goose🍒

101 7 0
                                    

Qash P.O.V
Aku mengatur langkah ke arah dapur dengan perlahan. Mak Long sedang leka menyediakan juadah berbuka hari ini. Bayang Nara langsung aku tak nampak. "Ha ada apa tu Qash?"sapa Mak Long lembut. "Oh tak ada. Qash cari Nara, mana dia?"tanyaku polos. "Aik?Buat apa cari si Nara?Rindu dah?"soal Mak Long membuat mukaku berona merah. "Ish, apa Mak Long ni, Qash ada benda nak bagi dekat dia"kataku dan Mak Long memandang aku dengan pandangan tak percaya. "Dia ikut Pak Long pergi ladang tu ha, Qash pergi lah cari dia kat sana"jawab Mak Long dan aku terkejut. Gila lah minah ni, aku yang lelaki pun taknak ikut Pak Long pergi ladang tu.

"By the way, Nara tu siapa Mak Long?"soalku pada Mak Long. "Oh, dia anak buah Pak Long.
Anak kepada adik Pak Long kamu"jawab Mak Long seloroh. Oh, so kiranya aku ni anak buah belah Mak Long, Nara anak buah belah Pak Long. Baru aku tahu. "Lah yeke, patutlah dia rapat semacam dengan Pak Long, okaylah Qash gerak pergi ladang dulu okay"pamitku dan Mak Long tersenyum manis.

Inara P.O.V
Aku sedang leka memberi makan kepada ayam ayam kesayangan Pak Long sebelum ada orang sergah aku dari belakang. Amik kau tak memasal semangkuk jagung ayam tadi singgah dekat muka dia. "Inaraaaaaaaa!"jerit suara itu seakan menahan marah. "Lah, kau nak marah aku?Siapa suruh kau sergah aku kot ye pun bagilah salam ke apa ke"kataku mempertahankan diri.
"By the way, kau dah buang tebiat ke datang sini?Bukan kau acah acah macam anak raja taknak jejak ladang ni ke?"soalku kepada Qash.
"Suka hati aku lah nak datang ke tak"jawab dia sambil tangan dia laju menepis jagung ayam tadi yang tersangkut dia sweatshirt dia. Padan muka!

"Dah lah kau, datang rosakkan mood aku je nak tengok Mendes makan"kataku sambil menjeling Qash yang berdiri agak jauh dari reban ayam ini. Nampaklah riak geli dekat muka dia. Berlagak nak mampus!"Mendes??"
soal dia seakan tak percaya. "Yela Mendes. Kau asal?"soalku kembali. "Mana Mendes?"tanya dia kepadaku. "Tuuuuuu"kataku sambil memuncungkan mulut ke arah ayam jantan yang sedang meriah makan di dalam reban.
"Whatta?Ayam pun ada nama ke?"kata dia seakan mempersendakan aku.

"Dah tepi tepi, aku nak pergi jumpa Jack & Rose pulak"kataku sambil menyuruh Qash keluar dari kawasan reban ini. "What?Ada shooting Titanic ke apa kat sini"kata dia lagi dengan muka tak percaya. "Kau nak jumpa dia orang tak?Mana tahu Rose tu suka kat kau ke sebab muka kau ada iras Leonardo de Caprio"kataku polos dan mengatur langkah ke ladang kambing yang terletak 10 meter dari reban ayam Pak Long. Qash dengan perlahan mengikut jejak langkahku.

Qash P.O.V
Aku melihat gerak geri Nara mengusap dua ekor kambing di hadapan dia. Gila. Dia tak geli ke. "Ni ke Jack & Rose kau tu?"soalku membuat Nara memandang aku sekilas."Yelah, handsome kan Jack ni?Fuh"kata Nara membuat aku tak percaya. Kambing pun handsome guys. Sakit otak aku. Sedang Nara sibuk memberi Jack & Rose makan, tiba tiba datang seorang lelaki menghampiri dia. Aku melihat gerak geri lelaki itu seakan mahu memeluk Nara dari belakang so aku terus menarik Nara berdiri di sebelahku. Nara yang terkejut hanya terdiam kaku.

"Kau dah kenapa pegang pegang aku ni. Nak mati cepat ke"kata dia tapi mataku masih terpaku pada lelaki di hadapan kami. "Uish,
Nara dah jumpa Prince Charming ke apa"tanya lelaki itu sambil tersenyum ke arah Nara.
"Eh Abang Harriz ni, mana datang pulak la Prince Charming!"sapa Nara dengan mesra.
Amboi, boleh pulak cakap elok elok."Habistu siapa kat sebelah tu?"tanya lelaki yang bernama Harriz itu lagi."Oh dia ke?Ni"belum sempat Nara menghabiskan kata kata dia aku memotong. "Boyfriend Nara"jawabku lantas bergerak meninggalkan mereka berdua di hadapan ladang kambing itu.

Pak Long P.O.V
Dari jauh aku memerhatikan gelagat Qash, Nara dengan Harriz. Nampaklah Qash agak tercabar dengan Harriz. Haih lah budak budak ni. Lengah aku menebas rumput liar untuk dijadikan makanan untuk lembu dan kambing di ladang, aku dengar Nara jerit memanggil nama Qash. Apa yang dibualkan aku pun tak tahu.

Inara P.O.V
Aku mengejar langkah Qash yang laju meninggalkanku tadi. Atok dia lah cakap dia boyfriend aku. "Woi Qash!"kataku dan dia memberhentikan langkah. "Amende"kata dia datar. "Kau nak pergi mana jalan laju laju?"tanyaku kepada dia. "Exercise, lagipun taknak aku jadi ubat nyamuk kau dengan 'Abang Harriz' kau"kata Qash seakan mengejek. Tak guna punya orang.

"Kau nak ikut aku tak?Aku nak pergi jumpa Angelic"umpanku kepada Qash. "Berapa banyak best friend haiwan kau kat sini?"tanya Qash membuat aku geram. "Tuje kawan yang aku ada before kau datang. Nak ikut tak?"pelawa aku lagi. "Mana Angelic tu?"tanya Qash membuat aku ketawa di dalam hati. "Jom ikut aku, tapi kawan aku yang ni nama je Angelic tapi dia satanic tau"kataku membuat Qash memandangku dengan pandangan tak percaya. Muka dia macam takut pun ada.
Hahaha, ni lah masanya aku nak balas dendam.

Langkah demi langkah akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. "Haaaaa, nampak tak those pretty ladies overthere?Ni lah Angelic punya family. She's the queen"kataku sambil senyum ke arah Qash. Muka dia mula pucat. Peluh merinik di dahi. "Kau ni kan. Kalau kau cakap nak pergi reban angsa ni, tak ada lah aku nak ikut kau"kata Qash sambil mula membuka langkah untuk pusing balik ke ladang kambing tadi. Namun tanganku lagi pantas membuka pintu reban menyebabkan Angelic and her citizens keluar berpusu pusu dari reban.

Qash yang baru sedar dengan tindakan aku mula menjerit menyebabkan angsa angsa tadi terkejut dan mengejar dia. Hahahahahah, kalau aku boleh record apa yang jadi sekarang, mahu viral mamat acah Prince Charming ni.
Dari jauh aku dapat dengar Qash jerit meminta tolong. Amik kau!Siapa suruh halau aku dari bilik hari tu, served you right Qash, don't mess with Inara.

chèrieWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu