berries🍒

154 8 0
                                    

Inara P.O.V
Mata yang masih berat aku buka perlahan lahan. Jarum jam loceng di sisi katil menujukkan pukul 3:30 pagi. Aku dah terbiasa bangun awal sejak duduk rumah Mak Long ni.
Tanpa melengahkan masa, aku mengambil wudhu untuk melakukan beberapa solat sunat. Selepas itu, seperti biasa aku mengatur langkah ke dapur untuk menolong Mak Long membuat kuih dan kek yang ditempah oleh customer Mak Long.

"Eh dah bangun dah dia"sapa Mak Long yang sedang mengadun tepung. "Hari ni berapa order Mak Long?"tanyaku lantas membantu apa yang patut. "Hari ni ada 4 tempahan chocolate cake, 7 boxes pavlova"jawab Mak Long sambil membelek kertas order di tangannya. "Banyak tuuuuuu, nampaknya Nara kena pusing kampung dua kali hari ni"jawabku polos dan Mak Long tergelak kecil. Lengah kami berbual dan mengadun tepung, tiba- tiba sosok lelaki yang aku benci muncul di dapur.

"Eh?Awal prince charming Mak Long ni bangun"sapa Mak Long membuatku loya.
Prince Charming?What the heck. "Ala, macam tak biasa Qash selalu tolong Mak Long buat pavlova kan, mana Mak Long letak berries?Biar Qash cuci"kata dia sambil tersenyum manis.Wow, pandai senyum rupanya. Handsome jugak sebab ada lesung pipit. Eh jap jap, yang aku puji si syaiton tu kenapa. Haih lah Inara.

"Kau asal?Sawan?Tergeleng-geleng kepala"kata Qash yang sekarang duduk betul betul di hadapanku. "Kau diam eh, aku sumbat tepung ni dalam mulut kau kang"jawabku garang. Mak Long hanya mampu ketawa.
"Uish fresh gila berries ni Mak Long, mesti sedap"kata Qash lantas memasukkan sebiji strawberry ke dalam mulut dia. Amboi, suka hati mak bapak dia je makan macam tu.

"Kau asal suka pandang pandang aku eh?
Ye, tahulah aku ni handsome, tapi lagi handsome kalau tak ada lebam kat mata aku ni"kata Qash membuat aku menjeling dia.
"Kalau kau taknak mata kau sebelah lagi lebam, baik kau buat kerja kau diam diam"jawabku laju. "Ish, kamu berdua ni asyik bergaduh je, tak bosan ke?"celah Mak Long yang sedang mencairkan coklat Beryls di atas dapur. "Baru je jumpa semalam Mak Long, belum bosan la nak gaduh dengan si gangster ni"jawab Qash laju membuat aku membaling senduk ke arah dia.

Qash P.O.V
Aku memerhati Nara melakukan kerja dia. Muka dia yang kecil, hidung mancung dan mata sepet dia membuat dia tampak sangat polos di mataku. Tudung bawal coklat yang dia pakai menaikkan seri wajah dia yang putih seperti susu. Dia melakukan kerja dia dengan sangat teliti. Nampaklah dia pandai masak.

"Qash, dah sudah ke belum potong berries tu?"
tanya Mak Long. "Oh ha dah dah"jawabku.
"Ha Qash tolong Nara letakkan berries tu atas pavlova tu ya, Mak Long nak masak nasi goreng untuk sahur sekejap"kata Mak Long membuat aku dan Nara berpandangan. Tanpa banyak soal, aku terus mendekati Nara. Dia menjelingku sekilas.

"Kau suka strawberries ke blueberries?"soalku kepada Nara tiba tiba. "Kau asal?Tertelan ubat gegat?"tanya dia membuat aku geram.
"Lah, orang tanya elok elok kan?Jawab jelah"kataku sambil tangan ligat meletakkan berries di atas pavlova. "Strawberries"jawab Nara datar. "Loser, dua dua sedap, suka jelah dua dua. For me, blueberries is the best"kataku laju membuat Nara menjegilkan mata ke arahku. Hahaha, aku suka tengok expression dia macam tu. "Oh kau suka blueberries?Patutlah aku allergic dengan blueberries"kata Nara laju membuat aku rasa nak ketuk je kepala dia. Ada je nak menjawab.

chèrieWhere stories live. Discover now