Kisah Tiga

238 10 0
                                    

2.39 a.m.
Sungai Petani.

Aku membuang pandang pada bukit di belakang kawasan perumahan Hill Park itu. Bukit yang aku sangat teringin teroka, tapi pembangunan terlebih dahulu menjejakkan kaki di situ. Gondol separuh. Tapi masih cantik di mata aku.

Tiada sebuah kenderaan pun yang lalu. Masa masa sebegini, siapa ja yang mahu keluar? Hanya orang seperti aku, yang hatinya remuk redam kecewa sahaja. Keluar menenangkan fikiran. Mungkin.

Rokok yang masih tersisa aku bawa ke mulut lalu disedut sedalamnya. Asap rokok aku hembus perlahan. Dari cahaya bulan, dapat aku lihat asap naik berkepul sebelum hilang. Ini, entah yang keberapa batang. Aku dah mula hilang kiraan. Tapi kepala aku sudah mula terasa berat.

Kosong.

Itu yang aku rasa saat ini. Segala yang terjadi jam lapan malam tadi mula berulang tayang di minda. Seketika, rasa sakit kembali menjengah di jiwa.

Perpisahan yang dipinta hanya lewat aplikasi Whatsapp betul betul menjerut hati dan perasaan aku. Lima tahun. Lima tahun perhubungan jadi sia sia hanya kerana tawar hati.

Kenangan demi kenangan yang bertandang buat air mataku kembali berlari. Ah. Setan.

Aku disini menangis bagai orang gila. Sedang dia? Bagai sengaja membuat status whatsapp, menunjukkan betapa dia gembira, berpesta bersama teman teman sekuliah. Mungkin juga dia telah tidur saat ini.

Lagi lagi, fikiran aku berlari ke arahnya.

Putus cinta. Itu sangat menyakitkan. Kiriman pesan bertulis 'kita putus' cukup membuatkan aku membawa kaki ke arah kedai serbaneka 24 jam. Membeli rokok. 3 kotak.

Pandangan aku bawa ke jari. Rokok terakhir dari kotak kedua. Cukuplah. Kepala aku betul berat.

Ini yang terakhir. Aku bisik pada hati.

Dan saat sedutan yang terakhir, pandangan aku kelam. Aku rebah.

Randomness in My MindWhere stories live. Discover now