jabir Reedzwan sedap nama tu. "














Okey finally boleh update pun.
Sorry lama tak update heheh.
Macam mana PKP? 
Okeyy Sayyid Jabir Reedzwan  ni maksud dia baik tau.

Sayyid = pemimpin 
Jabir= pemberi kenyamanan,  penghibur
Ridhwan (bila cari Reedzwan tak ada. Tapi sama ja maksudnya. Ejaan sahaja lain) = keredhaan Allah

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now