Captain?🍒

87 7 0
                                    

Inara P.O.V
Aku dan Mak Long sedang leka memasang langsir di ruang tamu. Lagu raya berkumandang di radio dengan kuat. Fuh, betul betul feel raya aku kali ni. Esok raya dah guys, in sha Allah, esok subuh Papa sampai Malaysia. Yeay tak sabar nak jumpa Papa.
"Mak Long"tegur suara lelaki yang berada di hadapanku. My jaw dropped. Oh my god.
Handsome nak mampus. Qash berpakaian uniform lengkap. Uniform apa aku tak sure.
"Eh Qash?Lah nak pergi mana pulak ni?"tanya Mak Long. Aku masih terpaku dengan pesona si Qash. Uwu.

"Macam biasalah, petang raya. On call"kata dia sambil tersenyum manis. "Oh ha iyelah, Mak Long faham, nanti nak balik sini balik inform okay"kata Mak Long dan Qash menyalam tangan Mak Long dengan lembut. "Qash gerak dulu eh?Tadi dah jumpa Pak Long sebelum dia pergi ladang"kata Qash pendek. "Ha iyelah, hati- hati Qash"kata Mak Long dan Qash melangkah keluar dari pintu utama rumah Mak Long. Dia seakan ignore aku since apa yang jadi semalam. Dia rasa bersalah kot. Tapi aku okay je actually.
Tiba tiba aku teringat something.

Qash P.O.V
Baru sahaja aku nak meninggalkan perkarangan rumah Mak Long, terdengar suara Nara memanggilku. Dia berlari anak ke arahku sambil membawa sebuah paper bag.
"Ye ada apa Nara?"tanyaku perlahan.
"Kau nak pergi mana ni?Dengan uniform bagai"tanya Nara seakan ingin penjelasan.
"Kan aku cakap aku Prince Charming, so kena lah balik istana"jawabku polos membuat Nara sedikit terkejut.

"Yeye je kau, jawablah betul betul"kata dia lagi.
"Ye Inara, aku kena balik istana. Kenapa?"dugaku lagi."So serious la kau ni keturunan royal family?"tanya dia polos."Yes, keturunan Raja Gopal"jawabku membuat Nara menghentak kaki menahan geram. "Yes I am the King"saja aku tidak meneruskan kata kataku nak uji kesabaran si Nara. "the King???"tanya dia inginkan jawapan. "The King's official pilot"jawabku membuat Nara terlopong.

"Seriously kau pilot?"tanya Nara seakan tak percaya. "Yelah aku pilot, kerja tu jela yang sesuai dengan orang handsome macam aku ni"kataku laju membuat Nara memandangku dengan pandangan tak puas. "Eeee, menyampah aku. Perasan tak habis. Ha ni"kata Nara sambil menyerahkan paper bag yang ada di tangan dia. "Apa ni?"soalku."Your baju raya"kata Nara polos sambil tersenyum lembut. "Seriously?Kau jahit ke?"tanyaku lagi. "Ha yelah, aku yang jahit.
Ingatkan dapat tengok kau pakai, tapi kau ada kerja kan, so that's okay"kata Nara seakan kecewa.

"No worries lah, aku hantar YDPA and his family balik kampung je by heli, kan petang raya ni, so traffic jammed, kita kena pakai jalan udara"kataku kepada Nara. Dia mengangguk kecil. Ish comel. Mata dahlah sepet macam anak cina. "Aku balik sini by tonight or tomorrow morning. Apa apa aku inform balik, dahlah aku gerak dulu, member aku dah sampai"kataku pada Nara dan dia seakan mencari kelibat orang lain di depan pintu pagar. "Nama pun pilot, takkanlah dia datang naik kereta, tu tengok atas"kataku dan Nara memandang ke arah langit biru di bumi Kundasang ini. Sebuah chopper sedang berlegar legar dan bersedia untuk mendarat di kawasan padang rumput yang terletak berdekatan dengan rumah Mak Long.

Nara kelihatan excited lol. "Aku gerak dulu oh ya, sorry pasal semalam"pamitku dan melangkah pergi meninggalkan Nara yang tidak berhenti memandang ke arahku dengan senyuman manis dia dari tadi. Ish, jangan comel sangat boleh?Ada Captain Qash tak pergi kerja ni kang lol.

chèrieOnde histórias criam vida. Descubra agora